Move! Bab 8

3.4K 136 20
                                    

SUDAH lama Dewi Uqasha tidak melawat ibu dan ayah angkatnya, apatah lagi melawat ibunya yang berada di hospital mental. Buat masa ini Dewi Uqasha perlu menjalankan misinya walau apapun yang terjadi. Dia tahu, untuk berundur adalah tidak sesekali dan dia perlu move langkah demi langkah untuk menghancurkan terlebih dahulu syarikat milik ayahnya itu. Menghancurkan perancangan Megat Huzair saudara tirinya itu adalah matlamat pertama yang perlu dicapai. Dewi Uqasha cuma mahu keupayaan Megat Huzair tidak diakui oleh ayah yang dibencinya itu. Dengan itu, lebih mudah untuk Dewi Uqasha melancarkan serangan demi serangan yang lain.

Awal pagi itu Dewi Uqasha serta pembantunya bersama Megat Huzair serta setiausaha syraikat telah bersedia di bilik mesyuarat utama yang terletak di aras 14 bangunan Syarikat Crystal Suria Holdings. Dan, Dewi Uqasha selaku peguam syarikat perlu meneliti kedua-dua dokumen perjanjian kedua pihak, begitu juga peguam syarikat yang mahu menyambung kerjasama selama bertahun-tahun itu.

"Jadi bagaimana semuanya Dewi?" tanya Megat Huzair apabila dia melihat Dewi Uqasha sudah selesai menyemak kedua-dua perjanjian yang akan ditandatangani.

"Saya rasa semuanya okey. Encik Megat boleh proceed dengan apa yang Encik Megat plan. Its obvious this agreement exactly same as previous one, apa yang berbeza hanyalah tempoh masa perjanjian yang diperbaharui untuk 2 tahun lagi." Dewi Uqasha memberitahu.

"Okey thanks Dewi. I proceed."

Dan Megat Huzair memulakan bicara dengan mahu menaikkan kadar pulangan 40% seperti yang dimahukan. Keadaan tersebut membuatkan syarikat di pihak sana bersama team mereka merasa terkejut dengan permintaan Megat Huzair.

"Saya tak banyak masa. Untuk pengetahuan pihak Cemara Holdings. Kami mempunyai beberapa lagi syarikat yang berminat. Should we proceed?"

"Kami minta maaf Encik Megat. Itu terlalu tinggi daripada biasa, ia seolah-olah nak membaham pihak kami. Bukan sebelum ni kita dah biasa dengan 25%?" Pengurus syarikat Cemara Holdings membalas respon Megat Huzair.

"Dalam industri ni. Its about time and money. Kalau dengan ayah saya, mungkinlah dapat harga pulangan yang patut diberikan pada kadar sama. Itu zaman ayah saya. Ini zaman saya."

Wakil Cemara Holdings dan kumpulannya mula berbincang.

10 minit kemudian...

"Setelah berbincang dengan CEO syarikat kami Dato' Muzaffar yang kini berada di England. Kami memutuskan untuk tidak meneruskan usahasama dan  membatalkan kerjasama sebagai pembekal utama kepada Syarikat Crystal Suria Holdings kerana permintaan yang melampau. Kami juga sebulat suara bersama Destini Holdings dan Maya Holdings membuat keputusan tidak akan meneruskan kontrak lagi dengan Crystal Suria Holdings. Maaf Encik Megat."

Megat Huzair hampir terduduk dengan kenyataan Cemara Holdings yang disangkanya akan tunduk dengan permintaan mereka. Rupanya bukan sahaja pihak Cemara Holdings menarik diri, malah mempengaruhi dua syarikat utama lain untuk tidak meneruskan usahasama.

"Kami anggap urusan sudah selesai."

"Tunggu!" Megat Huzair cuba diplomasi.

"Rasanya sudah tiada sebarang urusan antara kita. Kami tahu, perjanjian hari ini meminta kami menyerahkan 35% pulangan dan ia masih terlalu tinggi Encik Megat. Jika Encik Megat masih mahu menekan kami, masih banyak syarikat yang memerlukan syarikat kami."

Dan, dengan begitu sahaja wakil syarikat Cemara Holdings dan kumpulannya beredar.

