Bab 19 + Bab 20

2.6K 54 19
                                    

         

BAB 19

"Huff... Huff..."

Desah nafas berat keluar daripada kerongkongnya. Bukan satu jalan hidup yang mudah untuknya hadapi pada usia 17 tahun. Hutan di sekelilingnya menimbulkan rasa takut yang bukan sedikit. Sudahlah terdampar di tempat asing tanpa satu pengetahuan pun. Tambah menyakitkan hati apabila mengetahui diri telah dibelot.

"Hutan apakah ini?"

Soal dirinya sambil memegang luka tembakan yang masih mengalirkan darah segar. Denyutan yang dirasainya menguasai ruang otaknya dan memaksa dia terduduk diam. Apakah ini satu pengakhiran bagi dirinya? Tidak. Mustahil dia harus mengalah. Tidak setelah dia mengetahui tanahairnya kini dalam bahaya.

"Najwa, jangan mengalah. Aku akan bantu kau selagi aku boleh."

Seraya berkata begitu, dia pengsan akibat kehilangan darah yang banyak. Iskandar keseorangan menghadapi kesakitan yang maha mencabar dirinya. Atas arahan daripada keluarganya, dia diarahkan untuk memberi amaran kepada Najwa atas segala pembunuhan yang bakal Najwa laksanakan sekiranya dia menjejakkan kaki ke Jerman sekali lagi.

Alangkah malangnya hidup Iskandar apabila skuad risikan Sir Harrison lebih pantas bertindak daripadanya. Entah cerita apa yang telah mereka sajikan kepada Najwa sehingga sahabatnya itu sanggup menembaknya tanpa ragu. Nasib baik Najwa pantas membuangnya ke dalam laut tanpa memeriksa dahulu apakah dia sudah mati atau sebaliknya.

Satu kesilapan yang jarang dilakukan oleh skuad Sir Harrison apatah lagi Najwa yang merupakan pembunuh elit dengan kadar kejayaan 100%. Mungkinkah ada udang di sebalik tindakan Najwa di atas kapal tersebut? Pistol yang Najwa gunakan juga berlainan dengan yang lazim dia gunakan.

Atau, ada sesuatu yang Najwa cuba sampaikan secara sulit? Dia kenal dengan sifat Najwa, lebih gemar memberi petunjuk yang kelihatan tidak bermakna secara tidak langsung.

Jarang sekali dia memaklumkan sesuatu hal secara terang-terangan. Khuatir ada yang menjadi mata-mata bagi pihak musuh. Apakah yang cuba Najwa lakukan?

...

"Sir! We found him!"

"Great! Bring him to our firmary! Do anything to save him! We need the information that Najwa sent via him!"

"Right away, sir!"

Sekumpulan lelaki berbaju hitam pantas mengangkut Iskandar di atas sebuah pengusung, juga berwarna hitam. Mereka menghentikan pendarahan di perut Iskandar dengan mengikat sehelai kain di abdomennya.

Wajah Iskandar yang semakin pucat dan fizikalnya yang semakin kesejukan memaksa pasukan itu bergerak dengan lebih pantas, namun berhati-hati. Ada nyawa yang perlu mereka selamatkan hari ini!

"Doc, this boy needs you now!"

"What is his condition?"

"Severe bleeding within his abdomen. No threat to his internal organ. Just an inch away though."

"It must be Najwa's work again."

"You guess it right, sir."

"Leave it to me, folks."

Budak lelaki yang dibawa terus dicucuk morfin bagi mengelakkan dia merasai sebarang kesakitan ketika proses menyelamatkannya berlangsung. Bukan mudah tanggungjawab yang dia pikul sekarang.

Peluru yang tersekat di tulang rusuknya dibuang dengan berhati-hati, bimbang akan menyebabkan kecederaan yang lebih serius jika tidak diberikan perhatian yang secukupnya.

IDENTITI - sebuah novel Nurul Najwa A'thirahWhere stories live. Discover now