Part 13

7.5K 420 38
                                    

***

[Setahun kemudian....]

"Siapa yang belum mandi ni haa?"

Mingyu kelihatan begitu sibuk membuat gaya tidak ubah seperti seorang penyiasat muda yang sedang mencari penjenayah dikehendaki polis. Bayi kecil berusia 5 bulan itu ketawa kecil seraya menepuk kedua dua belah tangannya tanda suka.

Lakonan yang sungguh menjadi , Mingyu! Pandai menghayati watak! Syabas!

Kembang kempis hidung Mingyu memuji dirinya sendiri. Dari tadi juga dia tersengih-sengih seperti orang yang terencat. Entah apalah yang sedang dia bangga-banggakan ketika itu.

Butang baju tidur bayi lelaki yang bernama Kim Eunho itu ditanggalkan satu persatu.

"Eiiii.. tengoklah siapa yang tak malu ni.."

Mingyu ketawa mengejek. Eunho pun turut ketawa bersama appanya. Pipi pou Eunhol jelas kelihatan. Jiae yang sedang melihat telatah kedua-dua anak beranak itu hanya menggeleng.

Memang sehati sejiwa betul.

"Mingyu.. air mandian dah siap."

Jiae menegur Mingyu yang masih leka bermain dengan Eunho. Didukungnya bayi kecil itu ke tingkat atas. Mingyu pula terkedek-kedek membuntuti Jiae.

***

"Eunho..... habislah rambut appa nanti."

Mingyu mencemik. Eunho yang sedang sibuk menjilat rambutnya langsung tidak menghiraukan Mingyu. Tangan kecil Eunho mengenggam rambut appa nya lalu dimasukkan ke dalam mulut.

Hasilnya , rambut yang disisir kemas oleh Jiae tadi telah basah gara-gara air liur Eunho.

"Hikhikhik.."

Eunho ketawa suka sambil menepuk tangannya. Mingyu masih lagi tertiarap , melayan kerenah anak kecilnya itu. Eunho merangkak turun dari belakang badan Mingyu.

"Pa....boo."

Jari kecil Eunho mencucuk-cucuk pipi Mingyu. Bibirnya dimuncung kan saat menyebut perkataan 'boo' itu. Sehingga meleleh-leleh air liur si kecil itu. Kening Mingyu bertaut rapat. Dia sedikitpun tidak faham apa yang cuba dikatakan Eunho.

"Eunho!!!"

Terperanjat anak kecil itu mendengar jeritan Mingyu. Esakan si kecil Eunho mulai kedengaran , membuatkan Mingyu menjadi serba tidak kena. Tidak pasal-pasal dia yang akan disalahkan Jiae nanti.

"Eunho? Mingyu?"

Jiae yang sedang menuruni anak tangga mempercepatkan lagi langkahnya mendekati Eunho. Anak kecil yang sedang menangis itu didukungnya. Jiae menjegilkan matanya memandang Mingyu.

"Gyu.. janganlah tengking Eunho. Terperanjat dia."

Mingyu mencebik. Sekarang dia pula yang dimarah Jiae. Nak nangis pula rasanya.

"Habis tangan dengan rambut Gyu kena air liur Eunho."

Mingyu mentalakan jari telunjuknya pada tangan yang diselaputi air liur Eunho. Bukan hanya tangannya , malah rambutnya pun sudah berserabai hasil kerja Eunho yang begitu 'berseni' itu.

Jiae mengangkat kakinya meninggalkan ruang tamu. Eunho perlu ditidurkan bagi memudahkan kerjanya memasak nanti. Jika tidak , jenuhlah mahu membuat kedua-dua kerja serentak.

***

"Jiae marah Gyu lagi , kan? Cakaplah. Jangan diam je."

Mingyu menggoncang manja lengan Jiae. Bukannya Jiae tidak mahu menjawab , tetapi sudah kali ke 20 Mingyu asyik menanyakan soalan yang sama. Siapa yang tak rimas?

"Kan Jiae dah cakap. Jiae tak marah."

Jiae terus melipat baju-bajunya tanpa memandang pun wajah Mingyu.

"Jiae nampak marah je dari tadi."

Mingyu takut-takut untuk bersuara. Kedua dua jari telunjuknya ditemukan . Dia semakin menunduk , takut untuk merenung anak mata Jiae. Tak pasal-pasal , menangis juga dia di situ nanti.

"Dah Mingyu asyik tanya soalan yang sama."

Jawab Jiae acuh tak acuh. Baju-baju yang sudah dilipat kemas diletakkan ke dalam almari lalu ditutup kembali. Jiae kemudiannya melabuhkan punggung di sisi Mingyu.

"Gyu mintak maaf kalau Gyu dah buat Jiae marah."

Mingyu menarik kepala Jiae rapat ke dadanya. Jarang sekali dia berkelakuan romantis seperti ini. Mungkin kerana dia telah pun belajar untuk menjadi lebih matang lebih-lebih lagi dengan kedatangan cahaya mata baru ini.

Walaupun belum cukup matang seperti yang diharapkan , Jiae bangga dengan perubahan sikap Mingyu. Malah Mingyu juga memberikan Bunny Chuu kesayangannya pada Eunho.

Dan syukurlah , Pororo dan Robocar Poli bukan lagi rancangan kegemarannya.

"Jiae....."

Mingyu terkebil kebil melihat tindakan menggoda Jiae ketika itu. Semakin meremang bulu tengkuk Mingyu apabila Jiae mencium haruman pada lehernya.

Tangan Jiae berjaya membuka satu persatu butang baju tidur Mingyu . Satu senyuman senget terpamer di bibirnya.

"Apa yang Jiae buat sekarang ni sama macam perempuan yang Gyu selalu tengok dalam video tu." :3

Jiae mencium lembut bibir Mingyu. Basah , lembut dan menyelerakan.

"Betul? Jadi apa yang perempuan tu akan buat lepas ni?"

Jiae tersenyum. Mingyu diam dan berfikir sejenak.

"It's my turn now , young lady."

Mingyu merangkul tubuh kecil Jiae. Perlahan lahan dia meletakkan Jiae ke atas permukaan katil. Mingyu dan Jiae serentak menarik comforter tebal itu bagi menutupi tubuh mereka.

"Come to daddy~"

"Aww.. Mingyu."

Mingyu mengenyitkan mata nakalnya. Jiae ketawa geli hati namun segera ditahan apabila Mingyu kembali melakukan 'tugas' nya.

-The End-

Lololol.. Comel je Eunho , ann?

Anyway , author akan pertimbangkan sama ada nak buat book 2 atau tak untuk cerita ni. Buat masa ni , author takde idea nak sambung macam mana.

So tunggu je lah , ehh? xD

Jadi author dah publish satu buku baru , 'Seventeen Love On'. Ni first time author buat imagine kat Wattpad. And for sure 13 member Seventeen ada dalam buku ni. Ada imagine yang panjang sampai perlu pisahkan jadi several parts.

Harap imagine tu boleh buat hati korang cair ke apa. Hahaha. Banyak sangat ke author membebel kat sini? Agagaga.

Papai... :3

Vote ✔
Komen ✔

✨✨✨

[BOOK 1 : COMPLETE] From INNOCENT To BYUNTAEWhere stories live. Discover now