Bab 13

2.5K 48 2
                                    

Akhirnya, Najwa kembali menjejakkan kaki di Berlin dan dapat menghirup udara segar negara luar setelah lama terperap di ruang udara. Berita mengenai kemalangan pesawat dari Malaysia masih lagi belum dilaporkan media Jerman.

Walaupun masih terkesan dengan pembunuhan yang telah dilakukan, Najwa bijak menyembunyikan emosi dengan bergaul mesra bersama rakan lain. Semasa mereka semua menanti luggage yang lain, muncul seorang lelaki memperkenalkan dirinya sebagai pemandu pelancong.

"Hallo. Willkommen in Deutschland. Mein name ist Bong Herr, ich bin ihr Fremdenfuhrer." Hello. Selamat datang ke Jerman. Naam saya Bong, saya akan menjadi pemandu pelancong awak semua.

"Hallo. Wir sind aus Malaysia. Freut mich, dich kennenzulernen."

Pantas saja Cikgu Zaim membalas salam perkenalan tersebut dengan menyatakan mereka delegasi dari Malaysia dan amat gembira kerana mendapat bantuannya.

"Ja. Nun wollen wir zu unserem Haus zu bewegen." Baik. Mari, bas dah ready nak bawa kita semua.

Gigih menjalankan tugasnya, Encik Bong membawa para pelajar menaiki sebuah bas yang telah disewakan khas. Sebelum Najwa menaiki bas, Encik Bong menariknya ke tepi.

"Hey, was machst du?" Hoi, kau dah kenapa?

Najwa membentak kasar kerana ditarik secara agresif.

"Junge lord Nastasia! Endlich kommen Sie zuruck!" Tuan muda! Syukurlah tuan masih hidup!

Najwa terkejut. Terkedu. Bagaimana lelaki ini boleh tahu identitinya yang sebenar? Penampilan dirinya kini dan dahulu amat berbeza! Siapakah gerangan lelaki ini?

"Sir Harrison ist so besorgt um dich! Ich bin du butler, Treshi!" Sir Harrison yang mengupah saya. Ini saya, Treshi!

"Es tut leid. Sie haben falsche person." Maaf, encik. Awak salah orang.

Laju Najwa berlari memasuki bas dan meninggalkan Treshi keseorangan. Sudah, macamana Treshi boleh mengenali Najwa? Yang paling penting, Sir Harrison dah menemui Najwa? Tak mungkin! Apakah berita pembunuhan itu belum sampai di telinga Sir Harrison? Nastasia sepatutnya telah mati dalam penerbangan tadi!

Najwa menggeletar bukan kerana kedinginan pendingin hawa, tetapi memikirkan kemungkinan dia akan bertemu dengan Sir Harrison! Najwa cuba mengikis segala kaitan antara dirinya dan keluarga angatnya selama lima tahun dan cuba menjadi seorang pelajar normal, tetapi dalam situasi sekarang segala usahanya akan menjadi sia-sia.

"Hoih. Hang okay dak, Najwa? Hang nampak pucat dari tadi."

Tegur Syazwan dan Najwa sekadar menggeleng tanda tidak mahu bercakap untuk seketika.

Najwa menjadi semakin gelisah apabila bas rombongannya memasuki sebuah banglo agam berwarna putih di Beispiel. Ternyata, rumah ini tidak mengalami sebarang perubahan yang kontra melainkan di laman belakang ditambah lagi sebuah kolam renang dan kolam ikan di hadapan rumah. Ada sebuah fountain di hadapan rumah dan yang selebihnya masih seperti biasa.

Rumah agam tiga tingkat ini dahulunya merupakan salah satu villa percutian kesukaan Najwa suatu masa dahulu kerana berdekatan dengan pusat beli-belah yang lain dan amat cantik. Daddy membeli rumah ini dan dihadiahkan kepada Najwa kerana berjaya menjuarai kejohanan debat di Jerman. Sekarang, siapakah agaknya pemilik rumah ini?

Sedang Najwa leka meladeni perasaan, muncul Encik Bong datang dan menggamit mereka semua untuk memilih sendiri bilik yang mereka mahukan. Rakan-rakan lain berebut-rebut untuk tinggal di tingkat tiga dan berdekatan kolam renang. Najwa laju menapak menuju ke arah bilik di tingkat dua, bilik yang sememangnya menjadi pilihannya dalam banyak-banyak bilik di rumah ini.

IDENTITI - sebuah novel Nurul Najwa A'thirahWhere stories live. Discover now