Pertemuan Pertama (Bab 4)

3.5K 135 7
                                    

DEWI UQASHA memandu kereta AudiR8 menuju ke Crystal Suria Holdings. Hari ini dia akan memulakan tugasannya sebagai penasihat undang-undang dan peguam syarikat. Jejak saja kakinya ke tangga syarikat dan memandang betapa gahnya Crystal Suria yang dibina atuknya Tan Sri Abdullah membuatkan tekad Dewi Uqasha untuk merampasnya kembali menggunung.

Begitu mudahnya seorang peguam syarikat biasa merampas sebuah syarikat dengan nilai berbilion ringgit tersebut hanya dengan penipuan cinta dan perkahwinan. Syarikat hartanah, perhotelan dan pelancongan itu memiliki pelbagai hotel dan resort di pelbagai tempat. Tiada satu sen pun nafkah yang diberikan kepada ibunya Khadijah dan tiada satu sen pun digunakan untuk Dewi Uqasha sendiri selepas umurnya 7 tahun.

'Ini darah keringat atuk. Mulai hari ini aku sendiri menganggap aku bukan lagi anak kau Zakaria. Aku Ariana Citra akan mengambil hak aku!' gumam Dewi Uqasha dan segera melangkah.

Masuk saja di dalam lif Dewi Uqasha terus menekan tingkat lif di mana dia akan bertemu dengan orang atasan syarikat.

"Tunggu!"

Sebaik saja mendengar suara tersebut segera Dewi Uqasha menekan punat buka lif.

Seorang lelaki masuk. Kacak dan bergaya.

"Terima Kasih Cik."

"Terima Kasih kembali." Dewi Uqasha balas.

Dan, apabila diamati. Dewi Uqasha tahu, dia sedang berdepan dengan antara tiga daripada anak Zahara. Semalam bertemu Megat Huzair, hari ini bertemu pula dengan Syah Huzair.

"Encik di tingkat mana?" tanya Dewi Uqasha sekilas.

"Lif dah gerak. Saya tak payah tekan. Mungkin kita sama tempat." Syah Huzair menjawab.

Ting!

Sekejap saja lif tersebut tiba di aras 17. Dewi Uqasha dan Syah Huzair keluar.

"By the way, Cik ada urusan apa dekat sini?" tanya Syah Huzair, riak wajahnya bak pelakon Azlee Khairi, serius tapi sopan.

"Saya Dewi Uqasha. Penasihat Undang Undang Crystal Suria Holdings yang baru nak melapor diri." Dewi Uqasha memberitahu.

"Okey. Awal kita bertemu. Saya Syah Huzair, orang yang berbalas emel dengan awak sebelum ni."

"Saya tahu," balas Dewi Uqasha spontan.

"Macamana awak tahu?"

"Encik Syah Huzair perkenalkan diri tadi. Tak ingat ya."

"Okey. My mistake. Okey sila masuk. Ini fail-fail syarikat, perjanjian dan sebagainya. Seperti yang Cik Dewi tahu, sebagai Penasihat Undang-Undang, Cik Dewi juga adalah peguam rasmi syarikat. Kami memerlukan seorang yang efisien dan tangkas dalam membuat keputusan. Saya tahu Cik Dewi faham apa yang saya maksudkan."

"Saya faham."

"Bagus. Saya suka orang macam Cik Dewi. Tak banyak tanya."

"Err, kalau saya tanya sikit boleh?"

"Baru nak puji. Apa dia?"

"Syarikat ni besar. Kenapa lantik seorang saja peguam syarikat merangkap penasihat undang -undang?"

"Sebab ayah saya adalah orang yang mahir dalam undang-undang. Selaku CEO, beliau juga akan meneliti kesemua cadangan dan nasihat daripada Cik Dewi. Saya harap itu menjawab soalan."

"Saya faham."

Dan benar seperti sangkaan Dewi Uqasha. Ayahnya masih lagi berkuasa dalam undang-undang syarikat dan pembuat keputusan. Halangan besar ini perlu Dewi Uqasha hadapi dan untuk itu dia akan selalu bertemu dengan ayah yang dibencinya itu!

"Kalau macam tu, mari kita berkenalan dengan para staf. Nanti kalau dah kenal senang bekerjasama. Dekat syarikat ni kami tak mengamalkan sebarang kasta dan mempunyai integriti yang tinggi."

