Bab 17 + Bab 18

2.6K 53 23
                                    

BAB 17

"Kau gila, Najwa! Kau gila!"

Najwan berteriak cemas apabila mendapati Najwa bertindak mendekati budak perempuan bernama Alana. Pada pandangan Najwan, Alana merupakan Puteh, makhluk yang hampir bertempur dengannya sebentar tadi. Najwan yang masih lagi dalam kelelahan tidak mampu untuk mengambil-alih tubuh Najwa dan dia pasti, Najwa tidak mendengar jeritannya yang terbenam di dasar kesedaran diri Najwa.

Nastasia juga tidak tenang apabila mendapati ada bayangan hitam yang menceroboh masuk tempat suci pertemuan tiga personaliti ini. Siapakah yang mampu menembusi tujuh lapisan pelindung yang telah dibina sekian lama itu?

"Najwan. Aku pasti kau kenal siapa dia."

Masih cuba mengekalkan ketenangannya, tumpuan Nastasia dialihkan kepada Najwan yang masih terbaring. Aura hitam yang mula menyelubungi tempat tersebut membuatkan mereka berdua tidak senang duduk. Apa yang Najwa sedang rencanakan di dunia luar?

Sejak kebelakangan ini, fikiran mereka bertiga tidak lagi berhubung. Atas sebab apa tidak pula Nastasia ketahui. Cumanya, dia mula sedar mengenai perkara ini ketika dia bertemu Sofea dahulu, sebelum mereka bertolak ke Jerman. Sangkanya, Najwa pasti akan bangkit memberontak dan membantah rancangan Nastasia itu, namun sehingga hari ini, tiada tanda dua personaliti lain tahu tentang rahsia kecil Nastasia.

Persoalan Nastasia terjawab apabila Najwa menggertak Najwan sebentar tadi. Fahamlah Nastasia sekarang mengenai punca pemikiran mereka tidak lagi berhubung. Ini kerana Najwa sendiri yang menginginkan perkara ini terjadi. Ada rahsia yang Najwa simpan sendiri nampaknya. Tindakan Najwa berdepan dengan Puteh menimbulkan tanda tanya dalam diri Nastasia. Siapakah Najwa sebenarnya?

...

Najwa berhenti di hadapan Alana yang sedang memeluk lutut sambil memandang tajam ke arahnya. Dia pantas bersila di hadapan Alana sambil mengukirkan senyuman. Tangan kanan Najwa menggenggam beberapa butir lada hitam sambil diramas-ramas di dalam telapak tangannya. Najwa melafazkan kalimah 'bismillah' sebelum memulakan dialog dengan makhluk yang sedang menumpang tubuh badan Alana.

"Assalamualaikum, makhluk Tuhan."

"Aku rasa aku tak perlu jawab salam tersebut."

Garau suara Alana membalas. Dia mencebikkan bibirnya tatkala melihat Najwa tergamam mendengar jawapannya. Kepalanya sedikit didongakkan dan matanya menjeling Najwa. Ada rasa tidak senang bersarang dalam hatinya sekarang. Campuran perasaan curiga bersalut ketakutan mula menyelubungi Puteh. Sangkanya Najwa pasti mudah diperbodohkan dan digunakan. Namun, segalanya meleset. Najwa tidak bodoh. Budak tersebut seolah-olah punya agenda tersembunyi yang tersimpan rapi. Dia tidak mampu menembusi tujuh lapisan badan budak tersebut.

Puteh juga tidak menyangka bahawa terdapat bekas pembantu setianya, Najwan yang bersarang dalam tubuh Najwa. Puteh pasti bahawa Najwa masih belum tahu mengenai tubuh istimewa yang dimilikinya. Puteh pasti Najwa masih belum mengetahui identitinya yang sebenar kerana Najwan sendiri yang keluar bertempur sebentar tadi. Tapi, apakah perasaan ini? Mengapa dia perlu takut dengan kehadiran Najwa?

"Siapa kau sebenarnya? Aku pasti kau tak terlalu terdesak nak menguasai tubuh manusia, kan?"

Tersentak mendengar persoalan daripada Najwa, Puteh mengerutkan dahinya sebelum lidahnya lancar mengatur ayat.

"Apa yang sedang kau rancang? Mata kau menampakkan segala niat kau. Ada kegelapan yang bersarang dalam diri kau."

"Kau tak bodoh. Aku pasti kau dah tahu apa yang aku mahukan."

IDENTITI - sebuah novel Nurul Najwa A'thirahWhere stories live. Discover now