"Macamana nak jawab dekat papa nanti? Matilah..." Megat Huzair memegang kepalanya sambil mengetap bibir geram. Terduduk di kerusinya.

Dia memandang Dewi Uqasha dan kakitangannya

"Cik Dewi. Macamana semua ni boleh jadi macam ni? Macamana Cemara Holdings boleh mempengaruhi Destini dan Maya Holdings sekali dalam perjanjian ni?"

"Encik Megat. Itu di luar bidang kuasa saya untuk tahu pengaruh syarikat lain dalam membatalkan usahasama perjanjian."

"Sudah! Awak semua keluar sekarang! Keluar!"

Dewi Uqasha dan dua pembantunya keluar. Membiarkan Megat Huzair di dalam bilik mesyuarat sendirian. Masuk saja di dalam lif, Dewi Uqasha berasa puas. Dan tugasan seterusnya adalah menyebarkan perkara usahasama yang dibatalkan itu kepada media hanya dengan sekali emel sahaja. Dewi Uqasha ada membuat rakaman semasa pembatalan Cemara Holdings tadi.

'Kali ini kau akan betul-betul jatuh Megat Huzair. Kau akan kehilangan rasa percaya pada diri sendiri dan kehilangan kepercayaan. Kau perlu rasa apa yang aku rasa kerana kau anak Zahara!'

"Cik Dewi. Apa kita nak buat selepas ni?" tanya pembantunya.

"Just cool down. Kita buat kerja kita."

Ting!

Lif berhenti di aras pejabat Dewi Uqasha. Dia berjalan dengan senyuman yang lebar dan hati yang puas. Langkah pertama itu sangat menyenangkan dirinya.

~Terima Kasih Encik Syed kerana mengotakan janji dalam bilik mesyuarat tadi~

Dewi Uqasha mengucapkan Terima Kasih kepada wakil syarikat Cemara Holdings yang merupakan anak syarikat ayah angkatnya itu.

~My pleasure Cik Dewi~

Dan Dewi Uqasha menerima balasan sms tersebut dengan syarikat tersebut. Apa yang perlu Dewi Uqasha tunggu adalah berita yang akan keluar beberapa jam lagi.

*******************

Sementara itu Dato' Zakaria terkocoh-kocoh ke syarikat selepas mengetahui kontrak usahama  tidak diteruskan oleh Syarikat Cemara Holdings dan dua syarikat utama  lainnya. Segera dia masuk ke bilik mesyuarat dengan wajah menyinga menemui Megat Huzair.

"Megat, apa yang terjadi sampai 3 syarikat utama tak teruskan kontrak? Papa bina syarikat ni untuk kekal kukuh, kamu pula senang-senang hancurkan macam tu saja. Harapkan pegar, pegar makan padi! Kamu melampau nak naikkan itu ini. Apa kamu ingat benda ni nak untung saja ke? Ni bisnes Megat, kamu perlu fikir ke depan dan usahasama. Syarikat kita ni dah untung banyak setiap tahun. Just sharing sikit keuntungan pun kamu boleh minta lebih. Dasar tamak!"

"I'm sorry Papa, let me explain all this. Listen papa. Memang salah Megat but listen me Papa..." Megat cuba memujuk.

"Megat, buat masa ni damage has been done. Papa nak kamu on leave, just pergilah memana for a while sampai keadaan pulih. Papa akan berusaha teruskan kerjasama ni. They will listen me. Bila keadaan dah pulih, papa akan panggil kamu."

"Tapi papa..."

"On leave or quit? Just choose. Papa tak nak banyak cakap dengan kamu. Keluar!"

Dan, Megat Huzair terpaksa keluar daripada bilik mesyuarat tersebut apabila ayahnya bertegas. Dewi Uqasha hanya memandang dari tingkap kaca biliknya apabila melihat Megat Huzair keluar daripada bangunan syarikat dengan wajah mencuka. Tiba-tiba pula saja, Dewi Uqasha berasa simpati dengan apa yang didengarnya melalui mikrofon yang dipasangnya di bilik mesyuarat tadi.

"Ah! Semua ni mesti diteruskan!" Dewi Uqasha tekad.

bersambung....




REVENGE (TELAH TERBIT)Where stories live. Discover now