Part 1

11.9K 584 44
                                    

--------------------------

"Mingyu.. makan lah sayur tu. Penat Jiae masak , tahu?"

Pujukan suara lembut Jiae masih tidak diendahkan. Mingyu mencebik. Makanan yang kini berada di hadapannya langsung tidak terusik walau sedikitpun.

Sayur bukan makanan kegemaran-nya. Itu sudah tentu. Kata Mingyu , dia tidak mahu otaknya menjadi hijau gara-gara makan sayur. Bak kata orang , sayur itu ijo. -_-"

"Mingyu nak coklat." Muncungnya semakin panjang ke hadapan. Pinggan nasi yang berada di hadapannya ditolak jauh. Mingyu membuat raut wajah kasihan , cuba menagih simpati dari Jiae yang sudah mula bercekak pinggang dihadapannya.

"Makan dulu." Jiae mula memberi arahan. Nak bertegas sangat , nanti merajuk pula. Mingyu bersungguh-sungguh menggeleng tanda protes. Walau apa pun , dia tidak akan makan 'makhluk hijau' yang ada di dalam pinggan makanannya ketika itu.

"Nanti , Mingyu duduklah sorang-sorang. Jiae nak keluar. Taknak bawak Mingyu sekali." Jiae mengugut. Kedua dua tangannya dilipat ke dada. Dia tahu , Mingyu sememangnya takut ditinggalkan seorang diri di dalam rumah.

Takut hantu , katanya.

"Alaaa.. Mingyu nak ikut jugak." Dihentakkannya kedua dua belah kaki ke lantai seperti kanak-kanak kecil yang tidak mendapat gula-gulanya. Wajah Mingyu ketika itu tidak ubah seperti mahu menangis.

Alahai... kesian pulak rasanya.

"Mingyu taknak makan sayur ni. Hijau~" Tambah Mingyu lagi. Wajahnya masih masam mencuka. Selagi dia tidak dapat apa yang dia mahukan , tentulah begitu jadinya. Nak buat macam mana lagi?

Mingyu ini nampak saja macam 23 tahun. Tapi perangainya itu serupa sangat dengan kanak-kanak 3 tahun.

"Haishh , dia ni." Keluh Jiae perlahan lalu bangun dari kerusinya menuju ke dapur. Mingyu pula sibuk-sibuk mengintai Jiae dari ruang makan. Sudu dan garfu di tangannya diletakkan kembali ke atas pinggan. Sesuatu mula terlintas di fikirannya.

Mingyu bangun dari kerusi yang sedang dia dudukinya ketika itu lalu berjalan terjengket-jengket ke arah tangga menuju tingkat atas. Mingyu masuk ke dalam bilik tidurnya.

Tindak tanduknya tidak ubah seperti seorang penyangak. Mata Mingyu melilau mencari tempat yang sesuai untuknya bersembunyi.

Mingyu tersenyum lebar melihat almari pakaian milik Jiae. 'Tempat yang sesuai untuk bersembunyi.. hehehe..' Tanpa berlengah lagi , pintu almari pakaian itu dibuka. Mingyu berusaha memuatkan dirinya ke dalam ruang almari tersebut.

'Alamak..'

Mingyu menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Panik!! Mana tidaknya? Kakinya tidak muat untuk dimasukkan sekali!!

"Mingyu!!"

Suara Jiae memanggil-manggil namanya mulai kedengaran. Sepertinya , suara Jiae tidak jauh dari bilik tidur itu . Mingyu terus menutup dedaun pintu almari. Mulutnya ditekup dengan tangan agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi.

***

"Ishh..Mingyu ni kan.."

Sudah masuk kali ke berapa Jiae merengus geram pada hari ini. Satu persatu keluhan berat dilepaskan. Jujur dia katakan , dia sememangnya letih hari ini. Cuti memang cuti. Tapi dalam menjaga Mingyu , memang tiada cuti buatnya.

Walau apa pun yang terjadi , dia tetap perlu bersabar melayan kerenah suaminya itu. Walau macam mana pun Mingyu menyusahkannya , dia tetap perlu bersabar. Kerana dia tahu.....

Mingyu adalah seorang insan yang cukup istimewa di hatinya.

Jiae kini berdiri betul-betul di hadapan bilik tidurnya. Ketika itu , dia mula teragak-agak untuk membuka pintu . Perlahan lahan tombol pintu itu dipulasnya.

Belum sempat pun dia hendak menolak dedaun pintu itu , satu bunyi aneh yang agak kuat menyapa deria pendengarannya. Bunyinya seperti sesuatu telah patah. Ataupun roboh?

Terangkat bahu Jiae ketika itu. Semuanya gara-gara terperanjat.

Matanya kini tertancap pada almari baju miliknya. "Aduhh..." Satu rengekan manja kedengaran dari dalam almari itu. Perlahan lahan dia membuka.

Membuntang luas mata Jiae melihat apa yang terjadi pada almarinya ketika itu. Mingyu yang sedang leka menggosok-gosok punggungnya dipandang dari atas ke bawah.

"Mingyu!!"

***

[BOOK 1 : COMPLETE] From INNOCENT To BYUNTAEWhere stories live. Discover now