Bab 30

21K 563 16
                                    

Alisya pulang ke butik dan disambut oleh kak Azie di depan pintu.

"Assalamualaikum!"kata Alisya sebaik sahaja dia menjejakkan kakinya di dalam butik.

"Waalaikumusalam!"jawab kak Azie."Alisya! Ibu kamu tunggu kamu kat bilik dia.Pergilah jumpa dia"beritahu kak Azie dan masuk ke belakang butik.

Alisya berjalan dengan perasaan ragu-ragu ke bilik ibunya.'Ibu jarang panggil aku masuk bilik bilik dia!!' Alisya dapat mengesyak sesuatu.Apa-apa pon Alisya hanya terus berjalan mengikut kakinya.

*knock knock*

Alisya mengetuk dan menunggu beberapa saat sebelum ibunya menyuruhnya masuk.

"Ada apa ibu nak jumpa angah ni?"tanya Alisya sebaik sahaja masuk.

"Eh! Nak jumpa anak sendiri pom dah tak boleh ke?"tanya puan Anis berpura-pura merajuk dengan anaknya.

"Bukan tak boleh tapi ibu jarang suruh angah masuk bilik ibu sebab tu angah rasa pelik"jawab Alisya dan duduk di kerusi yang diletakkan di depan meja bilik ibunya.

"Hmm! Ibu nak mintak tolong sikit dari kamu ni sebab tu ibu suruh kamu masuk"kata puan Anis yang sudah merancangkan sesuatu.

"Tolong apa?"tanya Alisya.

"Tolong hantarkan baju dekat rumah kawan ibu,petang ni ibu ada hal lain nak buat jadi ibu tak boleh nak hantar baju tu"jawab puan Anis sambil mengambil beg dari bawah meja lalu diserahkan kepada Alisya."Tolong ye!"

Alisya hanya mengeluh."Hmm! Yelah! Tapi boleh angah bawa kak Susan atau kak Laila ikut angah?"Alisya mengambil beg dan diletakkan di sisinya.

"Bawalah!"jawab puan Anis.Alisya hanya tersenyum sebelum berdiri dia bertanya."Apa alamat rumah dia?"

"Oh! Kejap"kata puan Anis sambil menyelongkar beg tangannya untuk mencari sesuatu.

"Nah!"kata puan Anis sambil menyerahkan business card kepada Alisya.

'Zahirah binti Hassan' Alisya membaca nama yang terdapat pada business card  itu.

"Siapa ni ibu?"tanya Alisya yang tidak dapat mengingat apa-apa tentabg pemilik business card itu.

"Ni kawan ibu yang datang butik hari tu, dia ada tempah baju pastu ibu ada cakap yang ibu akan hantar kat dia tapi ibu ada kerja pulak petang ni"Alisya hanya mengangguk dan berdiri.

"Kalau tak ada apa-apa lagi angah nak keluar dulu"puan Anis hanya mengeleng kepalannya memberi isyarat untuk Alisya. ingin mengundur diri.

