Nice (Bab 7)

3.3K 118 16
                                    

"Bagaimana semuanya?" tanya Dewi Uqasha melalui telefon kepada orangnya.

"Semuanya dalam kawalan Cik. Jangan bimbang, yang ditembak tu langsung tak ada kaitan. Dia cuma kambing hitam."

"Saya tak mahu sebarang korban lagi selepas ni. Ingat, arahkan semuanya hanya bersedia sahaja. Sekarang ni hanya saya yang perlu bertindak," arah Dewi Uqasha.

"Tapi Cik.. Tuan..."

"Sudah! Dengar arahan saya."

Mendengar saja arahan Dewi Uqasha mereka akur. 

"Saya nak kamu semua perhatikan kegiatan Farouk tu. Dan saya nak laporan mengenainya."

"Baik Cik Dewi."

"Ingat, saya nak hari ni juga."

"Boleh Cik."

"Bagus."

Dewi Uqasha meletakkan telefon bimbitnya. Sekarang dia sudah dapat maklumat tentang Farouk, abang kepada Zahara yang baru keluar penjara. Dia juga maklum bahawa Farouk bukan sebarang orang dan dia merupakan kekuatan Zahara dan mempunyai banyak pengaruh.

'Aku jadikan permainan pertama ni sebenarnya berpihak pada kedua-dua pihak. Aku hanya beri peluang Zahara... peluang.' Dewi Uqasha bicara sendiri dengan tekad.

Tok! Tok!

"Masuk."

"Cik Dewi. Encik Megat Huzair nak jumpa."

"Baik. Terima Kasih."

Dewi Uqasha segera masuk ke dalam lif menuju ke tingkat bilik Megat Huzair. Ini adalah pertama kali sejak Dewi Uqasha bertemunya di lapangan terbang tempoh hari. Mungkin mahu berkenalan dan bersua muka.

Ting!

Dan, sebaik sahaja Dewi Uqasha keluar daripada lif dia melihat Encik Megat Huzair berada di ruang hadapan yang menempatkan tetamunya. Dekorasi tingkat tersebut memang dikhaskan buat CEO syarikat tersebut.

"Encik Megat Huzair. Saya Dewi Uqasha." Dewi memperkenalkan diri.

"Peguam syarikat yang baru kan? Saya nak berbincang mengenai perjanjian esok hari. Macamana semuanya? Dah siap sedia?" tanya Megat Huzair memandang Dewi Uqasha.

"Ya, semuanya dah siap Encik."

"Bagus. Mohon semak semuanya dan saya nak awak bentangkan kepada saya mengenai isi-isi kandungan perjanjian tersebut secara ringkas boleh?"

"Boleh. Mengikut perjanjian, kita akan menjadi syarikat yang akan mempunyai lebih kuasa berbanding syarikat yang satu lagi."

"Berapa percent?"

"20%"

"Bagus. Kalau macam tu sila proceed. Saya akan cuba minta 25% esok."

"Tapi Encik, itu dah melebihi apa yang mereka boleh persetujui."

"Mereka hanya syarikat kedua. Jika mereka tak akur, saya takkan bekerjasama dan tandatangan perjanjian tu."

Dewi Uqasha diam, baru dia tahu betapa tegasnya Megat Huzair tersebut.

"Allahuakbar... Allah..."

Kedengaran suara azan Zohor. Megat Huzair memandang Dewi Uqasha.

"Sampai sini saja perbincangan kita, saya akan hubungi awak jika perlukan apa-apa. Saya nak solat dulu. Ingat, prepare semua, awak kena ada disisi saya esok."

"Baik Encik."

Dan, Dewi Uqasha berlalu keluar. Sempat memandang ke belakang.

'Baiknya anak Zahara ni? Ke, saja excuse,' gumam Dewi Uqasha sambil melangkah terus menekan lif untuk ke aras tingkatnya.

Sambil menunggu arasnya sampai, Dewi Uqasha teringat kepada wajah Megat Huzair tadi.

'Perlu ke aku hapuskan dia? Kau kena tetap Dewi, dia rampas hak Ariana! Tapi, dia tak macam Zahara dan tak macam ayah. Kau kena tetap pendirian Dewi!'

Kata-kata itu tengiang-ngiang dalam fikiran Dewi Uqasha sehinggalah dia sampai ke arasnya.

"Dah jumpa mamat strict tu ke?"

Pembantu Dewi Uqasha, Mona menyapa dari mejanya.

"Ha?"

"CEO syarikat ni. Megat Huzair. Tegas tak?"

"Bolehlah."

"Bukan boleh Cik Dewi, memang memang tegas kan?"

"So, selama ni dia memang macam tu ke?"

"Yes, dan still single and available. Tak tahulah apa orientasinya. We cant judge people kan?"

"Tapi kacak, muda dan berpangkat tinggi macam tu takde..."

"Dia baru 3 tahun menerajui syarikat ni dalam usia yang sangat muda Cik Dewi. Dia dengarnya belajar overseas. Umur 15 tahun dah amik A Level. Imagine ah betapa suksesnya dia. Dan, lepas study tu dia jadi CEO terus. Dan, kami ingat dia tak sama macam ayah dia. Rupanya bukan lebih kurang. Kalau boleh dia tak nak ada apa-apa kesalahan pun dalam kerja kita."

"Mr Perfectionist?" Dewi Uqasha menyampuk.

"Mr Pectionist 200%!"

"Hahahaha!" keduanya tertawa.

Kring! Kring!

Panggilan telefon memutuskan perbualan Dewi Uqasha dan Mona. Walaupun sebenarnya Dewi Uqasha tahu mengenai Megat Huzair termasuk apa yang disukai dan tidak disukainya tapi dia saja mahu berbual dengan Mona seakan-akan tidak mengenalinya.  Dewi Uqasha duduk di kerusinya dan menarik nafas. Masih melihat-lihat gambar Megat Huzair yang dikumpul daripada orang-orangnya.

"Dia ni mesti bukan balaci Zahara." Dewi Uqasha yakin.

'Tapi aku tak boleh salah langkah. Dan perjanjian esok akan termeterai dengan baik. Nak 25% kan? Aku akan buat smart and clean untuk semua ni Megat Huzair. Panik sikit takpelah kut."

Dewi Uqasha sudah bersedia dengan rancangan pertamanya iaitu membatalkan sesi perjanjian esok dan semua itu perlu dilakukan secara berhati-hati. Dewi Uqasha sudah menemui orang penting yang menghadiri sesi perjanjian esok dan dia sudah merangka draf perjanjian baru yang membolehkan syarikat kedua itu membatalkan perjanjian walaupun sudah mempersetujui perjanjian.

"Nice. Kau rasa kau bijak sangat kan..."

bersambung....


REVENGE (TELAH TERBIT)Where stories live. Discover now