Bab 12

2.2K 42 19
                                    

"Jadi, Pak Adam pun mendapat firasat seperti saya?"

"Jaga-jaga, Najwa. Untuk keselamatan kau, kita perlu mengikut rancangan ini."

"Tapi, risikonya terlalu tinggi. Saya tak sanggup kehilangannya."

"Anggap ini semua satu lagi cubaan dalam hidup kau, boleh?"

"Walaupun saya terpaksa korbankan nyawa orang lain?"

Anggukan yang diterima Najwa membuatkannya bungkam. Bukannya dia tidak bersetuju dengan rancangan itu. Tetapi, outcome daripada rancangan itu amat tipis, seperti berjudi pula rasanya. Apakah dia perlu berjudi dengan Tuhan bahawa perkara ini akan berjalan dengan lancar? Sir Harrison bukannya budak hingusan yang mudah diperdaya dengan helah budak sekolah. Apa pilihan yang dia ada sekarang?

Hatinya berat untuk menerima rancangan ini. Ada nyawa yang perlu dikorbankan. Korbannya pula bukan calang-calang orang. Pak Adam sendiri yang mahu menawarkan diri untuk mengambil posisinya. No, no, no! Pak Adam telah banyak berjasa dalam hidupnya! Tiada pilihan lainkah yang wujud sekarang?

Wajahnya diraut perlahan sambil berfikir dalam. Rambutnya yang kusut dibiarkan sahaja begitu. Ini bukannya masa untuk dia memikirkan soal penampilan diri. Ada nyawa yang perlu dikorbankan bagi menjayakan misi ini. Namun, adakah pengorbanan ini perlu?

"Pak Adam, saya ada plan baik punya."

Pantas mereka merencanakan sebuah rancangan yang diyakini pasti akan berjaya. Tetapi, Najwa harus membayar dengan harga yang sangat mahal bagi menjayakan rancangan ini. Adakah dia punya hati seperti binatang kerana mengusulkan rencana ini? Entah, manusia hanyalah buah caturnya, sekiranya mereka tidak mampu memberikan apa-apa kebaikan, catur itu harus dibuang! Tanpa kompromi.

...

"Sir, Nastasia have been detected walking in a group with his fellow schoolmates. Do we need to check on him?"

"No, let him be for a while. We will retrieve him sooner or later."

"Copy that, sir."

Pengikut Sir Harrison bijak menyamar dan menyusup dalam kalangan petugas di lapangan terbang Kuala Lumpur. Najwa hanya menjeling ke arah sekelompok manusia yang menjadi catur Sir Harrison.

'Ah, kesian! Mereka sangka aku yang masih berjalan bersama rakan-rakan lain.'

Detik hati Najwa sambil berjalan dengan pakaian kasualnya. Dia sedar akan risiko membiarkan Sofea berpakaian sepertinya dan mengambil tempat duduknya di dalam penerbangan berbeza namun apakan daya. Sofea merupakan orang yang paling sesuai untuk menjayakan rancangan Najwa.

Debaran dalam hatinya menggila tatkala Pak Adam menculik Sofea dan mencuci otaknya. Matanya hanya mampu menjamah saat-saat Sofea menggelupur seperti ayam yang hendak disembelih. Walaupun Sofea adalah isterinya yang sah, namun Sofea harus dihapuskan demi kebaikannya sendiri. Sir Harrison pasti akan membunuh Sofea jua lambat-laun sekiranya tahu Sofea adalah manusia yang membawa benih Najwa dalam kantung rahimnya. Kejamkah dia untuk mengorbankan dua nyawa yang dia cintai?

Sesungguhnya hidup bukan seperti dalam novel, pasti akan bahagia sentiasa. Tidak, hidupnya dipenuhi dengan rintangan dan segala cabaran itulah yang membuktikan bahawa dia masih hidup! Manusia yang hidup tanpa dugaan hanyalah sebuah boneka yang tiada perasaan! Hidup bagaikan lembu dicucuk hidung tanpa tahu halatuju hidup yang sebenar.

...

"Cepat-cepat, kita nak kena boarding dah ni. Kalau lewat, jalan kaki balik maktab."

Arah para guru yang mengiringi mereka ketika di KLIA. Terkedek-kedek para pelajar mengusung hand luggage dan menuju masuk ke dalam kapalterbang. Kecuali Sofea. Dia yang telah ditatarias menjadi Najwa hanya sepi menuju ke arah pintu pelepasan yang lain sebelum masuk ke dalam perut kapal.

IDENTITI - sebuah novel Nurul Najwa A'thirahOù les histoires vivent. Découvrez maintenant