Bab 11

2.9K 51 5
                                    

"Habis jugak Trial at last," gumam Akmal dari belakang.

"Betoi, hidup lagi kita. Ingatkan nak melayang dah jawab soalan yang entah apa-apa tu," balas Faiz sambil mempamerkan riak wajah yang cukup lega.

Sedar tak sedar, seminggu telah berlalu sejak peristiwa kebangkitan personaliti Najwa yang terbaru, Najwan. Chad hanya mampu merenung Najwa di sebelahnya yang langsung tidak menunjukkan sebarang riak.

'Mengapa? Adakah dia masih lagi Najwan? Atau Najwa yang sedang menguasai tubuh itu?'

Apabila Najwa beralih ke arahnya, jantung Chad seolah-olah berhenti berdebar. Bingung untuk mempamerkan sebarang reaksi apabila berdepan dengan Najwa. Air liur yang diteguk terasa seperti berpasir. Dadanya berdebar dua kali lebih laju berbanding biasa. Entah kenapa agaknya.

"Chad, jomlah kita pi makan."

Ajakan daripada Faiz mematikan segala lamunan Chad pada saat itu. Dia hanya mengangguk tanda mempersetujui pelawaan tersebut sambil mengisyaratkan Najwa untuk mengikutinya. Tanpa banyak kerenah, pantas saja Najwa bangun dan berjalan menyertai rakan lain.

Chad hanya mampu menarik nafas panjang sahaja sambil mengemas barangnya. Otaknya serabut memikirkan perubahan personaliti Najwa. Pada masa yang sama, dia juga khuatir jika Najwan yang bangkit semula.

Tidak! Ini bukan masa yang sesuai untuk Najwan bangkit! Bagaimana Najwa mampu membuka kunci Najwan? Dia pasti Najwa telah diikat dan dirantai dengan sepenuh kuasa yang ada. Adakah Najwa semakin kuat?

Dalam tidak sedar, Chad terlanggar jatuh seorang budak yang lalu dari arah bertentangan.

"Adeh!"

"Maigadd!!!"

Kedua-dua mereka bertembung, namun Chad bernasib baik kerana ditindih lembut oleh sesusuk tubuh yang mampu menggiurkan keterunaan pelajar di maktab itu, Diana. Tergamam dengan situasi itu, Chad cuba bingkas bangun, namun tersentuh satu objek yang luarbiasa lembut.

Pelik dengan tahap kelembutan objek tersebut, Chad memicit-micit kembali untuk memastikan apakah objek yang berada dalam genggamannya.

PANG!!!

Sebuah layangan yang halus tepat mengenai pipi Chad sebelum sempat dia mencerna objek apakah yang sebegitu lembut. Kalah kelembutan selimut Chad di asrama.

"You're such a perv!"

"What?!"

"Let go my breast!"

Uiks? Ahh, sudah. Ini rezeki atau apa? Cepat-cepat dia melepaskan pegangan kukuhnya terhadap objek itu. Patutlah rasa macam melekat pelik. Tapi, what? Dia panggil Chad perv? Oh no no, ini akan mencalarkan reputasinya.

"Excuse me, lady. Awak yang langgar saya dulu kot?"

"Excuse me, mister, awak tu yang jalan tak tengok depan! Dah la jalan termenung kalah laki hilang bini! Dahtu main raba-raba orang lak!"

"Ey, tak lalu aku nak raba kau!"

"Diam ah! Lalu sikit!"

Enggan mengalah dengan lagak perempuan itu, Chad menggenggam kedua-dua belah bahunya sambil merenung jauh ke dalam dasar mata Diana. Orang kata, dari mata jatuh ke hati tapi pandangan Chad dari mata jatuh ke dada.

Tergugat dengan tindakan Chad, ringan saja kaki Diana menendang tepat ke arah seketul daging yang menjadi kelemahan utama setiap lelaki yang wujud di atas muka bumi ini. Merah muka Chad menahan senak. Jaga kau, Diana! Hutang bawah dibayar bawah!

...

"Awat lambat, Chad?"

"Aku ada keje sikit tadi."

IDENTITI - sebuah novel Nurul Najwa A'thirahWhere stories live. Discover now