TABAH 4

9.7K 245 6
                                    

(BAB 2)

Marissa bangun dari tempat duduknya. "eh... awak nak pergi ke mana tu, rissa?", soal peggy tapi gadis melayu tersebut tidak menjawap soalannya. dia terus melangkah menuju ke arah fazerra yang sedang melangkah menaiki tangga menuju ke tingkat atas. "zerra...", panggil marissa. fazerra menoleh ke belakang. kelihatan marissa berdiri di depan wajahnya dengan tegang sekali. "ya... ada apa?", soal fazerra. "betul ke awak keluar dengan faizal jamaludin tadi?", soal marissa ingin tahu. "kalau jawapannya ya, kenapa pula? awak cemburu ke sebab saya keluar dengan bekas boyfriend awak tu?", soal fazerra dengan wajah yang selamba. "Oooh... jadi awaklah orang yang merampas kekasih saya tu?", kata marissa mula marah. "correction, cik marissa zabidin... dia bukan kekasih awak lagi. dia cuma bekas kekasih awak, itu saja... by the way, bukan saya yang merampas bekas kekasih awak tu... dia sendiri yang tergila gilakan saya... jadi saya terima dia sebagai boyfriend baru saya...", ujar fazerra sambil memegang hujung rambutnya yang panjang berkeriting itu. "perempuan sial...", bentak marissa. "pakkk...", kedengaran pipi kiri fazerra di tampar dengan kuat oleh gadis tersebut.

Perlahan lahan fazerra meraba raba pipi kirinya yang terasa sakit itu. dia ingin menampar pipi marissa tapi gadis tersebut sempat meraih tangannya. mereka berbalas renungan marah. "Haiyaa... korang jangan bergaduh maaa... rileks... bertenang... kita orang perempuan.... sepatutnya kita pandai mengawal perasaan marah kita sendiri lorh... jangan terlalu ikutkan perasaan nanti badan binasa... susah, ooohh...", kata peggy sambil cuba meleraikan pergaduhan itu. dia menarik tangan marissa supaya beredar dari situ. "ya... betul tu... korang jangan bergaduh nanti malu kalau di lihat orang...", kata jaswari pula. Perlahan lahan dia menarik tangan fazerra supaya beredar dari situ. "woi... rissa... kalau awak tak puas hati... awak pergi lah tanya si faizal tu kenapa dia tinggalkan awak dan kenapa dia jatuh cinta pada gadis lain? awak tanyalah dia dulu sebab dia yang timbulkan masalah ini bukannya saya...", kata fazerra dengan marah. "yeah... whatever 'bitch'...", balas marissa dengan marah. "apa?... awak panggil saya 'bitch'... awak tu 'motherf*cker', kalau tidak masakan awak hamil anak luar nikah, kan?... ", sindir fazerra

"sialan awak, zerra!... awak...", belum pun sempat marissa menghabiskan perkataannya itu tiba tiba, "eh... apa yang bising bising ni, hah? korang bergaduh pasal apa ni?", tegur satu suara. kelihatan mak tijah tuan punya rumah sewa itu muncul di situ. mereka tidak jadi bergaduh lagi. masing masing diam membisu. "mak cik sudah cakap dulu, kan... kalau korang menyewa dalam rumah ni korang tidak boleh bergaduh sesama sendiri. kalau ada sesiapa yang suka bergaduh, mak cik tak suka dia tinggal di sini... so siapa yang suka bergaduh tu, mak cik takkan benarkan dia tinggal dalam rumah ni lagi...", mak tijah bersuara dengan tegas sekali.

"maafkan kami mak cik... maafkan kami...", kata marissa sambil tunduk memandang lantai. Dia terpaksa meminta maaf kerana dia tidak mahu di halau keluar dari rumah sewanya itu. "Hmm... baiklah... mak cik maafkan kesalahan korang tapi lain kali kalau korang masih bergaduh lagi, mak cik terpaksa menyuruh korang keluar dari sini... korang faham tak apa yang mak cik cakapkan ni?", mak tijah bersuara perlahan lahan. "faham mak cik...", jawap mereka semua secara serentak. "hm... kalau macam tu baguslah... korang pergilah makan kat dapur tu... mak cik nak pergi berehat di bilik mak cik dulu...", kata mak tijah lalu beredar dari situ. marissa, peggy dan jaswari kembali semula ke meja makan yang terletak tidak jauh dari situ. manakala fazerra pula naik ke tingkat atas.

*** *** ***

keesokan harinya marissa pergi kuliah seperti biasa. sebaik saja dia sampai di dewan kuliah semua orang pandang semacam aje ke arahnya. marissa merasa tidak selesa apabila berpasang pasang mata tertumpu ke arahnya. ada yang berbisik sambil tersenyum sinis. ada yang pandang lain macam aje padanya. Malah ada yang menjeling ke arahnya dengan jelingan mata yang tajam sekali. Tak kurang juga yang tersenyum sinis padanya. marissa merasa bertambah tidak selesa apabila ramai yang buat mimik wajah yang kelat padanya. dia duduk di sebelah peggy yang kebetulan sedang duduk tidak jauh dari pintu dewan kuliah tersebut. "kenapa diorang pandang semacam aje pada saya, peggy?...", soal marissa pada rakan serumahnya itu. "Hm... entahlah... saya sendiri pun tidak tahu...", jawap peggy perlahan lahan. mereka pun terdiam selepas itu. profesor madya arifin datang lambat pagi itu, jadi ramai mahasiswa dan mahasiswi di situ hanya duduk sambil berbual kosong. Kelihatan fazerra datang menghampiri marissa dan peggy yang sedang duduk di situ.

"hai... marissa...", sapanya secara mendadak. "hai...", balas marissa sepatah. "saya dengar awak hamil 2 bulan, betul ke berita yang saya dengar tu?", soal fazerra dengan suara yang agak kuat sekali. semua mahasiswa dan mahasiswi yang lain mula pandang semacam ke arah marissa. wajah marissa merah menahan rasa malu dan amarah di dada. "eh... zerra, yang awak tiba tiba bertanya soalan macam tu, kenapa hah?... awak sengaja nak cari gaduh dengan saya ke?", soal marissa dengan suara yang marah. "Eh... marah nampak... oh... jadi memang betul lah berita yang saya dengar tu. kalau tidak masakan awak marah macam ni, kan... hm... tak sangka seorang gadis melayu yang cantik macam awak ni sanggup serahkan tubuh awak pada lelaki hanya kerana awak ingin memuaskan hawanafsu awak sehingga awak hamil anak luar nikah...", kata fazerra. dia sengaja nak sakitkan hati gadis tersebut. marissa terus bangun dari tempat duduknya. buku lima di genggamnya erat. "sialan awak zerra...", getus marissa cukup marah. peggy segera memegang bahu rakannya itu. "bertenang rissa... jangan dengar cakap perempuan gila ni... dia memang sengaja nak cari gaduh dengan awak... ingat, rissa... ini dewan kuliah bukan tempat untuk bergaduh. kalau profesor madya arifin tahu korang bergaduh kat sini sudah tentu korang akan di marahinya...", kata peggy pantas sekali.

marissa terdiam sebaik saja dia mendengar perkataan peggy itu. dia duduk semula di tempat duduknya. "fazerra... lebih baik awak berambus dari sini, kalau tidak saya akan adukan hal ini pada profesor...", kata peggy dengan tegas. "as your wish jerk...", fazerra bersuara sambil beredar dari situ. sebaik saja fazerra melangkah meninggalkan mereka di situ, marissa menangis kesedihan. peggy terus memeluk rakannya itu.

"Oh... peggy, malunya saya... semua orang dah tahu rahsia saya... di mana saya nak sorokkan wajah saya ni, peggy?...", soal marissa dalam tangisannya. "syyhhhh... jangan menangis lagi, rissa... jangan sedih... kalau orang tahu rahsia awak pun awak jangan merasa malu... anggap saja ianya ujian dari ilahi... awak harus tabah dan bersabar dalam menghadapi semuanya ini... setiap yang berlaku itu pasti ada hikmah di sebaliknya. So, awak jangan nangis lagi ya...", pujuk peggy lembut. marissa menganggukkan kepalanya perlahan lahan. "kesat airmata awak tu. profesor dah sampai dah tu...", kata peggy. Cepat cepat marissa mengesat airmatanya dengan belakang tangannya. kelihatan profesor madya arifin melangkah masuk ke dalam dewan kuliah itu. sesi kuliah mula berjalan dengan lancar. cuma marissa seorang saja yang tidak dapat menumpukan perhatiannya pada topik yang di bincangkan.

Fikirannya berserabut dengan masalah peribadi yang semakin mencengkam jiwa. Dia merasa tidak tenang. Hatinya merasa sedih sekali. mungkin seluruh warga kampus sudah tahu berita yang memalukan itu. kalau tidak masakan semua orang pandang semacam ke arahnya. "ya Allah... di mana aku nak sorokkan wajah aku ini?... malunya aku...", rintih hati kecilnya dengan sedih. sejak peristiwa itu ramai mahasiswa dan mahasiswi yang lain memulaukannya. mereka tidak mahu menegurnya seperti dulu lagi. Malah masing masing bersikap dingin padanya. marissa sedar akan perubahan sikap segelintir mahasiswa dan mahasiswi di kampus tersebut. hanya peggy dan jaswari saja yang masih berkawan rapat dengannya. Yang lain tu tidak. ini membuatkan marissa merasa sungguh sedih sekali. hanya Tuhan saja yang tahu kesedihan yang bertamu di lubuk hatinya saat itu.

TABAH (U)Where stories live. Discover now