Bab 17

24.1K 769 26
                                    

"Kau jangan nak fitnah aku yang bukan-bukan..kan aku dah cakap yang aku tak buat semua tu "jerit Alisya melepaskan marahnya yang dah tahap maksima apabila difitnah benda yang dia sendiri tak buat.

Dalam diam,air matanya bergenang kerana dia menahan marah dan juga sedih kerana dia dituduh tanpa unsul periksa dan juga tanpa disedari setitik air mata wanitanya gugur walaupun dia cuba tahan tapi tak mampu.

'Alamak!Dia menangis ke?'terkejut Arian apabila Alisya menangis dengan tiba-tiba.Sekuat mana pon Alisya tetapi hatinya tetap lembut.

"Habis tu,kau nak cakap aku ke yang letak lipas tu sendiri ke dalam makanan aku"kata Arian yang sebenarnya rasa bersalah tapi tak ditunjukkannya di depan Alisya dan dia juga tidak mahu mengaku kalah di depan Alisya.

"Fine!Suka hatilah kau nak percaya ke tak..aku dah tak kesah.Kau tak payah cakap pon aku dah tahu,yang dari awal kau jumpa aku kau memang nak reject aku kan.So teruskan,aku pon tak nak ambik kerja ni..lagi-lagi bekerja bawah orang yang tak ada adab macam kau"kata Alisya bengang lalu keluar dari bilik Arian tanpa membenarkan Arian bercakap dan menghempas pintu biliknya dan menarik semua perhatian staff di situ termasuk abangnya,Aiman.

Alisya berlari ke arah lif dan dibelakangnya diikuti abangnya tanpa dia sedari.

"Kau dah kenapa?"tanya along apabila melihat adiknya menangis selepas berjumpa bosnya sebentar tadi.

"..."Alisya tidak menjawab pertanyaan abangnya kerana dia masih marah dengan kejadian yang berlaku tadi.

Sewaktu Alisya ingin menaiki lif,abangnya menariknya keluar dan membawanya ke arah tangga yang terletak di sebelah lif.

"Jawab angah"paksa along dengan suaranya tadi lembut bertukar kasar apabila adiknya itu masih tidak menjawab dan terus berdiam diri sambil air matanya masih terus gugur.

"..."Alisya masih membisu yang membuatkan abangnya semakin bengang dengannya lalu abangnya menariknya ke arah lif dan ke tempat parking kereta.

"Naik kereta along,sekarang.Along hantar kau balik?"arah along apabila tiba di depan keretanya.

Alisya hanya menurut arahan alongnya dan masuk ke tempat duduk bersebelahan pemandu.

Dalam perjalanan pulang,tiada siapa pun yang bercakap dan bunyi yang ada adalah dari radio kereta milik abangnya.Tiba-tiba...

"I've got fire for a heart

I'm not scared of the dark

You've never seen it look so easy

I got a river for a soul

And baby you're a boat

Baby you're my only reason"

Alisya menyanyi teruja apabila lagu kegemarannya bermain di corong radio.(1D fans anyone?)Apabila tiba di chorus..

"Nobody,nobody

Nobody can drag me down

Nobody,nobody

Nobody can drag me down

Nobody,nobody

Nobody can drag me down

Nobody,nobody

Nobody can drag me down"

Alisya menyanyi dengan bersemangat sehinggakan lupa akan kejadian tadi.Fakta:Mood Alisya cepat berubah tetapi tengok keadaan lah.

"Kau dah okay ke?"tanya alongnya yang dah nampak perubahan adiknya itu daripada sedih hingga gembira sampai melebar senyumannya.

"Dah"jawab Alisya ringkas.Sebenarnya bagi Alisya lagu tu ialah semangatnya untuk bangkit dari kecewa sebba tu apabila Alisya mendengar lagu tu mood dia bertukar dengan tiba-tiba.

"Nak pergi mana-mana tak?Dah alang-alang baik aku half day je terus"kata Along bersemangat apabila idea untuk ambik half day muncul dalam kepalanya.

"Along jangan nak mengada-ada.Angah okay dah so along boleh pergi kerja semula"larang Alisya apabila abangnya itu ingin mengambil Half day.

"Ala biarlah along yang nak ambik half day bukan kau"kata along geram lalu berjalan ke arah yang berlainan dari arah rumah mereka.

"Along!Kita nak pergi mana ni?"tanya Alisya pelik apabila abangnya menukar jalan.

"Kita pergi tempat yang boleh hilangkan stress"kata along dengan senyuman penuh makna.

Apabila 30 minit perjalan,mereka tiba di situ di mana tempat abangnya katakan boleh menghilangkan stress.

Abangnya membawanya ke Jump Street Trampoline Park di Petaling Jaya.Keadaan di situ agak lengang dan hanya ada 2 atau 3 buah keluarga sahaja yang membawa anak kecik bermain disitu maklumlah time orang bekerja kan.

"Asal kita kat sini?"tanya Alisya pelik apabila abangnya membawanya ke situ.

"Kita boleh hilangkan stress kat sini..along selalu buat macam ni kalau along stress.Jomlah"ajak abangnya sambil menariknya sekali ke kaunter.

Selepas membayar,abangnya menariknya ke sebuah trampoline besar dan melompat di atas itu.

"Along slow lah sikit"marah Alisya apabila dia tidak stabil di atas trampoline besar itu disebabkan alongnya yang tidak berhenti melompat.

"Ala,leceh lah kau angah.Meh sini"mengadu abangnya apabila adiknya itu asyik bisong dari tadi lalu dia menarik Alisya bangun dan melompat bersama-sama.

Selepas agak lama juga melompat,Alisya dan abangnya jatuh terlentang ke belakang kerana terlalu penat.

"Huh..betullah cakap along..huh angah dah tak stress langsung"kata Alisya kepenatan dan memandang abangnya lalu tersenyum.

"Huh..kan along dah cakap"kata alongnya lalu membalas senyuman adiknya.

'Takpe angah..angah jangan risau,along akan tolong angah dengan masalah angah sebab along tak suka angah bersedih"bisik hati along sambil memejamkan mata untuk berehat seketika.

---------------------------
Vote + komen = Thankyou







[COMPLETED] Suamiku Mr JutawanWhere stories live. Discover now