Bab 9

920 30 1
                                    

RABUN mata Syifa setiap kali datang ke MPH. Minatnya yang satu ini memang tak boleh dikikis. Tambah lagi kalau nampak novel. Berpinar mata dibuatnya. Boleh duduk berjam-jam di dalam MPH kerana membelek blurb di belakang buku.

Harfi sibuk mengikut dia dari tadi.

"Encik Harfi! Kata nak beli buku?"

"Cik Syifa kata nak tolong saya pilih buku, kan?"

Syifa terkedu. Boleh pula dia terlupa niat yang satu itu. Langkahnya terus diatur ke ruangan buku kanak-kanak lalu dibelek satu per satu buku yang terhidang pada pandangan. Terasa ada yang memerhati, Syifa kalih pandang ke sisi. Laju Harfi menukar arah matanya. Buat-buat tak perasan.

Sebuah buku berwarna biru diambil. Syifa teliti kandungan buku tersebut.

"Buku macam ni pun okey, Encik Harfi. Ada gambar dan cara mengeja. Sambil kenalkan Aisya dengan benda-benda dalam ni, Encik Harfi boleh ajar dia mengeja," terang Syifa bersungguh-sungguh.

Kepala Harfi terangguk-angguk mendengar penerangan Syifa. Buku bertukar tangan lalu dikepit dengan lengan.

"Terus ambil? Tak nak tengok dulu?" Syifa menyoal hairan.

"Cik Syifa yang pilih, kan? Kiranya buku ni baguslah untuk anak saya."

Pula dah! Syifa membelek lagi beberapa buah buku yang sesuai lantas diberikan kepada Harfi. Kemudian kakinya diayunkan ke arah sudut novel. Terasa ada orang ikut. Syifa pusing tubuh ke belakang.

"Er... Encik Harfi."

"Can you just call me, Harfi?" pinta Harfi, selamba. Encik... Encik... Naik lemas Harfi dengar gelaran tu. Macam ada batu besar yang menghalang antara mereka

Syifa kaku. Itu pun jadi masalah?

"Ehem. Saya nak cari novel. En..."

Mata Harfi membulat. Haish. Susah betul! Syifa merungut dalam hati.

"Awak boleh bayar dulu kut. Saya nak cari novel sekejap."

Harfi menahan bibirnya daripada mencarik senyum. Hatinya kembang setaman. Syifa dah hapuskan satu halangan antara mereka apabila panggilan dah bertukar.

"Tak apa. Saya ikutlah. Awak temankan saya cari buku Aisya tadi. So, saya temanlah awak cari novel."

Kening Syifa terangkat tinggi lalu dikalih tubuhnya membelakangi Harfi. Giginya diketap kuat dan bergeser sehingga membangkitkan bunyi. Geram ni, geram. Tak ada privasi langsung!

Tanpa mempedulikan kehadiran Harfi, Syifa terus mencapai sebuah novel dan terus membelek belakang novel itu. Tekun Syifa membaca blurb novel yang dipegangnya itu.

Berlapikkan tangan pada rak, Harfi panggung kepala. Memerhati setiap gelagat Syifa.

"Awak suka baca novel cinta, ya? Jiwang rupa-rupanya cikgu kita ni."

Wajah Harfi dikerling sekilas. Tajam sehingga menikam ke dalam hati! Harfi senyap sebentar.

Lima belas minit berlalu. Sebuah novel pun belum Syifa pilih. Harfi garu kepala, pegang dahi. Perempuan memang gini ke kalau pilih novel? Hatinya berdetik.

"Lama ya perempuan pilih novel? Baru pilih novel, belum pilih calon suami lagi. Awak nanti, kalau kata ada lelaki macam saya ni masuk meminang, jangan tunggu lama sangat nak buat keputusan. Jangan memilih sangat, ya?"

Terbatuk-batuk Syifa dibuatnya. Apa benda pula ni? Orang tengah pilih novel. Tiba-tiba masuk hal calon suami. Macam tak kena masa aje!

"Daripada awak membebel, baik awak tolong saya pilih," bidas Syifa.

Assalamualaikum HawaWhere stories live. Discover now