Bab 38

16.9K 475 4
                                    

Alisya terbangun dari tidurnya dengan bunyi bising dari tingkat bawah. Alisya menarik selimutnya hingga ke atas kepala menutup seluruh badannya bagi tujuan bunyi bising dari bawah dapat dikurangkan tapi sebaliknya bunyi dari bawah semakin kuat.

Ergh! Apa yang bising sangat kat bawah tu? Pukul berapa sekarang ni.

Dengan geram Alisya memaksa dirinya duduk sambil matanya meliar memandang sekelilingnya. Dipandangnya langsir biliknya yang ditutup.bagi menghalang sebarang cahaya dari masuk ke biliknya.

Pukul berapa sekarang ni?, Alisya mencari telefon bimbitnya di bawah bantal dan menghidupkan gadget itu dan tertera pukul 9:10 a.m. Awal lagi

Alisya dengan sikap bukan orang pagi memang rapat. Yelah mana taknya, malam-malam jadi burung hantu layan kdrama sampai kul 4. Mana tak ngantuknya. Biasa lah hari cuti, sebab tak payah susah-susah nak bangun pagi.

Alisya berbaring semula selepas dia tidak mendengar sebarang bunyi. Amannya

Selepas seketika, Alisya kembali melelapkan matanya dan tidak lama selepas itu dia terjaga semula dengan bunyi orang ketawa. ARGHHH

Alisya bangun dengan ganas dan membaling bantalnya ke dinding yang bertentang dengannya dengan kuat sehingga bantal itu jatuh dengan bunyi yang kuat. Bunyi bising dari bawah berhenti seketika sebelum kembali kepada keadaan sebelumnya.

Alisya berdiri dengan pantas sehingga kakinya terasa kejang dengan pergerakannya yang mengejut. "AUCHHH!" Alisya mengurut kakinya untuk mengurangkan kesakitan sebelum berjalan ke arah pintu biliknya tanpa membersihkan dirinya dahulu. Dia tidka kesah kerana keluarganya sendiri yang akan melihatnya.

Alisya tidak mengambil masa malah dia dengan tergopoh-gopoh turun tangga sehinggakan ada masanya kakinya hampir mengaku kalah dengan kelajuannya tapi dengan tindakan pantasnya dia menampung dirinya pada pemengang yang diletakkan di keliling tangga.

"Apa yang bising-bising ni sampai angah nak ti---" Alisya membebel sebaik sahaja tiba di ruang tamu tetatapi tidak sempat dia ingin habiskan ayat dan mukanya juga berubah dari marah ke terkejut apabila dilihatnya di ruang tamu terdapat beberapa orang tetamu yang berada di ruang tamu memandangnya termasuklah keluargannya. MALUNYA

Alisya tidak tahu mana nak letak mukanya yang merah itu sekarang ini selepas dia buat kecoh sebentar tadi. Aduh malunya

Aku kena pergi dari sini secepat mungkin kang tak pasal-pasal aku kena gelak ngan along dan adik

Alisya cepat-cepat mencari alasan "m-maaf ganggu, angah naik dulu ye" dan sepantas kilat dia berlari ke tangga dan ke biliknya.

-

Selepas hampir setengah jam membersihkan diri, Alisya turun dengan terkedek-kedek dan mengintai ke ruang tamu dan masih kelihatan tetamu-tetamu keluargannya di situ berborak dengan rancak.

Macam mana aku nak mencelah ke dalam tu ke aku patut duduk diam-diam je kat dalam bilik atau

"Alisya!"

Alisya cepat mengalihkan anak matanya ke arah ibunya yang memanggil namanya dan mengarahkan dia supaya duduk di sebelahnya.Alisya patuh dan berjalan ke arah ruang tamu dan sebelum dia duduk dia menyalami tetamu wanita yang duduk didepan ibunya.

"Ni Alisya yang awak cerita kan tu cantik orangnya

"salah seorang tetamu mula membangkitkan perbualan selepas senyap dengan ketibaannya."Aah tu lah satu-satunya puteri kami dan anak yang paling mengada sekali "kali ni ayah pula yang menjawab bagi pihak kami.

Alisya merengek seperti budak kecil dan berkata,"mana ada angah mengada",di depan tetamu.

Tetamu keluarganya hanya tersenyum dan salah seorang dari mereka membela Alisya,"Ala biasalah tu anak perempuan tunggal mestilah nak manja-manja dengan keluarga dia sebab nanti kalau dia dah kahwin dia tak boleh nak manja-manja dengan keluarga dia lagi dah, betul tak Alisya?"

[COMPLETED] Suamiku Mr JutawanWhere stories live. Discover now