Bab 23 + Bab 24 (TAMAT!)

3.8K 124 184
                                    

         

BAB 23

"Aku dengar kau jadi Robin Hood."

Kata Chad kepada Najwa sewaktu mereka sedang melepak di meja biru di luar kelas mereka. Sengaja ubah angin menghirup udara malam.

"Celaka, mana hang dengar?"

"Ada la junior cerita. Hang mengamuk ka?"

"Tarak pasal aku nak mengamuk macam dulu."

"Heh, cayalah sangat. Sepakan sakti hang guna tu?"

"Cis la hang ni. Serius dengar mana? Dah seminggu kot benda ni jadi."

"Gilalah! Baru sangat jadi. Macamana hang boleh jumpak bukti bagai?"

"Benda bodoh guna cara bodoh jugaklah nak settle."

Diam. Mereka meneruskan perbincangan dengan rakan-rakan lain. Walaupun ada anatara mereka berbeza kelas, tak salahkan nak merapatkan ukhuwah kadang-kadang. Bila lagi nak buat macam ni?

Tiba-tiba mata Najwa dapat mengesan semacam keributan di aras atas. Kelihatan beberapa orang pelajar berkejaran berlari ke setiap kelas tingkatan satu.

Sangka Najwa mereka hanyalah main aci ligan, namun apabila terdengar jeritan nyaring, tahulah dia, ada yang sedang mengganas.

"Uish, tengok. Kelas budak form 1 la yang jadi. Jom, jom."

Pantas Najwa ditarik oleh beberapa orang BWP dan BADAR lain untuk menuju ke atas.

Belum sempat mereka menapak mendekati kelas tersebut, satu lagi jeritan nyaring kedengaran di wing sebelah. Sudah, apa yang sedang berlaku?

Sempat pula mata Najwa menangkap pandang pelbagai jenis makhluk yang bertebaran di sekitar blok akademik dan mulai bertenggek berdekatan pelajar.

Tidak kurang juga yang mula memeluk para pelajar yang kerasukan sambil menjelirkan lidah ke arah Najwa seolah-olah ingin mencabar.

Kesedaran Najwa mula berbalam. Objek di hadapannya mula kabur dan bertindih.

Dua bayangan.

Empat bayangan.

Najwa menggeleng-gelengkan kepalanya, cuba mengekalkan kewarasan di mindanya. Najwan yang sudah seminggu tertidur tiba-tiba sahaja bertempik dalam ruang putih.

...

"Najwa! Hati-hati! Ada yang datang nak membalas dendam!"

Cemas Najwan apabila mendapati Najwa semakin hilang dari pandangannya. Sudah! Najwa tidak boleh menjadi lemah sekarang!

Nyawa Najwa boleh melayang sekiranya dia dibiarkan melayan perasaannya sekarang. Puteh pasti datang lagi dengan samaran yang sama. Sofea! Sofea merupakan kelemahan utama Najwa.

Benarlah bahawa sekuat manapun seorang lelaki, dia pasti akan rebah dalam pangkuan seorang perempuan, perhiasan dunia!

"Nastasia! Tolong aku!"

Cemas Najwan menggenggam Nastasia sambil mengharapkan pertolongannya. Nastasia yang masih beriak tenang kelihatan sedikit gusar.

Benarlah. Najwa semakin lemah. Entah mengapa sejak dia kembali dekatkan diri kepada Tuhannya, dia menjadi semakin lemah. Hatinya lebih lembut, tidak keras dan kental seperti sebelum ini.

"Cepat, Najwan! Najwa tak boleh dibiarkan sendiri di alam sana!"

Pantas Nastasia menolak Najwan turun ke dalam lembah hitam, tempat mereka bertukar personaliti.

IDENTITI - sebuah novel Nurul Najwa A'thirahWhere stories live. Discover now