My Cikgu My Hubby 52

24.3K 1.1K 18
                                    

PULANG daripada menziarahi kubur arwah Haji Sulaiman, Aqira lebih banyak diam daripada bercakap. Pertemuan dengan Kak Hanna pun tidak mengingatkan dia tentang apa-apa. Walaupun berbuih mulut Kak Hanna menceritakan cerita zaman kecil-kecil mereka, tetap saja dia tidak mengingatinya.

“Nur..? jauh termenung?’’ teguran Hajah Suraya menyedarkan dia dari lamunan. Dia hanya tersenyum hambar. “Ummi ada masak makanan kesukaan Nur, kita makan tengah hari sama-sama. Tapi sebelum tu, kita apakata kita solat zohor dulu, ummi rindu nak berjemaah dengan Nur.’’ Kata Hajah Suraya lagi. Kali ini Aqira sudah menelan air liur yang terasa pahit ditekaknya. Solat? Apa aku nak cakap ni? Aku tak tahu solat. Kalau aku cakap ni depan dia, agak-agak dia terkejut tak?

Hish! Tak boleh. Ummi tak boleh tahu kalau aku tak reti sembahyang. Ni belum lagi aku buka tudung depan dia, kang tak pasal-pasal dia tengok rambut aku yang berkarat ni.. mahunya dia lemah jantung. Kalau tengok ciri-ciri anak dia dari gambar-gambar, pakai tudung labuh, nampak sopan. Anak dia? Bukan ke aku anak dia ke?

“Nur?’’ panggilan nama itu sekali lagi memeranjatkan dia. Aqira tersengih kambing. “Saya cuti ummi..’’ alasan yang paling munasabah. Hajah Suraya mengganguk perlahan. “Kalau macam tu jom lah.’’ Ajaknya pula. Aqira membuntang mata. “Orang uzur pun boleh sembahyang ke ummi?’’ laju saja dia menyoal. Hajah Suraya tersenyum kecil mendengarnya.

“Taklah, ummi nak ajak kamu makan dulu. Jomlah.’’ Balas Hajah Suraya yang masih dengan senyuman. aqira pun turut tersenyum. hush! Semangat. Hajah Suraya mengajaknya untuk makan terlebih dahulu kebetulan keluarga Kak Hanna pun ada sekali. Meriah keluarga ini, tapi tentu lebih meriah kalau baba masih hidup. Aku selama ini hanya kenal seorang lelaki dalam hidup aku, tapi sekarang.. aku mengenal erti sebuah keluarga. 

Dia melihat lauk pauk yang terhidang.  Satu pun dia tak tahu nama-nama makanan itu. Makanan kegemaran? Dia mencebik dalam hati. Dia mengambil tempat di sisi ummi. Ceria sungguh wajah itu sejak dari awal dia menjejakan kakinya ke rumah ini. Masuk hari ini, sudah hari kedua dia berada di sini. Dan.. Asyraf sudah lesap entah kemana. Macam biasalah, suka hati dia campak aku dan kemudiannya dia blah. Itu lah Asyraf!

“Hai Nur, kalau asyik tatap aje makanan tu, tak kenyang. Rasalah cepat! Mana tahu, bila kau dah rasa air tangan ummi, otak kau tu boleh ingat balik.’’ Kak Hanna menegurnya untuk makan. Aqira tersengih. Dalam pinggannya, cukup lengkap dengan lauk pauknya. Hanya tinggal disuap ke dalam mulut saja. Perlahan-lahan dia makan.

“Gulai tempoyak kaki ayam! Kau ingat tak Nur? Dulu kau berebut-rebut dengan akak sebab gulai ni?’’ sekali lagi kak Hanna menceritakan perihal yang dia tidak ingat. Gulai kaki ayam? Dah kenapa dalam banyak-banyak organ ayam tu, tang kaki jugak aku suka makan? Kenapa...lahaii.. gerutu Aqira dalam hatinya. Hanya tersenyum yang mampu dia balas. Kak Hanna mengangguk tanda mengerti. Adiknya masih belum ingat apa-apa. perlahan-lahan Hanna melihat tangan suaminya memegang tangannya.