'Integriti? Bapak korang rampas harta dan syarikat ni dari atuk aku dan kau orang pula menjawat jawatan tinggi? Wahai abang-abang tiriku, integriti di sini tak wujud!' Dewi Uqasha geram sendiri.

Syah Huzair membawa Dewi Uqasha berkenalan dengan semua staf. Syarikat besar seperti Crystal Suria Holdings mempunyai staf yang sangat ramai. Dewi Uqasha cuma berkenalan dengan semua head-head department yang juga terbahagi kepada beberapa bahagian. Usai bersuai kenal, Dewi Uqasha dibawa ke aras pejabatnya.

"Ini pejabat Cik Dewi. Staf-staf dekat luar ni adalah mereka yang akan membantu Cik Dewi. Saya pergi dulu. Have a nice day."

Syah Huzair berundur. Pada hemat Dewi Uqasha, Syah Huzair tidaklah seperti Megat Huzair tapi itupun Dewi Uqasha belum pasti. Ini hari pertama di syarikat, masih belum mengenal sedalamnya lagi peribadi mereka. Dewi Uqasha masuk ke pejabatnya, terus dia duduk dan menarik nafas.

"Ariana, ini satu permulaan. Ini hari pertama kita. Jejak saja ke sini beerti kita akan mula memasang strategi dari sekarang." Dewi Uqasha bersuara kecil penuh tekad.

Kemudiannya Dewi Uqasha segera memeriksa semua fail yang diberikan oleh Syah Huzair yang telah diletakkan setiausahanya ke mejanya. Dewi Uqasha semak satu persatu. Sangat kemas, sangat teliti hingga langsung tiada kecacatan yang dilihatnya. Usai memeriksa, Dewi Uqasha mengambil handbagnya mahu mencapai telefon bimbit miliknya.

"Hai. Takkan tinggal kat kereta kut. Malasnya nak turun. Mesti ayah ada call atau whatsapp."

Dewi Uqasha segera keluar mahu turun ke bawah. Takut pula merisaukan ayahnya yang maha protective itu.

Ting!

Apabila saja sampai lif tersebut ke bawah. Dewi Uqasha terus keluar dan apabila dia mengangkat saja mukanya dia terpandang ayahnya Dato' Zakaria dan disisinya Datin Zahara yang terlihat sangat-sangat bahagia. Melihat saja perempuan ular itu kemarahan Dewi Uqasha meluap-luap!

Tenang. Bisik hati kecil Dewi Uqasha. Segera Dewi melangkah, melempar senyuman kepada ayahnya yang berada di depannya dan mahu berlalu.

"Excuse me?"

Tiba-tiba saja ayahnya bersuara, menghentikan langkah Dewi Uqasha. Dewi Uqasha pandang ke belakang.

"Saya?" tanya Dewi Uqasha.

"Ya awak. Awak siapa?"

"Saya Dewi Uqasha. Penasihat dan peguam syarikat." Dewi Uqasha memperkenalkan sambil dipandang atas bawah oleh Zahara.

"Owh okey. Orang baru. Saya pasti awak dah kenal saya. Ini isteri saya Zahara." Ayahnya memperkenalkan.

Dan, mahu tidak mahu Dewi Uqasha dan Zahara bersalaman. Saat mereka bersalaman. Mahu saja Dewi Uqasha patahkan tangan perempuan ular itu.

"Saya Dewi Uqasha," spontan Dewi menyebut namanya, dibalas senyuman oleh Zahara.

"Selamat Datang ke Crystal Suria Holdings. Cik Dewi Uqasha, kita akan bertemu lagi."

Dewi Uqasha angguk. Kemarahannya ketika itu terpaksa ditutupi dengan senyuman. Melihat saja Zahara yang memegang lengan ayahnya begitu mencucuk-cucuk hatinya, sepatutnya lengan itu dipegang ibunya. Dewi Uqasha segera melangkah, sempat melintasi kereta ayahnya. Seorang pemandu yang dikenalinya berdiri di tepi kereta. Mungkin menunggu Zahara untuk ke mana-mana. Dewi Uqasha lihat Pak Idris yang sudah separuh umur itu masih setia bekerja dengan ayahnya dari muda.

Sekilas Pak Idris memandang Dewi Uqasha yang memerhatikannya. Dan saat mata Dewi Uqasha bertemu dengan matanya dia teringat seseorang!

Bersambung....

REVENGE (TELAH TERBIT)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin