TABAH 28

6K 197 8
                                    

(BAB 10)

Firas melangkah keluar dari dalam keretanya. Dia membawa makanan dan minuman untuk marissa. Perlahan lahan dia melangkah menuju ke bilik wad pesakit di mana marissa di tempatkan. Ketika dia berjalan masuk ke dalam bilik wad itu dia lihat marissa tidak ada lagi dalam bilik wad tersebut. Katil pesakit kelihatan kosong tidak berpenghuni. Dia pun bertanya pada jururawat yang kebetulan sedang berjalan tidak jauh dari situ. "Er... nurse, boleh tanya... mana pesakit yang berada di dalam bilik wad ni?", soal firas ingin tahu. "Oh... dia sudah balik ke rumahnya tengahari tadi...", jawap jururawat itu. "Apa?... dia sudah balik?... siapa bawa dia balik?", soal firas ingin tahu. "Entahlah...", balas jururawat tersebut. Tanpa mengucapkan terima kasih pada jururawat itu dia pun segera beredar dari situ. Dia melangkah menuju ke arah keretanya. Pintu kereta di buka. Lantas dia melangkah masuk ke dalam perut kereta tersebut. Firas mula memandu keretanya keluar dari kawasan hospital yang sibuk itu. Dia bertekad hendak balik ke rumahnya. Mungkin emaknya sudah membawa marissa balik ke rumah mereka.

Sebaik saja dia sampai di rumah emaknya dia terus melangkah masuk ke dalam rumah teres tersebut. Dia lihat emaknya sedang memujuk bella yang sedang menangis. "Mak... kenapa dengan bella tu? Kenapa dia menangis?... mana marissa dan babynya?... diorang ada dalam bilik, ke?", soal firas ingin tahu. "Buat apa awak bertanya tentang marissa dan anaknya? sedangkan mereka tidak tinggal di sini lagi... tak payahlah awak cari marissa dan anaknya... mereka sudah pun pergi...", mak cik halimah bersuara separuh geram. "Pergi?... mereka pergi ke mana, mak?", soal firas terkejut. "Eh... yang awak tiba tiba sibuk bertanya tentang marissa dan anaknya tu, kenapa ar?", marah mak cik halimah. "Eh... Kenapa mak marah marah ni?... saya tanya pun tak boleh ke mak?", soal firas kehairanan. "Buat apa awak tanya mereka?... bukankah awak sendiri yang menghalau mereka supaya mereka pergi dari sini...", kata mak cik halimah. "Eh... apa yang mak merepek ni?... bila masa pula saya menghalau mereka?...", soal firas terkejut. "Bukankah awak cakap pada marissa tempohari yang awak cuma benarkan dia tinggal dalam rumah ni selama dia hamil. Apabila dia sudah bersalin dia tidak boleh tinggal di sini... nah!... sekarang dia sudah bersalin, jadi dia angkat kaki dari sinilah...", kata mak cik halimah dengan marah. Firas terduduk di atas kerusi sofa yang ada di situ. Dia merasa sungguh terkejut. Dia tidak menyangka marissa akan bertindak meninggalkan mereka begitu saja. "Puas hati papa kan sebab kakak cantik sudah tinggalkan kita...", kata bella sambil menangis. "Bella, papa bukannya bermaksud...", belum pun sempat firas menghabiskan perkataannya, bella bangun lalu berlari meninggalkannya di ruang tamu tersebut.

"Tengoklah... betapa sedih dan kecewanya bella apabila dia mendapat tahu yang marissa dan anaknya pergi meninggalkannya begitu saja... ini semua salah awak firas... kalau awak melamar marissa menjadi isteri awak sudah tentu perkara ini tidak akan terjadi... tapi malangnya awak tidak melamarnya. Malah awak buat dia merasa seperti tidak di perlukan dalam rumah ini...", kata mak cik halimah. "Mak... saya akui saya yang bersalah dalam perkara ini sebab saya tak lamar marissa semasa dia tinggal di sini... saya juga bersalah kerana berkata padanya yang dia hanya boleh tinggal di sini selama dia hamil saja. Apabila dia bersalin dia boleh angkat kaki dari sini tapi saya tidak bermaksud begitu, mak... saya cuma bercakap begitu sebab saya tak suka orang asing menumpang dalam rumah kita, takut dia berniat jahat dengan kita tapi bila marissa sudah lama tinggal dengan kita barulah saya sedar bahawa dia seorang gadis yang baik hati...", kata firas perlahan lahan.

