Megat Huzair (Bab 9)

3.6K 124 25
                                    

"Tengoklah anak pungut kau Zahara. Buat kerja pun tak betul sampai kena buang ngan laki kau. Dasar anak pungut macam tulah. Dah pungut buat taik dengan kita!" Farouk mengherdik Zahara di depannya.

"Farouk! Kalau laki aku tahu Megat Huzair tu anak orang. Mati aku nak jawab. Kau janganlah tinggi suara sangat, nanti ada orang dengar mati aku."

"Kau pun satu, nak susahkan diri pasal apa?"

"Kau kan tahu aku baru keguguran masa tu. Dengan adanya anak, baru laki aku tu kekal dengan aku. Kalau tak..."

"Kalau tak kau entah-entah dah jadi ketua Geng dah sekarang kan? Kau tak menyesal ke Zahara? Hidup bekeluarga macam ni, merimaskan."

"Farouk. Aku ni perempuan. Aku nak berubah."

"Berubah tahi kucing!"

"Kau jangan persendakan aku Farouk. Kau senang sekarang siapa yang tolong kalau bukan aku."

"Ala, dengan abang kau pun nak berkira. Kau tak payahlah fikir pasal anak pungut yang kau beli tu. Aku tengok pun dah tahu dia tu lemah sebab dia bukan keturunan kita. Kau push aje Shah Huzair anak kau tu. Dia tu sama macam aku, liar."

"Liar kalau boleh handle takpelah juga. Ini memanjang dekat office makan gaji buta. Memang nampak dia bekerja tapi dia perlukan anak pungut tu untuk buat semua benda. Dia masih tak boleh."

Farouk tersenyum.

"So, kau nak biarkan anak pungut tu dijadikan macam sampah kena buli entah siapa-siapa? Anak pungut tu pun satu, sombong tak bertempat, kan dah kena!"

Klak!

Pintu dibuka. Kelihatan Megat Huzair masuk dengan muka masam mencuka.

"Hai, bagi salam pun tidak Megat, ingat pencuri tadi."

"My bad day mama. Papa suruh Megat rest sampai hal hari ni settle. Megat malu lah mama. Megat nak keluar dari rumah ni."

"Megay nak ke mana?"

"Entah, Megat nak tenangkan fikiran."

Zahara pandang Farouk yang langsung tidak senang terhadap Megat Huzair. Apalagi mengetahui siapa Megat Huzair yang sebenarnya. Bukan darah dagingnya!

"Megat sabar ya, nanti mama cakap dengan papa." Zahara memujuk.

"Takpe mama. Jangan. Megat bukan budak-budak lagi. Megat yang buat masalah ni, Megat kena handle sendiri. Papa maybe marah, nanti bila dah ada jalan. Megat akan cuba settle."

"Bagus. Macam tulah anak mama."

Zahara memuji sambil memandang Farouk yang mengherot mulutnya. Megat Huzair meninggalkan mereka naik ke atas untuk berkemas.

"Farouk, kau janganlah buat muka. Nanti dia perasan. Kau layan anak aku yang lain baik ja, takkan dia tak boleh."

"Aku ni jenis straight forward Zahara. Kau pun tahu. Kalau aku tak suka. Tak sukalah!"

Zahara tahu ada sebab kuat kenapa Farouk begitu membenci Megat Huzair. Zahara sedar, kemarahan Farouk terhadap bekas isterinya masih lagi bersisa walaupun bekas isterinya itu telah mati di tangannya sendiri. Satu-satunya yang tinggal adalah Megat Huzair, anak bekas isterinya dengan lelaki lain yang dibeli Zahara!

********************

Dewi Uqasha masuk ke dalam pejabat dengan lega pagi itu walaupun keadaan syarikat masih lagi tidak menentu selepas CEO syarikat diarahkan berehat. Dewi Uqasha sangat puas hati dengan langkah pertamanya menghancurkan syarikat tersebut berjalan lancar.

'Aku takkan rugi apa-apa pun.' Tekad Dewi Uqasha sambil tersenyum.

'Aku masih belum puas bermain.' Tambahnya lagi.

REVENGE (TELAH TERBIT)Where stories live. Discover now