Permainan Bermula (Bab 6)

3.4K 118 7
                                    

ZAHARA mati kutu apabila melihat pesanan ringkas (sms) yang dikirim kepadanya daripada nombor peribadi beserta mms pagi ini.

"Mior! Macamana semua ni boleh jadi? Kan aku dah cakap ambil dan hantar Maisarah balik kolej!"

"Maaf Puan. Saya cuai."

"Kalaulah aku dapat orang yang buat dajal ni. Nahas aku kerjakan."

Kring! Kring!

Segera Zahara mengangkat telefon rumahnya.

"Helo."

"Helo Zahara. Lega dengar suara adikku tersayang ni."

"Abang? Abang Farouk? Abang dah bebas?"

"Haahlah Zahara. Takkanlah abang call dari penjara pula. Kenapa dengan kamu Zahara?"

"Abang, ada nak minta tolong ni. Anak Zahara hilang. Abang dekat mana tu? Zahara pick up abang. Kita cari anak Zahara sama-sama."

"Okey, nanti abang sms tempatnya."

Dan telefon diletakkan.

"Mior, sediakan kereta cepat. Saya tak nak Zakaria tahu hal ni. Cepat!"

Mior terkocoh-kocoh menghidupkan kereta sementara Zahara bersiap. Dengan kehadiran kembali Abang Farouk, Zahara pasti dia akan menemukan Maisarah dan pelakunya!

"Jalan Mior." Zahara memberi amaran.

**********

"Mesti Zahara tengah panas punggung sekarang ni. Itu baru sikit Zahara." Dewi Uqasha bicara sendiri dari pejabatnya sambil memeriksa pelbagai dokumen.

Tok! Tok!

"Cik Dewi. Tan Sri nak jumpa."

"Okey. Terima kasih."

Dewi Uqasha segera menyiapkan diri dan terus berjalan menuju ke pejabat Tan Sri Zakaria, ayahnya.

Tok! Tok!

"Masuk."

"Cik Dewi Uqasha. Teringin saya nak bicara empat mata." Zakaria bersuara sambil tersenyum melihat Dewi Uqasha di depannya.

"Owh. Ada apa Tan Sri panggil saya?" tanya Dewi Uqasha yang sudah duduk di berhadapan ayahnya.

"Nak berkenalan pun tak boleh?" Zakaria pandang lagi Dewi Uqasha dan pegang tangannya.

'Hai, dengan anak sendiri pun nak bermiang menggatal juga. Kalaulah kau tahu aku ni anak kau Ariana Citra.' Dewi Uqasha mengumam sendiri.

"Tak salah Tan Sri," balas Dewi Uqasha pantas.

Kesempatan itu perlu digunakan Dewi Uqasha sebaiknya.

Sementara itu Zahara sudah bertemu Farouk abangnya.

"Abang Farouk."

"Zahara."

Keduanya berpelukan.

"Abang sihat?" tanya Zahara.

"Abang sihat macam biasa. Tadi cakap anak hilang. Ke mana dia?"

"Entahlah abang, Zahara dapat gambar ni pagi tadi."

"Sini abang tengok."

Farouk ambil dan cuba ingat.

"Jom, bagi abang drive. Abang macam tahu tempat ni. Zahara jangan bimbang, musuh Zahara, musuh abang juga."

Zahara angguk. Senyuman terukir. Farouk memandu hampir setengah jam ke sebuah tempat.

"Kita dah sampai." Farouk memberitahu.

"Macamana nak naik atas?" Tanya Zahara.

"Biar abang uruskan."

Farouk segera menghubungi seseorang. Perbualannya tidak didengari Mior dan Zahara. Zahara bimbang dengan keadaan Maisarah di atas sana.

"Abang, lambat lagi ke?"

Farouk segera menutup bahagian suara telefon bimbitnya dan memandang Zahara.

"Zahara, abang tengah deal ni. Jangan bimbang, abang tahu apa abang buat."

Zahara lega. Lepas setengah jam datang beberapa lelaki ke sana. Farouk memberi arahan dan selepas itu sebuah beg diturunkan. Segera Zahara berlari dan membuka beg tersebut.

"Maisarah!"

Zahara lihat Maisarah yang masih pengsan dan belum sedarkan diri. Segera disedarkannya. Maisarah buka mata perlahan-lahan.

"Bangun nak.. bangun Maisarah."

Maisarah pandang ibunya.

"Mama!"

Maisarah peluk erat ibunya. Dia ketakutan dan trauma.

"Abang Farouk mesti cari siapa yang buat semua ni. Zahara tak tenang kalau tak jumpa siapa yang buat macam ni kat anak Zahara."

"Zahara, jangan mengarah-arah abang lagi. Kita bukan macam dulu lagi. Abang janji akan cari. Tak susah pun ni."

"Jom!" Farouk mengarah orangnya.

"Abang nak ke mana?" Tanya Zahara.

"Abang ada hal. Kamu bawa Maisarah balik dulu."

*********

Farouk menerima panggilan telefon sebaik saja kereta bergerak.

"Macamana?"

"Dia tak tahu bos."

"Tembak mati sajalah. Useless!"

Bam!

Bersambung....

REVENGE (TELAH TERBIT)حيث تعيش القصص. اكتشف الآن