Tembak (Bab 10)

3.9K 131 29
                                    

Dewi Uqasha menunggu Megat Huzair di tempat mereka berpisah sebelumnya. Masih terfikir -fikir tentang keperibadian Megat Huzair. Antara dia itu sealiran dengan ibunya atau aliran lain. Berkali-kali Dewi Uqasha fikir.

'Ah, takkanlah sebab orang tu solat maknanya orang tu baik. Dia ni mesti sebijik sama dengan mak dia juga. Sedarah tu,' gumam Dewi Uqasha sendiri sambil membelek instagram miliknya.

Bukanlah aktif sangat di laman sosial yang satu itu, saja tidak mahu ketinggalan dengan teknologi selain melihat dan menjenguk laman sosial anak bongsu Zahara yang masih bahagia selfie di sana sini.

"Assalamualaikum. Maaf lambat, Cik Dewi."

Megat Huzair menyapa, kali ini lengkap dengan senyum senget dia yang manis sekali. Dewi Uqasha pandang ke belakang, terpana sebentar. Seakan-akan bersih dan suci wajah lelaki di depannya.

'Calm down Ariana, its your brother. Remember that!' gumam Dewi Uqasha dalam hati mengingatkan dirinya Ariana Citra kakak kepada Megat Huzair.

"Waalaikumsalam. Takpe Megat. Its okey."

"Nasib baiklah awak tunggu lagi, nak dinner dekat mana?" tanya Megat Huzair mesra.

"Dekat mana-mana pun boleh."

"Jauh takpe? Hartamas?"

"Jauh sangat tu."

"Haha! Saja ja tu. Jom, kita makan dekat bawah ja. Banyak juga restoran best."

Dewi Uqasha angguk bersetuju. Mereka kemudiannya berjalan beriringan. Daripada jauh Dewi Uqasha dapat melihat dua orang pengawal peribadi ayah angkatnya memerhatikan. Arahan telah dikeluarkan oleh ayah angkatnya, dia perlu diperhatikan apabila berada disamping mana-mana ahli keluarga Zahara. Walaupun tadinya Dewi Uqasha sudah memberi arahan balas tapi pengawal peribadi tersebut tetap berada bedekatan mengambil langkah berjaga-jaga.

"Kita makan sini pun boleh kan?" Megat Huzair bertanya pada Dewi Uqasha menunjuk ke satu arah.

"Okey."

Sebaik saja keduanya mengambil tempat duduk. Seorang pelayan datang membawa dua booklet menu yang disediakan.

"Megat buat apa sekarang? Maaf tanya sebab saya tahu Megat tengah berehat daripada kerja dekat syarikat." Dewi Uqasha membuka perbualan sambil melihat menu.

"Jadi model iklan."

"Ha?"

"Daripada tak buat apa-apa. Saya amiklah offer tu."

"Ceo sebuah syarikat besar jadi model iklan. Awak suka ke kena arah-arah ni?"

"Untuk iklan taklah macam drama. Saya okey. Oh, jadi saya ni jenis yang suka mengarah-ngarah orang? Itu maksud awak? Cepatnya judge saya."

"Tak. Saya cuma pelik."

"Saya memang dah lama masuk bidang modeling, tapi tak aktif sangat. Masa belajar overseas dulu saja cuba-cuba tapi tak serius. Saja ambil pengalaman. Ni pun tolong kawan."

"Tak sabar nak tengok iklan tu."

"Dah, tak payahlah. Iklan merapu-rapu lelaki berkejar sebab perfume ja."

"Tetap nak tengok."

"Awak takkan kenal saya punya. Mesti tak tengok."

Dewi Uqasha keluarkan phone dan terus ambil gambar Megat Huzair yang duduk di hadapannya.

"Ehh! Tak acinya."

"So, this pic for recognize Megat dekat tv. Kira kalau ada sama sikit misai dan kumis bersambung tu, Megatlah."

REVENGE (TELAH TERBIT)Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz