Bab 44

17.6K 442 6
                                    

Perlahan-lahan Alisya membuka matanya dan dengan cepat matanya kembali tertutup dek silauan cahaya yang memedihkan matanya.

"Cik tak apa-apa ke?"tanya seseorang dengan suara garau yang sedang duduk di kerusi yang terletak di sisi katil Alisya.

Alisya yang terkejut dengan suara garau itu terus membuka matanya dan terbangun lalu memandang sekeliling mencari pemilik suara itu.

Baru sedar yang dia berada di atas katil hospital lalu perlahan dia mengaduh "Auch!".
Lelaki itu perasan dengan kesakitan Alisya lalu dengan pantas dia menolong untuk membaringkan dia semula.

"Cik ada sakit kat mana-mana. Nak saya panggilkan doktor?"tanya lelaki itu mengambil berat tentang kesakitan Alisya.

Alisya mengambil masa untuk pulih lalu dia melihat di balik tapak tangannya terdapat jarum yang dicucuk lalu dilihatnya beberapa luka dan calar.

Alisya menggeleng lalu dia bertanya kerana terlalu ingin tahu,"Apa yang terjadi kat saya?"

Lelaki itu memandang ke lantai lalu menjawab,"Saya tak sengaja terlanggar cik tadi. Lepas tu cik terus tak sedarkan diri dan saya tak tahu nak buat apa. Akhir sekali, kat sini lah saya hantar tapi cik jangan risau sebab cik cuma luka kecil kat tangan dan kaki je."

"Boleh saya tanya sekarang pukul berapa?"tanya Alisya kerana dia tidak dapat menjejak waktu kerana bilik yang dia duduki hanya ada satu katil dan bidai langsir tertutup.

'Ni bukan bilik peribadi ke? Macam mana aku nak bayar banyak tu untuk satu malam?'otak Alisya mula berasa tertekan dan dompetnya hampir menangis.

Lelaki itu menyelak lengan baju kemejanya sebelum menjawab,"9:42 malam tapi cik betul-betul okay ke? "

Alisya mengangguk lalu melemparkan senyuman.

"Kalau macam tu cik ada nak apa-apa ke? Air ke?"tanya lelaki itu lagi.

"Tak ada!"Alisya menggeleng,"Hm kalau tak keterlaluan, boleh saya tahu apa nama encik tak?"

"Ah terlupa pulak nak perkenalkan diri sebab terlalu risau,"lelaki tu tersenyum malu lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman"saya Badri"

Alisya menyambut huluran tangan Badri lalu menjawab"Saya Alisya!"

Lelaki itu mengangguk,"Saya sebenarnya dah tahu dah nama cik se--"tidak sempat lelaki itu meneruskan kata apbila Alisya memotongnya."Encik ni stalker ke?"sambil membuat muka terkejut campur takut.

Badri dengan pantas menepis kenyataan Alisya,"EH CIK! Cik jangan salah faham. Saya nak minta maaf dulu tapi tadi saya bukak beg duit cik sebab saya kena isi satu borang tadi and saya guna telefon cik untuk telefon keluarga cik."

'Alamak! Ntah-ntah dia dah tengok muka aku yang selekeh tu kat ic.'

PARANOID MODE ON!!

Dengan gelabah, Alisya bertanya,"Apa yang terjadi sebenarnya? Bangun-bangun je dah ada kat atas katil hospital ni."

"Oh tadi saya tak sengaja terlanggar cik. Pastu tengok cik pengsan dan saya terus je bawa cik ke sini."jawab lelaki tu dalam satu nafas.

"Oh! Lupa nak tanya, siapa nama encik penyelamat saya ni?"usik Alisya bagi menceriakan suasana yang dirasakan semakin beremosi.

[COMPLETED] Suamiku Mr JutawanWhere stories live. Discover now