"Oh... baru sekarang awak sedar yang dia seorang gadis yang baik hati, eh?... kenapa tidak dari dulu lagi firas?... kenapa awak tidak melamarnya jika awak sedar dia seorang gadis yang baik hati?", soal mak cik halimah separuh geram. Firas tunduk memandang lantai. "Saya menyesal kerana selama ini saya tidak dengar cakap mak...", kata firas dengan kesal. "Awak menyesal pun tak guna firas... semuanya sudah terlambat...", kata mak cik halimah sambil beredar dari situ. Tinggallah firas seorang diri di ruang tamu tersebut. Ketika dia sedang duduk di situ tiba tiba saja matanya terpandang akan sekeping sampul surat berwarna putih di atas meja. namanya tertera di atas sampul surat itu. Dia pun segera mengambil sampul surat tersebut lalu di bukanya sampul surat itu dan di bacanya surat tersebut...

Assalamualaikum firas,

Maaf jika kehadiran surat ini mengganggu ketenteraman awak di sana. Mungkin ketika awak membaca surat ini saya sudah pun balik ke kampung halaman saya... saya minta maaf sebab tidak memberitahu awak dan emak awak yang saya keluar dari hospital hari ni... saya sengaja tidak memberitahu korang sebab saya tak nak menyusahkan korang. Maklumlah selama ini korang bersusah payah menjaga saya dan menumpangkan saya di rumah korang. Sesungguhnya budi baik korang tidak dapat saya balas. Saya terhutang budi pada korang semua...

Apa apa pun saya terpaksa tinggalkan korang sebab saya nak tunaikan janji saya pada awak tempohari. Maklumlah awak juga yang berkata bahawa saya boleh tinggal dengan korang selama saya hamil tapi bila saya dah bersalin saya tidak boleh lagi tinggal bersama korang. Sebelum awak menghalau saya keluar dari dalam rumah awak tu lebih baik saya angkat kaki. Itulah sebabnya kenapa saya mengambil keputusan yang mendadak ini... anyway, sebelum saya mengundurkan diri saya hendak ucapkan terima kasih kepada awak dan emak awak sebab korang sudi menolong saya selama ini. Jasa baik korang akan saya kenang sehingga ke akhir hayat saya. Sekian dulu buat kali ini...

Dari saya:-
Marissa binti zabidin

P/s: mak awak ada menyuruh saya bernikah dengan awak tapi saya rasa tak perlulah awak menikahi saya jikalau awak tak cintakan saya... saya tak mahu awak menikahi saya kerana paksaan. Itu saja yang ingin saya katakan pada awak. Bye...

Firas hanya duduk diam di atas kerusinya. wajah lembut marissa mula terbayang di matanya. Dia mengeluh sendirian...

*** *** ***

Marissa merenung di kejauhan. Angin petang bertiup lembut membelai rambutnya. Dia memandang mentari senja yang kian menghilangkan diri di sebalik bukit bukau tidak jauh dari situ. Fikirannya melayang jauh. Dia teringatkan bella. Wajah bella yang basah dek airmata masih terbayang di matanya. Tiba tiba saja dia merasa sedih kerana teringatkan anak kecil itu. Walaupun bella bukan anak kandungnya sendiri namun dia masih menganggap bella seperti anaknya sendiri. Dia teringat saat saat indah di mana mereka sering menghabiskan masa bersama, bermain, berbual, menyanyi dan sebagainya. Semua kenangan bersama bella kini terbayang di matanya.

"Oh... bella.... aku sangat merindui kau...", bisik marissa dalam kesedihan. Airmata mengalir perlahan membasahi pipinya. Ketika dia berdiri di tepi jendela tersebut tiba tiba bahunya di sentuh orang. Dia segera mengalihkan perhatiannya. Kelihatan hajah lijah sedang berdiri di belakangnya. "Rissa... kenapa awak menangis ni?... awak ada masalah ke?", soal hajah lijah ingin tahu. Cepat cepat marissa mengelap airmatanya dengan tangannya sendiri. "Oh... saya tak ada masalah mak...", balas marissa dengan pantas. "Kalau awak tak ada masalah kenapa awak menangis pula?", soal hajah lijah dengan dahi yang berkerut. "Oh... er... mata saya terkena habuk lorh... er, mak saya nak pergi masuk ke bilik saya dulu... saya nak berehat dulu... mak, tolong jaga si mirzan tu, ya...", kata marissa perlahan lahan. "Hm... baiklah...", balas hajah lijah. Marissa pun segera beredar dari situ.

TABAH (U)Where stories live. Discover now