Part 2

8.1K 551 47
                                    

------------------------

"Kan Jiae dah kata...... duduk diam.. jangan memanjat sana sini. Kenapa Mingyu degil? Tengok tangan Mingyu dah luka. Jiae ingat boleh berehat kat rumah hari ni. Tapi , Mingyu pulak buat perangai. Jiae letih lah Mingyu. Jiae letih."

Panjang lebar hujah yang diberi Jiae . Mingyu hanya diam membisu. Dia tahu tindakannya itu salah. Tapi bukan kehendak dia mahu membuat almari baju milik Jiae roboh.

Kes tidak mahu mengaku salah laa ni?

Jiae melepaskan keluhan berat. Terasa mahu menangis pun ada. Itulah kali ketiga dia mengganti barangnya yang rosak akibat 'hasil kerja' Mingyu .

Jiae menyapu ubat pada luka di tangan Mingyu dengan lembut sahaja. Walaupun dia marah , dia tahu Mingyu tidak bermaksud untuk melakukannya.

Nafas ditarik sedalam dalamnya. Harap Jiae , hatinya kembali tenang dengan cara itu. Syukurlah , sedikit sebanyak rasa marahnya pada Mingyu hilang begitu sahaja.

"Lain kali jangan buat macam tu , ya Mingyu? Bahaya. Siapa nak tolong sapukan ubat pada luka Mingyu masa Jiae takde nanti? Jiae taknak tengok badan Mingyu calar balar macam ni."

Dengan cara yang baik , Jiae mengingatkan Mingyu. Bukannya apa. Jika Jiae keluar berkerja nanti , sekurang kurangnya Mingyu tidak akan menyusahkan ibunya yang sentiasa sabar melayan kerenah menantunya itu. Kepalanya yang tekun melihat luka di tangan Mingyu kembali diangkat.

Rasa serba salah mula hadir di hati Jiae saat melihat Mingyu menunduk sebegitu. Kedengaran esakan kecil dari Mingyu , diselang selikan dengan sedutan hingus yang comel sekali bunyinya.

Sah. Mingyu sedang menangis , melayan perasaan sedihnya.

"Mingyu?" Panggilan Jiae tidak disahut. Diangkatnya dagu Mingyu agar dapat melihat wajahnya. Pipi Mingyu basah. Wajahnya masam mencuka.

"Kenapa ni?" Air mata Mingyu diseka dengan ibu jarinya. Bukan semakin reda , malah semakin galak Mingyu menangis.

Haihh...

"Uljimayo..maafkan Jiae sebab marah Mingyu."

Cubaan memujuk kali kedua dilaksanakan. Mingyu masih melayan perasaan sedihnya dek dimarahi satu-satunya gadis yang dia sayangi.

Ditariknya Mingyu ke dalam pelukan Jiae. Belakang badan Mingyu diusap lembut , cuba untuk menenangkannya kembali.

"Jangan menangis lagi? Mingyu nak coklat , kan? Nanti kita keluar sama-sama. Jiae beli banyak-banyak untuk Mingyu. Jangan nangis , please?"

Pelukan Jiae dileraikan seketika. Dipandangnya wajah Mingyu yang sudah reda tangisannya. Sebaris senyuman mula terukir di bibir Mingyu. Dipeluk tubuh kecil Jiae seerat-eratnya.

"Yeay!! Coklat!! Yeay!!"

Sungguh terperanjat Jiae mendengar pekikan keriangan Mingyu. Hampir lemas Jiae dihimpit di dalam dakapannya. Akhirnya dakapan itu dileraikan juga.

"Bila kita nak pergi?"

Laju sahaja mulut Mingyu bertanya. Matanya bersinar sinar. Senyuman gembira masih tidak lekang dari bibirnya. Dah tak sabar dah tu nampaknya!

"Pergi mandi dulu. Bau sampai ke dapur!!" Usik Jiae lalu ketawa geli hati. Mingyu pula mencemik , tidak suka diketawakan begitu. "Tapi luka ni macam mana?" Soalan itu pula yang ditanya. Jari telunjuk Mingyu ditunding ke arah luka kecil pada tangannya.

"Nak Jiae mandikan ke?" Soal Jiae dengan sebelah keningnya terangkat. Bersungguh-sungguh Mingyu mengangguk tanda mahu.

"Siapa lambat pergi bilik air...... Jiae simbah dia dengan air sejuk!!" Jiae berlari ke tingkat atas meninggalkan Mingyu yang masih terpinga-pinga di sofa ruang tamu itu.

"Mingyu taknak!! Sejuk!!" Mingyu terkedek kedek berlari membuntuti Jiae yang sudah berada jauh darinya.

***

"Mingyu lapar?"

Soal Jiae pada Mingyu yang dari tadi diam sahaja. Rasa lain pula bila tidak bergurau bersamanya. "Chuu lapar?" Mingyu mengulang kembali soalan Jiae sebentar tadi.

Namun kali ini , Mingyu menyuarakan soalan itu pada anak patung arnab kesayangannya. Sesekali , dia menggoncang patung kecil itu.

"Nak!! Nak!!" Mingyu membuat suara kecilnya yang ternyata sangat comel apabila didengar. Anak patung arnab kecil yang tidak pernah ditinggalkan keseorangan itu diangguk-anggukkan.

"Bunny Chuu pun lapar."

Mingyu tersenyum lebar. Dia kembali bermain dengan anak patung kesayangan pemberian Jiae itu. Senyuman Jiae terukir di bibir.

'Saya sayang awak , Mingyu.'

***

[BOOK 1 : COMPLETE] From INNOCENT To BYUNTAEWhere stories live. Discover now