Bab 11

811 28 0
                                    

BANYAK soalan Syifa nak tanya sebenarnya. Siapa Papa Syah yang disebut-sebut oleh Aisya masa dalam perjalanan tadi? Kubur tu, tahulah kubur arwah Irdina. Tapi, Irdina tu siapa? Lagi satu, kenapa Harfi bawa dia ke tanah perkuburan?

Hati Syifa meronta-ronta nak bertanya. Tapi, akalnya menahan kuat sehinggakan mulut Syifa tertutup rapat sepanjang perjalanan ke pantai. Puas Syifa tunggu, tak ada pula gaya Harfi ingin menerangkan. Harfi kata ada benda nak cakap, ini dah dekat sepuluh minit, dia senyap aje.

"Kita duduk sini memang nak menikmati keindahan pantai semata-mata ke?" Terkeluar juga ayat sinis dari bibir Syifa yang tak dapat tahan dah rasanya.

"Eh, mana ada! Saya tengah bercakaplah ni." Usikan Harfi bikin Syifa panas. Sengajalah tu nak tambah perisa geram dalam hati Syifa.

"Oh, ya? Tak dengar pun. Bahasa apa awak guna?"

"Bahasa pantai," ujar Harfi lalu menjeling wajah wanita idaman hati yang sudah merah menyala. Tengah tahan marahlah tu! Harfi cuba menahan senyumnya.

Syifa melepaskan keluhan tipis. Daripada melayan bapak budak ni, lebih baik dia pergi bermain dengan Aisya. Kakinya diayun laju mendekati Aisya yang berada beberapa langkah dari tempat duduk tadi. Syifa mula duduk melutut di atas pasir bersebelahan dengan Aisya.

"Lukis apa tu, sayang?"

Aisya mendongak beberapa saat memandang Syifa.

"Aisya tulis nama Aisya. Pandai tak Aisya, cikgu?"

Syifa mengusap perlahan kepala anak didiknya.

"Pandai, Aisya..."

Aisya tersenyum lebar apabila dipuji. Aisya angkat kepala sambil meliarkan pandangan matanya melihat gelagat manusia biarpun minda kecilnya masih belum cukup mengerti. Dan tiba-tiba matanya tertancap ke arah sebatang tubuh yang sangat dikenali. Wajah Aisya mula bercahaya.

"Papa!"

Syah tersenyum lebar. Rindu sungguh kepada anak perempuan tunggalnya. Tubuh Aisya dibawa ke dalam pelukan lantas dipeluk erat. Habis wajah Aisya diciumnya. Aisya pula asyik mengelak kegelian.

"Rindunya kat anak papa! Rindu papa tak, sayang?"

"Rindu sangat!" jawab Aisya sambil tangannya melingkar di leher Syah.

Syifa sudah ternganga. Makin berselirat neuron di dalam kepala. Inilah rupa Papa Syah Si Aisya rupa-rupanya. Berkulit putih dan berkumis nipis. Kalau tengok betul-betul, muka Aisya ada iras Syah berbanding Harfi. Kening Syifa bertaut dan dahinya pula mula berlapis. Gelagat dua beranak di hadapannya sekadar mampu dipandang.

"Kenalkan... Emir Syah. Abang saya," ucap Harfi. Entah sejak bila Harfi berada di sisi Syifa.

Syifa menundukkan kepalanya sekadar tanda hormat. Senyuman tipis dikoyak.

"Syifa," ujar Syifa memperkenalkan diri.

"Oh, ini ke orangnya? Patutlah..." Ayat Syah tergantung lalu mengundang persoalan dalam hati Syifa.

Harfi ketawa kecil.

"Patut apa, Encik Syah?" Ramah pula Syifa bertanya. Nak tahu punya pasal, Syifa main aci redah aje.

"Patutlah adik saya sampai gila bayang," tutur Syah diikuti gelak halus.

Erk... Jantung laju mengepam darah. Pipi Syifa berona merah. Menyesal pula rasa apabila terlajak ramah.

"Jom, borak kat sana," ajak Syah.

Mereka beriringan melangkah ke pondok tempat Harfi bersantai sebentar tadi.

Assalamualaikum HawaWhere stories live. Discover now