Bab 5 + Bab 6

3.7K 80 14
                                    

         

5

Apabila dia mencelikkan mata sekali lagi, ternyata pemandangan yang disajikan berbeza berbanding tadi kerana suasana sekitarnya bertukar kepada kawasan kampung walaupun masih di dalam hutan.

"Siapa... siapakah kamu?"

Soal Najwa setelah penglihatannya kembali normal. Ada rasa berdengung dan berdenyut bergabung menjadi satu dalam kepalanya. Sukar untuk dia mengecam wajah-wajah di hadapannya. Apa yang pasti, mereka bukan orang kampungnya. Pakaian mereka kelihatan agak klasik pada pandangan Najwa. Mereka hanya berseluar hitam dan mengikat sehelai kain di kepala, laksana nelayan di laut.

"Kau dah sesat masuk hutan. Dari mana asalmu? Apakah namamu, wahai pemuda?"

Tiba-tiba muncul seorang lelaki tua di hadapannya. Lelaki tersebut bertubuh kecil, namun sinaran matanya menunjukkan sejalur garis cahaya yang hanya dimiliki oleh orang tua-tua yang mempunyai ilmu tinggi di dada sahaja.

"Nama? Aku... Apa nama aku?"

Kepalanya terus berdenyut hebat apabila otak cuba memproses semula untuk mengingati namanya. Seksanya macam ada orang paku dan menggerudi dalam masa yang sama di kepala. Bayangkan.

"Erghh! Sakitnya kepala aku."

Orang di sekitarnya gelabah biawak apabila melihat pelawat tersebut mengaduh laksana orang gila di atas pangkin. Tok ketua pantas menenangkan budak tersebut dengan menghayunkan tongkatnya ke kepala budak tersebut dan dia tersungkur diam.

"Tok, pukulan itu mampu mengkomakan budak tersebut."

Kata satu suara yang khuatir melihat kondisi budak tersebut yang terjelepuk pantas setelah dikatok selamba oleh tok ketua.

"Usah bimbang. Pemuda ini sekental Arjuna dan Beta."

Selamba tok ketua membalas sebelum mengarahkan mereka mengumpulkan ubatan di hutan untuk memulihkan semangat budak tersebut. Dalam hati tok ketua, dia punya firasat bahawa budak yang di hadapannya ini bukannya sebarang remaja.

Dia punya semacam aura pelik yang jarang didapati oleh pemuda-pemuda zaman sekarang. Aura budak tersebut seimbang antara hitam dan juga putih. Siapakah budak misteri ini?

Akur dengan arahan yang diberikan, mereka semua bersurai dan bergegas mematuhi arahan tok ketua. Jangan dibuat main dengan orang tua tersebut, walaupun pada zahirnya kelihatan macam orang utan, batinnya mengalahkan tenaga king kong.

Buktinya, mudah saja dia menumpaskan beberapa orang penyangak yang cuba mengganggu gadis-gadis di kampung mereka tidak lama dahulu.

...

"Kau tidak akan terlepas daripada cengkaman aku, budak."

"Nyah kau dari sini! Aku bukan lagi..."

"Mana mungkin aku melepaskan engkau..."

"PERGI!!!"

Jeritnya kuat dan berjaya membuatkan penduduk kampung tersebut melompat tanda terkejut dengan tindakannya secara tiba-tiba. Peluh jantan mula membasahi wajahnya apabila dia termengah-mengah bingkas bangkit daripada pembaringan.

"Apa yang terjadi, wahai anak muda? Mimpi buruk kah?"

Tegur tok ketua sambil menghulurkan secawan air kepada budak tersebut. Tok ketua menyembunyikan rasa terkejutnya apabila memandang tepat ke dalam anak mata budak tersebut. Tahulah dia siapa sebenarnya budak tersebut!

"Siapa kau? Aku di mana?"

Soal Najwa keliru apabila melihat peradaban manusia di hadapannya. Eh, seperti pernah dia lihat mereka ini, tapi di mana ya? Mereka semua melemparkan pandangan pelik ke arah budak tersebut yang nyata sedang meneliti mereka satu persatu dengan gigih.

IDENTITI - sebuah novel Nurul Najwa A'thirahWhere stories live. Discover now