TABAH 21

6.4K 203 4
                                    

"Er... saya pergi tengok mereka di tandas....", marissa bersuara sambil bangun dari atas kerusinya. Firas hanya menganggukkan kepalanya. Marissa pun terus beredar dari situ. Sebaik saja dia sampai di hadapan pintu tandas perempuan dia pun mula mencari mak cik halimah dan cucunya bella di dalam tandas tersebut. Setelah puas mencari mereka masih belum di temui. Nampak gayanya mak cik halimah dan cucunya tidak ada di dalam tandas itu. Jadi marissa kembali menemui firas. "Mereka tak ada di dalam tandas tu...", kata marissa sebaik saja dia duduk di atas kerusinya. "Jadi ke mana pula mereka pergi?...", soal firas sedikit terkejut. "Entahlah...", balas marissa sepatah. Firas tak senang duduk. Mereka dah lama menunggu di situ. Bella dan emaknya masih juga tidak muncul di situ. "Macamana ni?... takkanlah selamanya kita tunggu mereka kat sini pula...", gerutu firas separuh geram. "cubalah awak call emak awak tu dulu. Tanya mereka, di mana mereka berada...", cadang marissa. Firas pun segera menelefon emaknya. Setelah menunggu buat beberapa ketika panggilan handphonenya di jawap orang.

"Hello...", kedengaran suara emaknya di hujung talian. "Mak, korang kat mana sekarang?", soal firas ingin tahu. "Firas, maaflah mak dan bella dah balik rumah sebab mak rasa tak selesa dengan perut yang mak yang meragam ni... mak terpaksa bawa bella balik ke rumah...", begitu kata emaknya. "Mak... kenapa emak balik terus ke rumah tanpa memberitahu kami terlebih dahulu?... kami dah lama tunggu mak dan bella kat restoran ni tau...", firas bersuara dengan nada suara yang geram sekali. "Maaflah firas... mak memang nak bagi tahu awak tadi tapi mak tak sempat sebab perut mak asyik meragam aje...", kata mak cik halimah dalam handphonenya. "Kalau macam tu kami balik ke rumahlah jenguk mak...", kata firas. "Eh... janganlah cepat balik ke rumah... korang pergilah shopping dulu kat bandar tu... awak jangan risau tentang keadaan mak... perut mak dah ok dah ni...", balas mak cik halimah "aik... perut mak dah ok?... baru sebentar tadi mak cakap perut mak asyik meragam aje tapi kenapa ianya tiba tiba dah ok pula?... boleh percaya ke cakap mak ni?", soal firas macam tidak percaya pula. "Ya... awak percayalah cakap mak ni... perut mak dah ok dah ni...", kata mak cik halimah. "Yelah tu...", balas firas sambil memutarkan bola matanya. "Er... firas, sebaiknya awak bawalah marissa jalan jalan kat bandar tu sambil bershopping... sekurang kurangnya dia dapat beli baju baru untuk baby yang di kandungnya tu....", kata mak cik halimah dengan lembut. "Mak, saya malaslah nak shopping...", kata firas keberatan. "Alah... awak tolonglah hantar dia masuk ke dalam shopping mall tu... bawa dia jalan jalan sambil tengok baju baru untuk babynya... manalah tahu ada yang berkenan di hatinya... Awak belilah untuk dia...", kata mak cik halimah lagi. "Yelah... yelah...", dengan berat hati firas mengakhiri perbualan mereka.

"mereka kat mana?", soal marissa ingin tahu. "Mereka kat rumah...", balas firas. "Eh... cepat betul mereka balik ke rumah?... kata tadi nak jalan jalan di bandar tapi sekarang mereka balik ke rumah pula...", marissa bersuara separuh kehairanan. "Mak saya cakap perutnya sakit tapi bila saya cakap kita balik ke rumah untuk jenguk dia, terus saja dia cakap yang perut dia dah ok...", kata firas. "Pelik betul...", komen marissa. "Memang pelik pun...", balas firas perlahan lahan. Mereka berbalas pandangan seketika. "So, apa kita buat lepas ni?", soal marissa ingin tahu. "Entahlah...", balas firas. "Kalau macam tu kita balik sajalah...", kata marissa. Selepas membayar makanan dan minuman yang telah habis di makan, Firas pun bangun dari tempat duduknya. Begitu juga dengan marissa. Mereka melangkah meninggalkan restoran tersebut.