“Sabarlah, ia mungkin mengambil sedikit masa. Tak lama lagi, mungkin awak boleh lihat adik awak semula.’’ Bisik Arshad ke telinganya. Hanna tersenyum tenang mendengar kata-kata semangat itu dari suaminya. Mungkin benar, semua ini perlukan masa. Dan dia tidak akan berhenti untuk bercerita tentang memori yang dia miliki bersama adiknya.

“Oh ya, Asyraf pergi mana ummi? Biasanya melekat je dengan bini dia. Ni dah dua hari Hanna tak nampak batang hidung dia.’’ Pertanyaan kak Hanna menraih perhatian Aqira yang sedang makan. Ini yang ku tunggu selama ini. Berita mengenai si Asyraf tak guna tu! Getusnya dalam hati. Wajah ummi dan kak Hanna di pandang bersilih ganti. “Dia kata tengah uruskan sesuatu. Mungkin pasal kerjanya kut..’’
“Dia dah dapat kerja ke?’’ soal kak Hanna lagi. “Entahlah Hanna, Asyraf sekarang ni pun dah tak banyak bercerita dengan ummi.’’ Kata-kata ummi telah menamatkan perbualan mereka tentang Asyraf. Kerja? Bukan ke Asyraf berkerja sebagai cikgu sekolah ke? Nak cari kerja apa lagi? Persoalan itu hanya bermain di benaknya. Nasi dalam pinggan, jangan cakap lah. Bukan dia sengaja tak mahu habiskan, tapi memang dia tak ada selera. Citarasa yang dia miliki sekarang, bukan lagi seperti dia yang dulu.

“Saya minta maaf, kalau selera makan saya buat hati ummi terguris.’’ Awal-awal lagi dia sudah memohon maaf. Wanita itu hanya tersenyum dan mengusap wajahnya. “Ummi tak kisah, asalkan Nur makan apa yang ummi masak. Sikit pun tak apa, sebab ummi hanya ingin Nur merasa apa yang Nur suka sebelum ini. Tapi sekarang, ummi kena faham kalau Nur bukan lagi macam dulu, jadi ummi kena masak apa yang Nur suka makan yang sekarang, bukan yang dulu. Betul tak?’’ kata-kata ummi buat dia sebak. Laju saja tangannya memeluk wanita itu. “Sorry, ummi.’’ Bisiknya dengan perlahan.
“Hish.. tak apa sayang. Jadi Nur suka makan apa? nanti ummi masakkan.’’ Tanya Hajah Suraya dengan cerianya. Aqira tersenyum sambil cuba mengingati apa yang dia suka makan. “Dulu masa dekat Thai, masakan berkuah yang Qira suka, tomyam. Qira suka makan lauk daging, macam daging masak merah.’’ Beritahu Aqira.

“Nur pernah tinggal di Thailand?!’’ kak Hanna yang tidak sengaja mendengar perbualan Aqira dan umminya terus menerpa dengan soalan itu. Aqira mengganguk perlahan. Wajah Hanna nampak begitu terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Aqira. “Patutlah, pencarian dekat Malaysia tak pernah-pernah nak jumpa. Rupanya dah dibawa lari ke Thailand. Memang tak guna punya jantan!’’ Kata Hanna dalam nada yang geram. Abang Arshad memeluk bahunya supaya bertenang. Hanna memang tahu dari Asyraf kalau sebenarnya Aqila memang dibawa lari oleh Ikhwan. Ikutkan hati, memang nak saja dia ke penjara dan tumbuk-tumbuk muka lelaki itu sampai lunyai!

Sanggup Ikhwan membawa lari isteri dari suaminya, membawa lari anak dari orang tua kandungnya. Sehinggakan di akhir hayat baba tidak dapat melihat anaknya. Begitu kejamnya lelaki itu!

