Part 7

7.1K 468 25
                                    

***

"Jiae pegang Mingyu punya.. ni.."

Mingyu kembali menunduk. Dia sememangnya takut untuk memandang wajah singa Jiae itu.

Mata Jiae terus membulat apabila mula untuk memahami apa yang cuba disampaikan Mingyu ketika itu. Sebulat- bulat mata D.O. -.-"

"Apa yang Mingyu cuba cakapkan ni?!"

Sehingga terangkat bahu Mingyu ditengking sebegitu rupa. Raut wajahnya berubah keruh serta merta.

Mata Mingyu sudah mula berair dan ketika itu jugalah Jiae mula rasa serba salah.

Mana tidaknya? Kalau Mingyu menangis , habislah runtuh rumah tu nanti.

Seperti yang Jiae jangka , Mingyu sudah melalak kuat di telinganya . Dia terus berlari keluar dari bilik itu dengan seluar yang masih basah. Jiae menepuk perlahan dahinya dan serentak melepaskan keluhan berat.

Jiae memulakan langkahnya bagi mengejar Mingyu. Dengan itu , bermulalah sesi kejar mengejar antara mereka berdua.

Sampai sahaja di aras bawah rumah banglo itu , Mingyu dengan tidak sengajanya telah tersadung kaki kerusi lalu terbaring betul-betul di hadapan Pn.Shin.

Sebenarnya , bukan terbaring tapi tertiarap. Harap maaf. --"

Jiae membuntang luas. Serentak dengan itu , langkahnya terus terhenti serta merta sebaik sahaja melihat ibunya yang sudah bercekak pinggang di hadapannya ketika itu. Jiae menggosok belakang lehernya sambil tersengih-sengih sahaja.

Haih..matilah nak.....

Tangisan Mingyu semakin kedengaran. Menangis macam tipu. Tapi dia sememangnya sedang menangis ketika itu.

Bukan setakat menangis , malah melalak. --"

"Kenapa ni , sayang?"

Pn.Shin mengusap ubun-ubun kepala menantu kesayangannya dan seraya itu , membantu Mingyu kembali duduk. Belum apa-apa lagi , Mingyu telahpun memeluk erat tubuh kecil Pn.Shin.

Ketat dan erat.

Hampir patah riuk tulang belakang wanita itu dibuatnya. Jiae pula berdiri serupa tugu negara di sudut itu.

"Jiae marah Gyu.."

Adu si kecil yang sememangnya anak manja itu. Mulutnya dicebikkan serupa anak itik. Matanya berkedip tanpa henti , meminta belas kasihan wanita itu.

"Jiae.."

Jiae menekan perit liurnya. Dia kembali mendongak saat namanya dipanggil. Keluhan berat dilepaskan.

"Fine.."

Jiae menjawab sepatah. Itupun dengan nada malasnya. Jiae menggulingkan anak matanya apabila melihat Mingyu mula mengukirkan senyuman menang di bibir.

Jiae membuat raut wajah merajuk nya. Dah agak pun yang Mingyu tu cuma mengada.

Ishh , gedik sungguh. --"

Jiae masuk ke dalam bilik dan kemudiannya mengunci pintu. 'Tak habis-habis nak menangkan Gyu yang gedik tu. Ishh , sakit hati!' Getus hati Jiae lalu terus berselubung di bawah selimut.

"Biar Gyu tidur dengan hantu nanti. Padan muka! Jiae takkan bukak pintu ni!" Gumam Jiae perlahan.

"Tapi kan.... apa yang Mingyu cakap tadi? Pegang apa? Ke aku yang salah dengar ni? Takkan lah......

***

Pendek kan? T^T Memang terpaksa buat pendek-pendek memandang kan ni cuma short ff. Bila buat camni baru nampak banyak sikit. T^T

Vote ✔
Komen ✔

✨✨✨

[BOOK 1 : COMPLETE] From INNOCENT To BYUNTAEWhere stories live. Discover now