"Okay! Angah keluar dulu"kata Alisya dan keluar dari bilik puan Anis.

~~~~~~~

Alisya dan kak Laila berada di depan pintu pagar rumah puan Zahirah.

'Wow! Besarnya rumah'  'Kan! Mesti mahal ni'  'Hmm! Nak tekan loceng ke nak tunggu lagi ni'  ' Tekanlah, takkanlah pintu ni nak terbuka sendiri pulak kot'

Alisya dan kak Laila hanya mampu bercakap menggunakan kuasa otak kerana terlalu kagum dengan rumah agam yang terletak di depan mata mereka ini.

*ding dong*

Alisya menekan loceng yang terletak di dinding pagar rumah puan Zahirah sebelum pintu pagar besar itu terbuka dan muncul seorang wanita yang dianggap sebagai pembantu rumah itu datang menyambut mereka.

"Nak cari siapa ye?"tanya pembantu rumah itu ramah sambil memberikan senyuman kepada mereka.

"Oh! Kitorang datang ni nak jumpa Datin Zahirah. Ni rumah dia kan?"jawab Alisya untuk memastikan yang mereka berada di rumah yang betul.

"Oh! Ni lah rumah dia. Ada apa ya nak jumpa dia?"tanya pembantu rumah itu.

"Dia ada suruh hantar barang dia kat rumah"jawab Alisya lalu menunjukkan beg yang dipenggangnya dari tadi.

"Oh! Ikut saya"kata pembantu rumah itu dan mendahului mereka menuju ke rumah besar itu.

"Datin! Ada orang nak jumpa datin"beritahu pembantu rumah itu.

"Ye! Saya kat halaman ni"bagitahu puan Zahirah dari halaman.

"Cik berdua duduklah dulu, nanti saya buatkan air"kata pembantu rumah sebelum berjalan ke halaman rumah mencari majikannya yang sedang sibuk menjaga pokok-pokok kesayangannya.

Alisya dan kak Laila hanya membalas dengan senyuman sebelum duduk di atas sofa empuk sementara menunggu kedatangan puan Zahirah.

"Kalau tak silap aunty ni Alisya kan?"kata puan Zahirah yang hanya ingat-ingat lupa.

"Aah! Aunty apa khabar?"tanya Alisya dan mencium tangan puan Zahirah diikuti kak Laila.

"Aunty khabar baik. Alisya pulak?"kata puan Zahirah ceria sebelum Alisya memperkenalkan kak Laila."Dan ni kak Laila, pekerja butik juga"

"Oh! Jemputlah minum"pelawa puan Zahirah sebelum mengambil cawan tehnya dan menghirupnya sedikit kerana terlalu panas.

"Okay!"kata kedua-dua mereka yang juga turut menghirup teh.

"Apa hajat kamu berdua datang sini?"tanya puan Zahirah sambil memandang mereka."Oh! Kitorang datang nak hantar barang aunty sebab ibu tak boleh nak hantar"jawab Alisya.

"Mama!"panggil sesorang dari pintu masuk memeranjatkan kesemua yang berada di situ.

"Oh! Sorry, tak tahu pula mama ada tetamu. Mama sambung lah berborak,Hairul nak naik dulu"Hairul cepat-cepat ingin beredar dan sebelum itu dia menjeling untuk melihat tetamu mamanya sebelum naik ke atas.

"Yang tadi tu anak aunty,Hairul namanya"beritahu puan Zahirah.Alisya dan kak Laila hanya mengangguk sebelum Alisya bersuara."Aunty! Kitorang balik dulu lah, dah lama kat sini kerja kat butik pon tak siap lagi"
Minta Alisya yang tak mahu duduk terlalu lama dan masa yang dah hampir tamat waktu kerja mereka.

"Awalnya! Hmm takpelah"kata puan Zahirah sedih kerana dia tak dapat berbual lebih lama dengan kedua-dua mereka.

"Kami pergi dulu,Assalamualaikum"kata kak Laila dan menyalam tangan puan Zahirah dan diikuti Alisya sebelum memasuki kereta."Waalaikumusalam!"jawab puan Zahirah dan bejalan masuk selepas kereta mereka keluar dari perkarangan rumahnya.

~~~~~~~~~

"Mama! Siapa tadi tu?"tanya Hairul sebaik sahaja puan Zahirah masuk dan menarik puan Zahirah supaya duduk disebelahnya.

"Kenapa nak tahu?"soalannya dibalas dengan soalan oleh puan Zahirah sebelum puan Zahirah ingin berdiri Hairul menariknya duduk semula."Ala Mama! Bagitahulah"kata Hairul manja sambil memeluk puan Zahirah.

"Yelah! Yang tak pakai tudung tu anak kawan mama yang ada butik tu, dan sorang lagi tu pulak pekerja dorang"jawab puan Zahirah mengalah dan memberitahu Hairul apa yang dia tahu.

"Oh!"jawab Hairul puas hati dengan jawapan mamanya."Hmm mama! Mama tahu tak kat mana butik kawan mama tu?"

"Oh! Kejap"puan Zahirah menyelongkar beg duitnya dan mengeluarkan bussines card puan Anis dan diserahkan kepada anaknya.

"Thank you mama!"ucap Hairul dan memeluk mamanya sebelum lari naik ke biliknya.

"Apa kena dengan anak aku ni?"tanya puan Zahirah perlahan melihat perangai anaknya yang seperti sudah jatuh cinta.

'Tak mungkin lah, dia mana nak bercinta tapi kalau dia bercinta awal lah aku dapat cucu'

Puan Zahirah gembira hanya dengan anggapannya sahaja. Dengan gembira puan Zahirah ke laman rumahnya semula untuk menjaga pokok-pokoknya.

♪♪♪♪♪♪♪

Vote + komen = thankyou

JeonMingyu_

[COMPLETED] Suamiku Mr JutawanWhere stories live. Discover now