Bab 5

2.1K 49 6
                                    

"WALAUPUN kecik, tapi cantik rumah kau ni, Jue." Ayat pertama yang keluar daripada mulut Zahra sebaik melangkah masuk ke dalam rumah Jue.

"Ala, rumah sewa biasa la. Nak harapkan aku beli sendiri, tak adanya. Haaa... kau kena tidur dengan akulah nampaknya. Kat rumah ni ada satu bilik je," balas Jue sambil menolong Zahra mengangkat beg-beg pakaiannya.

Selesai semua barang disumbatkan ke dalam bilik, Zahra ke dapur. Mahu menolong Jue memanaskan lauk. Semasa Jue datang mengambilnya di McDonald's petang tadi, terus mereka singgah warung beli lauk untuk makan malam.

"Ara, kau interview bila?" tanya Jue sambil menuang lauk ke dalam mangkuk.

"Khamis ni, kenapa?"

"Tak ada apa, lagi cepat lagi bagus. Dah prepare ke?"

Zahra tersengih. "Rasanya dah kut. Aku ada search sikit-sikit kat Internet soalan apa yang lazim ditanya masa interview."

Jue tersengih sama. Ketika Zahra sedang mencedok nasi daripada periuk, dia terdengar suara kucing mengiau.

"Eh, Arshavin dah balik? Mari sini anak mama." Senyuman di bibir Jue melebar bila seekor kucing Parsi masuk ke dapur.

Zahra angkat kening. Mama? Arshavin?

"Wei Jue, kau ni tak betul ke apa? Tu kucing, bukan manusia," ujar Zahra. Sarkastik.

"Ala biarlah.... Dia nilah satu-satunya peneman aku kat rumah ni sejak housemate aku tu takde. Eh, kau tolong ambilkan Whiskes dalam kabinet atas tu. Kasi anak aku tu makan, dah penat agaknya bertenggek dengan kucing jiran sebelah," arah Jue macam seorang ibu bebelkan anaknya.

Zahra terus buat apa yang disuruh. Okey la.... Takde la bosan sangat rumah ni. Bosan-bosan ke, boleh aku lastik punggung dia, tak pun jadikan dia teman aku tengok bola. Aku suka gak kucing. Tak kira berkurap mahupun black metal. Semua kucing sama je. Semua kucing ambik SPM. Semua kucing pernah bercinta di kala sunyi. Haaa... indah tak ayat aku? Haha... Zahra tergelak dalam hati dengan lawak tidak kelakarnya

"Ara."

"Hmmm..." Zahra menyahut perlahan sambil tangan cuba mencapai makanan kucing yang diletakkan dalam kabinet.

"Apasal baju kau tu kotor semacam je? Kau jatuh dalam lumpur ke?"

Zahra terdiam. Kemudian mengalihkan pandangan ke bajunya. Masih ada kesan air kopi yang tertumpah masa di McDonald's petang tadi. Mana mungkin dia akan lupa. Kerek nak mampos mamat tu. Aku dah mintak maaf pun boleh lagi dia duk jerkah-jerkah aku. Apa ingat aku pompuan kampung tak ada harga diri ke? Harga diri aku ni memang tak boleh dijual beli walaupun ditawarkan diskaun di pasaran gelap, tau tak?

"Ada accident kecil-kecilan sikit petang tadi. Aku minum kopi, tengah aku bawak cawan kopi tu aku terlanggar sorang mamat ni. So cawan kopi aku jatuh la. Bukan aku sorang kena, jaket mamat tu pun kena jugak. Cuma aku tak bernasib baik sebab terlanggar mamat kerek macam tu." Zahra bercerita tanpa berhenti pun untuk mengambil nafas. Begitu teruja.

Assalamualaikum HawaМесто, где живут истории. Откройте их для себя