Bab 4

2.1K 41 1
                                    

KETUKAN yang kuat di muka pintu membangkitkan Rudy daripada tidur. Dia baru sahaja berniat untuk melelapkan mata selepas solat subuh tadi. Tetapi belum pun sampai lima belas minit matanya terpejam, ketenteramannya sekali lagi diganggu.

'Nak apalah ni? Tak reti nak tidur ke? Baru pukul enam setengah, buat apa datang rumah orang pagi-pagi buta camni?' Rudy membebel seorang diri di dalam hati.

"Hish, siapalah ni.... Dah la tak bagi salam. Ketuk pintu macam..." Kata-katanya terhenti di situ. Bulat matanya memandang seseorang yang tercegat berdiri di muka pintu rumahnya itu.

"Farish?" Rudy kaget.

"Er... sorry aku kejutkan kau pagi-pagi buta ni. Boleh tak pagi ni aku tumpang mandi dengan breakfast kat rumah kau?" tanya Farish mendatar. Di tangannya sudah ada sehelai T-shirt dan seluar jean. Dari gayanya, macam baru bangun tidur. 

"Errr... okey."

Jawapan Rudy benar-benar menggembirakan hati Farish. Dengan selambanya dia terus meluru masuk ke dalam rumah.

FARISH cuba menahan geram yang bersarang di dada. Dia tengah serius, Si Rudy ni boleh gelak macam sawan hippopotamus. Memang nak kena mamat poyo ni!

Dia cerita pada Rudy yang dia terpaksa keluar rumah selepas sembahyang subuh untuk mengelak daripada bersarapan dengan ibu bapanya kerana malam semalam papa memberitahunya ingin membincangkan tentang pertunangannya dengan Si Syazreen gedik itu. Tolonglah, setakat minah tu, kasi free pun aku tak nak tau! Farish meneguk liur.

"Wei, apa la lu! Cuma sebab tu kau sanggup datang sini? Haha haha...." Tawa Rudy masih belum surut.

"Yeah, very funny. Hahaha... stop it, Rudy! This is not a joke!" Bam! Farish mengetuk meja makan. Automatik tawa Rudy terhenti. Farish buat muka serius sambil mengunyah roti bakar.

"Hehe... okey, okey. Pada aku semua ni tak masuk akal, tau tak? Rich, parents kau cuma nak ajak berbincang, bukannya terus nak tunangkan kau dengan minah tu!" selar Rudy, cuba menahan tawa.

"Itu aku tahulah, tapi macam mana kalau diorang terus nak tetapkan tarikh pertunangan? Gila! Kalau macam nilah gayanya, aku tak balik Malaysia pun tak pe!"

 "Okeylah, mungkin papa dengan mama kau cuma nakkan yang terbaik untuk kau. Diorang pun risau gak, kau ni dah handsome tapi still tak de girlfriend. Maybe diorang ingat kau ni..." Rudy naikkan kening. Dari gayanya, Farish tahu dia sedang fikirkan apa.

"Kau kepala hotak miring! Aku normal tau tak?" Roti bakar di tangan dicubit sedikit dan dilempar ke muka Rudy. Rudy ketawa terkekeh-kekeh. Macam la aku ada buat lawak. Kurang cell body tul mamat ceding ni! Farish ketap bibir.

"Itulah kau, buat perangai player kau tu lagi. Asyik nak main-main dengan perempuan. Aku rasa dah tiba masanya kau fikir tentang calon isteri." Cadangan Rudy membuatkan mata Farish macam hendak tersembul keluar. Calon isteri? Tolonglah!

"Hello kawan, cakap tu biar masuk akal. Aku baru lepas study, baru balik overseas. Kepala aku ni tengah berasap lagi duk pikir segala macam teori sepanjang aku belajar kat sana dan sekarang tiba-tiba nak suruh aku tambah satu lagi beban? Tolonglah, aku malas nak pikir benda-benda tu semua!" jawab Farish sambil menunjal-nunjal kepala sendiri.

Assalamualaikum HawaWhere stories live. Discover now