Bab 7 + Bab 8

3.5K 79 20
                                    

7

Najwa menjejakkan kaki ke sebuah sekolah yang agak ternama di utara tanahair. Sejak diarahkan berpindah dari kampung, dia ditempatkan di bawah jagaan keluarga angkatnya di Kedah.

Entah bagaimana, Najwa mendapat surat tawaran memasuki sekolah ini tidak lama selepas dia berpindah. Memandangkan Najwa tidak punya kawan yang ramai ketika di Kedah, dia mengambil keputusan untuk tinggal di asrama sahaja. Mungkin dia akan menemui rakan baru yang boleh menggantikan Aiman dan Amin.

Selesai saja sesi pendaftaran, Najwa menapak ke biliknya untuk meletakkan barang. Sedang dia leka menyusun barang, tiba-tiba dia disapa oleh satu suara asing dari belakang. 

"Hai, boleh berkenalan? Nama aku Iskandar."

Salam perkenalan yang dihulurkan terasa janggal. Najwa sungguh berasa pelik melihat kelakuan budak yang bernama Iskandar ini. Namun, apa salahnya, biarlah dia menjalinkan ukhuwah yang baru di sini. Luka di dahi Najwa ternyata menarik perhatian budak tersebut untuk lebih mengenali seraut wajah yang telah lama menjadi perhatiannya.

"Umm, hai. Nama aku Najwa."

Ketawa yang meletus dari mulut budak yang baru dikenali membuatkan wajah Najwa merah padam. Salahkah nama yang dimilikinya?

"Maaf, maaf. Aku terbiadab sekejap. Ya Tuhan, nama kau seperti perempuan, kurang sesuai dengan penampilan kau, kawan."

"Sie wirken wie ein schwein." Perangai kau macam babi.

"Ja ich weib. Gut, dass sie sich in Deutchland zu sprechen." Babi la jugak tapi baguslah kau boleh cakap Jerman.

Najwa terdiam bukan kerana mendengar balasan daripada budak tersebut, tapi kerana kebolehannya yang tiba-tiba mampu untuk bertutur dalam Bahasa Jerman. Musibat apa pula yang bakal dia hadapi?

Dunia tiba-tiba berputar melawan arah jam tatkala satu bunyi dengungan panjang memecahkan keheningan sekelilingnya. Najwa hanya mampu melihat Iskandar pantas menangkapnya sebelum suasana kelam.

...

"Najwa, pulangkan badan aku!"

"Tidak, Nastasia! Ini badan aku! Kau tidak layak untuk memimpin badan ini lagi!"

"Sudahlah, Najwa! Kau mesti berhenti berpura-pura menjadi orang baik! I know your true nature!"

"Diam, Nastasia! Tanpa aku, kau dah lama mati dibunuh Natte!"

"Shut the fuck up!

"No, you shut up!"

"DIAMMMMM!!!!!!"

Seiring dengan jeritan yang bercampur-baur, Najwa terjaga dari mimpi pelik yang dialaminya. Siapakah gerangan Nastasia sebenarnya? Siapakah dia? Mengapakah dia seolah-olah ada satu memori asing yang sukar untuk diingati? Kenapa? Apakah memori itu?

Kekusutan yang dialaminya membuatkan Najwa terdampar keletihan. Kelihatan Iskandar sedang berehat santai di tepi katilnya sambil membaca majalah Playboy edisi khas.

Mana Najwa tahu? Ingat duduk kampung tiada yang minat? Banyak saja abang-abang motor bagi time dia pergi ngeteh dengan mereka.

"Eh, Is. Aku tak sangka kau minat Playboy gak."

"Eheh, ingat aku stok kau ke? Gay."

"Sumpah aku nak liwat kau kalau aku gay."

"Sumpah mulut kau boleh tahan puaka, Najwa."

Ketawa meletus di antara mereka. Ada hubungan yang terjalin di antara mereka. Semacam ada satu ikatan yang sukar untuk diputuskan. Apakah ini permulaan persahabatan mereka?

IDENTITI - sebuah novel Nurul Najwa A'thirahDove le storie prendono vita. Scoprilo ora