Bab 45

19.8K 505 14
                                    

"Lama lagi ke kita kat sini Mama?"Tengku Arian merengek sambil Alisya memandangnya dengan pandangan yang sayu,'Dia tak kesah pun pasal aku yang cedera ni?'

Sejak Tengku Arian sampai tidak sekali pun mereka bercakap apatah lagi bertentang mata.

"Kamu ni kenapa Ar? Kamu baru saja sampai 20 minit yang lalu dan sekarang kamu merengek nak balik?! Kamu tak kesian kat isteri kamu yang sakit tu langsung ke?"

Dan pertama kalinya, Tengku Arian memalingkan kepalanya memandang Alisya yang dari tadi memerhatikan mereka.'Jangan harap aku nak ambil kesah pasal kau', Tengku Arian senyum sinis memandang Alisya sebelum menggeleng manja ke arah Tun Sharifah.

Sakit, inilah apa yang dirasa Alisya sekarang ni macam hatinya digosok garam pada luka. Hatinya sakit dengan perangai suaminya yang tak pernah ambil kisah tentangnya ni apatah lagi hati perempuannya.

"Budak bertuah ni!!"marah Tun Sharifah sambil tangannya ligat memukul bahu anak seorangnya itu. Tengku Arian tergelak dan itu telah menaikkan kemarahan Tun Sharifah bak kata orang dulu-dulu, jangan disimbah minyak ke atas api."Be Serious for once Tengku Arian bin Tengku Iskandar"

Terus mati gelak ketawa Tengku Arian saat nama penuhnya disebut.

"Ala mama, orang gurau je." kata Tengku Arian  cuba menenangkan hati Tun Sharifah.

"Kamu fikir ini benda lawak ke? Isteri kamu tengah sakit tu dan kamu kat sini cuba buat lawak!"tengkng Tun Sharifah dan semua mata-mata dibilik itu memandang ke arah mereka berdua.

Malu. Ini apa yang dirasakan Tengku Arian ketika ini.

'Haish Mama ni!' Tengku Arian duduk diam-diam selepas drama yang mamanya buat itu.

-

Alisya hanya terbaring di biliknya aka bilik tetamu selepas seharian mengemas rumah.

'Haih! Dah 4 hari sejak aku keluar dan ni je lah aku boleh buat. Kemas rumah, masak dan tidur.'

Alisya yang masih bercuti berbulan madu hanya melepak di rumah sedangkan Tengku Arian sudah mula bekerja sejak Alisya keluar dari hospital.

Sedang dia mengelamun tiba-tiba, perbualan pertamanya yang aman dengan Tengku Arian muncul.

*flashback*

Tengku Arian yang sedang duduk melepak di ruang tamu diganggu dengan kehadiran Alisya.

Alisya duduk dengan berhati-hati di sebelah namun dibiarkan satu tempat duduk itu kosong supaya Tengku Arian tidak memikirkan perkara yang bukan-bukan.

Alisy duduk dengan keadaan yang tidak selesa sambil tangannya menggosok seluarnya untuk menghilangkan rasa nervous.

'Apa yang patut aku cakap ni?'Alisya duduk disitu dengan hanya satu misi ketika itu iaitu,

1. Misi Mengenali Tengku Arian Bin Tengku Iskandar

Terdapat beberapa misi yang sedang diaturkan Alisya di dalam kepalanya dan menunggu saat yang sesuai sahaja untuk melaksanakan kesemua misi itu.

"Ehem!"Alisya berlakon batuk untuk menarik perhatian Tengku Arian yang leka dengan Annabelle 2 di Astro First.

'Alamak! Salah timing.' Alisya yang terkenal dengan sikap penakutnya itu sudah duduk dengan tidak tenteram dan dia tidak sedar yang dia sudah duduk berhampiran dengan suaminya.

[COMPLETED] Suamiku Mr JutawanWhere stories live. Discover now