Bab 47

21.8K 529 23
                                    

"Assalamualaikum!"sapa Tengku Adrian selepas pintu dibelakangnya ditutup rapat dan dikunci.

Tengku Arian memandang sekeliling rumahnya sebelum berjalan ke arah meja makan yang kelibat dua wanita itu berada sambil menunggunya ,"Waalaikumusalam!"

Alisya tidak berani hendak bertentang mata dengan Tengku Arian dan sepanjang berada di hadapan Tun Sharifah dia tidak pernah mengangkat kepalanya.

"Tepat pada masanya. Duduk Ar" arah Tun Sharifah sambil menunjuk kerusi di sebelah menantunya. Nak tak nak Tengku Arian perlu turuti.

"Mama dengar yang kamu berdua ni tak buat macam mana suami isteri patut buat?! Betukl?" tanya Tun Sharifah ingin mendapatkan kepastian kepada keraguan yang menyelembungi hati tuanya.

Tengku Arian menjeling tajam Alisya yang duduk di sebelahnya,'Ni mesti perempuan ni mengadu macam-macam kat mama. Ish dia ni tak boleh tutup mulut ke?! MENYESAL GILA aku kahwin dengan dia' sambil menarik rambutnya dalam minda.

Alisya yang merasakan jelingan itu makin menunduk lalu dalam diam dia berdoa agar tiada perkara buruk yang akan berlaku kepadanya.

"Tak akan nak buat anak cepat-cepat kot, Ar masih muda dan tak nak tanggung banyak tanggungjawab lagi." kata Tengku Arian dan matanya terus kembali bertentang dengan Tun Sharifah.

'Ya Allah! Anak aku ni cuma tahu tu je ke?' Tun Sharifah sudah menepuk dahinya dalam hati.

"Ar! Tak semestinya buat anak tu je tugas suami isteri *geleng kepala*. Maksud mama, kau orang berdua ni tak laksanakan tanggungjawab masing masing sebagai suami dan isteri." jelas Tun Sharifah memandang pasangan muda itu bergilir-gilir.

"Mama ni dah tua Ar, masa mama dah tak lama dah. Sebelum mama pergi, mama teringin nak tengok kamu berdua ni bahagia dan ada ramai anak." pilu saja suara Tun Sharifah yang sedikit sebanyak melembutkan hati batu Tengku Arian.

"Tengoklah macam mana ye mama. So sekarang jangan sedih-sedih sebab Ar lapar. Mama dah masak ke?"tanya Tengku Arian yang mengubah topik perbualan mereka dan menyedok nasi ke dalam pinggannya sebelum Alisya dapat membuatnya.

Tun Sharifah hanya memandang tingkah laku anaknya itu yang tidak sukakan suasana sedih sebegini.

-

Malam itu, Tengku Arian berfikir panjang seorang diri di ruang tamu dengan ditemani secawan teh manakala Alisya pula telah dibelai mimpi sejam yang lalu di bilik tidur tetamu seperti biasa.

Perlahan-lahan Tengku Arian berdiri dan berjalan menuju ke bilik Alisya dan membukanya dengan perlahan sebelum kepalanya dijenguk ke dalam bilik itu untuk mencari susuk tubuh isterinya.

Alisya yang tidak sedar akan pergerakan itu masih nyeyak tidur. Tengku Arian yang bagaikan penyamun itu masuk dengan terlalu perlahan dan berjalan menuju ke katil sebelum susuk gagapnya dibaringkan di sebelah Alisya.

'Bila pandang isteri aku macam ni, dia sangat cantik dengan bibirnya yang lembut tu.'

Tengku Arian merapatkan tubuh mereka dan dipeluknya Alisya sehingga wanita itu terjaga kerana pergerakan itu.

"T-tengku buat apa dekat sini?" tanya Alisya tergagap bila terpandang muka Tengku Arian yang sangat hampir dengan mukanya.

'Kenapa panas sangat muka aku ni?' Alisya mengipas mukanya di dalam otak.

"Shush!" Tengku Arian meletakkan jari telunjuknya di bibir Alisya.

'Alahai hotnya dia macam ni! Alisya sedar sikit please yang kau tu cuma kena kahwin paksa je dengan dia."

[COMPLETED] Suamiku Mr JutawanWhere stories live. Discover now