Bab 2

2.4K 56 2
                                    

"KITA dah lakukan apa yang termampu, Aliah. Rezeki memang tak menyebelahi kita!" pujuk Dato' Sharif.

Datin Aliah menangis teresak-esak sambil menggeleng.

"Tak, bang. Saya tak boleh terima. Doktor tu salah! Tak mungkin saya tak boleh mengandung!"

"Dengar dulu, Yah..."

"Tak, saya tak nak dengar apa-apa pun!!!" pekik Datin Aliah sekuat hati sambil menekup telinga. Betapa hancur luluh perasaannya saat mendengar kata-kata doktor pakar wanita yang merawatnya siang tadi. Doktor tersebut mengesahkan bahawa dia memang tidak boleh mengandung. Segala teki-teki selama ini terjawab. Sudah lebih lima tahun Dato' Sharif dan Datin Aliah menunggu kelahiran cahaya mata yang bakal menyerikan lagi rumah tangga mereka, tetapi kini mereka baru tahu puncanya. Datin Aliah mandul!

Dato' Sharif melepaskan satu keluhan. Jika tidak  kerana hujan lebat di luar sana, pasti pekikan Datin Aliah tadi sudah dapat membangunkan jiran-jiran tetangga daripada tidur. Memang tempat tinggal mereka, Vila Sharif agak berdekatan dengan kawasan perumahan setempat.

"Kita masih boleh mencuba, bang. Kita ke US, buat rawatan. Kat sana perempuan berumur enam puluh tahun pun masih boleh mengandung!" cadang Datin Aliah.

Dato' Sharif mengeluh lagi. "Sudahlah, Aliah. Cubalah terima qadak dan qadar Allah. Kalaupun awak tak boleh mengandung, kita ambil aja anak angkat!"

"Tak, bang. Saya tak mahu anak angkat, saya mahu anak saya sendiri!" Datin Aliah masih bertegas dengan keputusannya.

Dato' Sharif masih bersabar. Jika tidak kerana perasaan cinta dan sayang yang masih ada pada Datin Aliah, sudah lama dia keluar mencari perempuan lain. Dia bukannya orang sembarangan. Dia kaya, berkedudukan dan banyak pengaruh. Ramai wanita yang berhasrat ingin mendampinginya, tetapi cuma Datin Aliahlah yang berjaya memasuki pintu hatinya. Lantas hanya kepada Datin Aliah dia menumpahkan kesetiaan, tiada dua atau tiganya.

Dan apabila mengetahui Datin Aliah tidak dapat melahirkan zuriat untuknya, perasaan cinta kepada isterinya itu masih belum berubah. Jika benar dia ditakdirkan untuk tidak mempunyai zuriat sendiri, dia rela begini. Asalkan dia dapat bersama Datin Aliah untuk selama-lamanya.

Sedang Dato' Sharif termenung memikirkan masalahnya yang tak sudah-sudah, kokleanya tiba-tiba dapat menangkap satu suara di luar rumah. Suara bayi menangis!

Anak sapa pulak depan rumah aku ni? Hati Dato' Sharif tertanya-tanya.  

"Aliah! Aliah!" Dato' Sharif memanggil perlahan nama isterinya.

"Apa dia???" jerkah Datin Aliah. Huh, nada suaranya memang tak mesra alam.

"Awak dengar tak apa yang saya dengar?" Dato' Sharif masih dengan suara perlahannya.

"Dengar apa? Abang jangan nak alih topik, saya tak peduli! Saya tetap nak mengandung!" tegas Datin Aliah bagai orang kerasukan.

Assalamualaikum HawaWhere stories live. Discover now