Part 12

7K 439 49
                                    

***

"I'm..I'm pregnant.."

Jiae menyentuh dua ulas bibirnya. Rasa gembira dan sebak pada masa yang sama dapat dirasainya di kala ini.

Pregnancy test yang dipegangnya itu telahpun memberikan segala jawapan kepada persoalannya sejak beberapa hari ini.

Muntah-muntah dan pening kepala hanya dianggap perkara biasa bagi Jiae. Itupun kerana dia ini jenis yang kuat bekerja.

Namun begitu , Jiae masih lagi kebingungan . Adakah dia sedang bermimpi atau berhalusinasi , dia tidak pasti. Senyuman bahagia terpamer di bibirnya.

Jiae menyentuh permukaan perutnya yang kini dihuni benih Mingyu. Tidak pernah dia rasakan perasaan sebegini. Malah dia tidak menyangka pun semua ini bakal berlaku.

"Mesti Mingyu gembira kalau dia tahu."

Jiae tersenyum lagi. Tapak tangannya kini seolah olah tidak boleh berpisah dari perut. Senyumannya kembali pudar. Berdebar sungguh hatinya ketika ini.

"Baik check up dengan doktor dulu sebelum bagitahu Mingyu."

Jiae menukar pakaiannya lalu turun ke bawah. Langkahnya terhenti seketika melihat Mingyu yang sedang terlena di atas sofa berhadapan dengan televisyen.

Sofa tempat Mingyu baring terlentang dengan ibu jarinya di dalam mulut itu perlahan dihampiri. Jiae duduk di sisi tubuh Mingyu.

Dengkuran perlahan Mingyu membuat Jiae ketawa kecil namun segera ditahan agar tidak terhambur. Jiae mencium lembut dahi Mingyu. Matanya dipejam rapat lalu dibuka kembali.

"Nak pergi mana tu , Jiae? Kat luar kan sejuk."

Belum sempat Jiae hendak menapak ke luar rumah , Pn.Shin menegur , membuat langkahnya terhenti. Jiae menoleh ke belakang.

"Jiae nak jumpa doktor kejap. Jangan bagitahu Gyu. Nanti dia risau."

Jiae cuba berselindung. Sebaiknya , biarlah berita gembira itu hanya dia seorang sahaja yang tahu buat masa ini.

"Kamu tu dari tadi pegang perut. Pelik omma dibuatnya. Kamu memang sakit perut ke?"

Jiae hanya tersenyum malah tidak menjawab pun soalan Pn.Shin. Dia kembali membuka langkah keluar dari perkarangan rumah banglo itu.

"Aishh.. Jiae ni kan.."

Pn.Shin menggeleng sahaja melihat kelibat Jiae yang semakin menghilang dari pandangannya ketika itu.

"Tak mustahil jugak kalau dia nak check up baby , kan?"

Seolah olah mengetahui tujuan sebenar Jiae ke hospital , Pn.Shin hanya tersenyum. Dia yakin firasatnya itu tidak salah.

***

"Jiae nak kenalkan seseorang pada Gyu."

Mingyu yang mendengar kembali duduk. Matanya tidak henti-henti berkedip memandang wajah Jiae yang dari tadi asyik tersenyum.

"Siapa? Siapa?"

Mingyu memandang ke kiri dan kanannya. Takut-takut orang itu sedang bersembunyi di mana-mana , katanya.

Jiae ketawa geli hati. Tangan Mingyu dibawa ke perutnya. Mingyu kembali memandang wajah Jiae. Nampaknya dia masih belum faham.

"Gyu akan dapat baby."

Mingyu terkebil kebil. Dahinya semakin berkerut. Apa yang dia fikirkan , Jiae pun tidak tahu. Mingyu membuntang , seakan-akan terkejut.

Baguslah jika dia sudah faham.

"Jiae makan baby kita?!"

Senyuman Jiae bertukar menjadi wajah berkerut. Mingyu menggoncang tubuh Jiae berkali-kali tanpa henti.

Kedua-dua belah bahu gadis itu ditolak dan kini , Jiae ditindih tubuh Mingyu.

Chuup~

"Gyu dah jadi matang , kan Jiae?"

Mingyu berkata sejurus meleraikan ciuman hangat itu. Pipi Mingyu dicubit manja oleh Jiae.

"Nampaknya Gyu kena biasakan diri lagi sebab... Gyu akan jadi appa nanti."

***
Maaf lambat update. Author keluar honeymoon dengan Gyu. ヽ('▽`)/

Wuhuhuu.. Jiae pregnant = ̄ω ̄= Author dah belajar sesuatu dari cerita ni. Pengajarannya adalah , jangan pandang rendah kebolehan kanak-kanak ribena macam Mingyu xD

Baidawehh.. author dah tukar tajuk cerita and part 13 akan jadi last part untuk short fanfiction ni. So kalau nak author buat imagine ataupun short ff untuk member Seventeen yang lain , boleh komen. ('▽`)

Vote ✔
Komen ✔

✨✨✨

[BOOK 1 : COMPLETE] From INNOCENT To BYUNTAEWhere stories live. Discover now