Part 6

7.3K 499 33
                                    

***

"MINGYU!!!!"

Hampir bergegar satu rumah banglo itu dek jeritan terkejut Jiae. Mingyu yang kini berada di hadapannya langsung tidak menunjukkan sebarang ekpresi wajah terkejut.

Bukan itu sahaja. Malah raut wajah tidak bersalah turut dipamerkan pada wajahnya itu.

Senyuman di bibir Mingyu tampak begitu berseri-seri. Jiae hairan benar dengan Mingyu ketika itu.

"Mingyu!! Kenapa tiba-tiba peluk Jiae ni?! Terkejut beruk Jiae , tahu?!"

Getus Jiae dengan wajahnya yang merah padam akibat geram. Dipukulnya manja lengan sasa milik Mingyu itu .

Dada Jiae diurut berkali-kali. Jujur dia katakan , hampir gugur jantungnya diperlakukan begitu.

"Nak mandi sama-sama dengan Jiae... boleh?"

Mingyu memuncungkan bibirnya sedepa. Sedaya upaya dia mengekalkan wajah comelnya di hadapan Jiae.

"Jiae nak mandi dulu ni. Nanti Jiae mandikan Mingyu , okay?"

Jiae melangkahkan kakinya ke dalam bilik air. Belum sempat sebelah lagi kakinya mencecah permukaan lantai , lengannya ditarik Mingyu.

Jiae membuntang luas saat tubuhnya ditolak rapat ke permukaan dinding. Mingyu memagari tubuh Jiae dengan sebelah tangannya. Gadis itu menekan liur.

Bulu roma Jiae menegak serta merta ketika tangan Mingyu mula mencapai penghujung tuala yang tersemat kemas pada dadanya.

Kringggggggg~

Terbuntang luas mata Mingyu apabila mendengar 'pekikan' jam loceng di atas meja bersebelahan dengan katilnya ketika itu.

Dia terduduk akibat terperanjat. Rambutnya kelihatan sungguh berserabai. Macam hutan simpan yang belum pernah diteroka. Agaknya. -..-"

Mana tidaknya , baru bangun tidur lah katakan.

Mingyu dengan tidak sengajanya menyentuh seluar tidur yang sedang dia pakai ketika itu. Matanya beralih pada kawasan di mana tapak tangannya mendarat tadi.

Alangkah terkejutnya Mingyu apabila mendapati yang seluar tidurnya basah. Mingyu mulai panik secara tiba-tiba. Ternyata Jiae sudahpun bercekak pinggang di sisi katilnya.

"Takkan sekali lagi? Mingyu mimpi apa sampai katil jadi basah ni?"

Jiae melipat tangannya ke dada. Dia sememangnya ingin tahu. Mingyu menunduk ke bawah. Tidak mungkinlah dia akan bercakap tentang video-video yang ditontonnya tengah malam semalam , bukan?

Walau apapun yang terjadi , dia tidak akan memberitahu rahsia terbesarnya itu pada Jiae! Takkan!

"Mingyu mimpi...Jiae pegang.. pegang.."

Mingyu menggosok belakang tengkuknya. Dia mahu bercerita berkenaan apa yang dimimpikannya sebentar tadi. Tapi.......

"Jiae pegang Mingyu punya.. ni.."

Mingyu kembali menunduk. Mata Jiae terus membulat apabila mula untuk memahami apa yang cuba disampaikan Mingyu ketika itu. Sebulat- bulat mata D.O. -.-"

***

Asdfghjkl xD Omo , nampaknya rahsia terbesar Mingyu akan terbongkar nanti. Maaflah sebab part ni agak membosankan. Maklumlah , ketandusan idea. xD

Vote ✔
Komen ✔
Follow ✔

✨✨✨

[BOOK 1 : COMPLETE] From INNOCENT To BYUNTAEWhere stories live. Discover now