“Saya geram abang tahu tak? Dia tu, tak padan dengan orang yang berpengajian tinggi. Belajar dekat universiti tapi otak? Tak guna. Dia tu dah rosakkan keluarga kita. Memberi penderitaan dekat Asyraf, ummi, dan arwah baba. Kalau ikutkan hati saya, hukuman mati tak setimpal dengan apa yang dia dah buat. Dia patut kena siksa dulu, biar tahu bertapa siksanya jiwa kami.’’ Turun naik nafas kak Hanna meluahkan. Air mata memang sudah mengalir di pipinya. Sementara Aqira pula, sudah terkesima dengan kata-kata itu. Adakah ‘dia’ yang dimaksudkan itu Long? Lelaki yang dikeji itu adalah orang yang dia cinta? Adakah Long akan dikenakan hukuman mati?  Aqira mengeleng kepalanya.

“Hukuman mati?’’ dia menyoal menginginkan kepastian. Wajah kak Hanna dipandang lama. Hanna mengalihkan pandangannya kepada si suami. Seperti meminta untuk lelaki itu menjelaskan segalanya kepada Aqira. “Iya. Mahkamah telah memutuskan hukuman yang bakal diterima oleh Ikhwan dan dia mengaku bersalah.’’ Beritahu Arshad dengan tenang.

“Tapi dia tak bersalah!’’ bantah Aqira.

Semuanya nampak terkejut dengan bantahan Aqira. Terutama sekali kak Hanna. “Nur Aqila, sedar tak apa yang kau cakap ni?’’ tegas kak Hanna menyoal. Aqira bangun dari tempat duduknya. “Saya sedar apa yang saya cakap. Barang tu bukan milik dia, barang tu milik Farid! Yang patut kena hukuman tu bukan dia, tapi Farid!’’ kata Aqira dengan tegang.

“Dia dijumpai bersama dengan barang yang terlarang tu. Jadi nak tak nak, memang patut dia kena hukuman sebab bersubahat. Samada salah dia atau orang lain, itu dah tak jadi alasan sebab dia sendiri dah mengaku kesalahan dia.’’ Beritahu kak Hanna pula. Aqira menggeleng kepalanya tanda tidak percaya. Dia melangkah mahu meninggalkan ruang itu tapi ummi memanggil namanya membuatkan langkahnya terhenti.

“Nur nak kemana tu?’’ tanya ummi dalam sebak.

“Kalau dia kena hukuman tu sebab bersubahat, pihak polis pun kena tangkap saya juga sebab saya pun terlibat sama dalam hal ni.’’ Kata Aqira. Ummi terus jatuh terduduk mendegarnya. Tercelik luas mata Aqira melihat situasi itu, tapi kak Hanna pantas mendapatkan Hajah Suraya.

“Nur, tolonglah jangan buat kerja gila. Akak tahu kau masih tak ingat apa-apa tapi jangan sampai kau kehilangan ummi baru kau nak menyesal bila kau dah ingat nanti.’’ Ujar kak Hanna lagi. Aqira terkaku di situ. Melihat kak Hanna dan abang Arshad membantu ummi untuk duduk di sofa membuatkan dia semakin hilang punca. Dia pun terduduk di situ bila memikirkannya. Kedua-dua sangat aku sayangi. Meskipun aku masih tak ingat siapa ummi, tapi aku dapat rasakan ada darah miliknya mengalir ditubuh ini dan meskipun semua orang membenci Ikhwan, buat masa ini segenap jiwa aku telah menjadi miliknya. Jadi, apa yang harus aku lakukan?

Ya Tuhan, jika benar Ikhwan akan pergi meninggalkan aku. Lumpuhkan ingatkan aku tentang dia. Kembalikanlah ingatan aku demi orang-orang yang sangat menyayangiku. Sesungguhnya, aku tidak mahu menyakiti hati dia yang telah melahirkan dan membesarkan aku. Desis Aqira dalam sendunya.

*****
Votes & comment if you do ❤

My Cikgu, My Hubby! Where stories live. Discover now