"Awak berdiri kat sini dulu, ya... biar saya pergi ambil kereta saya kat seberang sana tu... sekejap lagi saya akan ambil awak kat sini. Awak tunggu saya, ya?...", kata firas. "Baiklah...", balas marissa. Firas pun mula melangkah melintasi jalanraya yang sibuk itu. Ketika dia sedang melintasi jalanraya tersebut tiba tiba marissa nampak ada sebuah kereta meluncur laju ke arah lelaki itu. Marissa segera berlari menuju ke arah firas. "Awas!!!... ada kereta laju menuju ke arah awak!!!...", jerit marissa dengan lantang sekali. Firas merasa sungguh terkejut sebaik saja dia terdengar jeritan gadis tersebut. Kelihatan sebuah kereta honda civic berwarna hitam meluncur laju ke arahnya. Dengan sepantas kilat marissa menarik tangan firas ke belakang. Akibatnya mereka sama sama terjatuh di tepi jalanraya tersebut. Firas terselamat dari di langgar kereta itu tapi dia merasa cemas sebaik saja dia melihat marissa seperti menahan kesakitan di perutnya. Dia memegang perutnya sambil mengerang kesakitan.

"rissa... awak tak apa apa, kan?", soal firas ingin tahu. Marissa tidak menjawap. Malah semakin kerap pula dia mengerang kesakitan. Tiba tiba saja firas melihat ada darah mengalir perlahan di atas betis gadis itu. "Oh... ini tak boleh jadi ni... lebih baik saya hantar awak ke hospital...", kata firas dengan cemas sekali. Dia tahu gadis tersebut mengalami pendarahan akibat terjatuh di atas tanah sebentar tadi. Mahu tidak mahu dia pun terpaksa mengangkat gadis itu dengan kedua belah tangannya lalu di bawanya gadis tersebut menuju ke arah keretanya yang terletak di seberang jalanraya itu. Walau pun tubuh marissa terasa berat namun firas tetap juga mengangkat gadis itu dengan kedua belah tangannya. Dia merasa sungguh cemas setiap kali dia melihat darah mengalir jatuh dari atas kaki gadis tersebut.

Dengan susah payah dia membuka pintu kereta lalu di baringkannya marissa di kerusi belakang kereta itu. Cepat cepat dia menutup pintu kereta tersebut. Kemudian dia melompat masuk ke dalam keretanya. Dengan sepantas kilat firas memasang enjin keretanya. Bagaikan pelesit kereta tersebut meluncur laju dari situ. Firas berpeluh sakan di sepanjang perjalanan menuju ke hospital besar bandar teras. Sesekali dia menoleh ke belakang untuk melihat keadaan marissa. Gadis itu masih mengerang kesakitan. "Awak cuba bertahan marissa... sekejap lagi kita akan sampai di hospital...", kata firas dalam nada suara yang cemas sekali.

Sebaik saja keretanya berada di hadapan hospital besar teras dia pun terus membuka pintu lalu melompat keluar dari dalam kereta tersebut. Cepat cepat dia membuka pintu belakang kereta itu lalu di angkatnya tubuh marissa dari dalam kereta tersebut. "Marissa, kita dah sampai kat hospital ni... awak bertahan, ya...", kata firas sambil mengangkat tubuh gadis itu. Dalam keadaan yang kesakitan, marissa sempat juga melihat wajah firas yang cemas itu. Dia tahu lelaki tersebut terlalu bimbang akan dirinya. Ingin saja dia menyuruh lelaki itu bertenang tapi dia tidak mampu bersuara kerana kesakitan yang di alaminya terasa perit sekali. "Tuan doktor, tolong periksa dia ni... dia mengalami pendarahan akibat terjatuh di tepi jalanraya tadi...", kata firas sebaik saja dia terjumpa seorang doktor yang kebetulan berjalan di ruang hospital yang sibuk itu.

"Daus!... adam!... cepat bawa pengusung tu ke sini... tolong angkat pesakit ni ke bilik kecemasan...", kata doktor tersebut. Dengan sepantas kilat mereka datang dengan membawa pengusung beroda di tangan. Marissa di baringkan di atas pengusung beroda itu lalu mereka menolak pengusung tersebut menuju ke bilik kecemasan yang terletak tidak jauh dari situ. Firas mengekori mereka. Matanya asyik tertumpu ke arah marissa. "Rissa, you will be ok... you will be ok...", kata firas sambil melangkah di sebelah pengusung beroda tersebut. Marissa hanya mampu menganggukkan kepalanya. Perlahan lahan dia di usung masuk ke dalam bilik kecemasan itu. Firas terpaksa menunggu di luar pintu bilik kecemasan tersebut kerana dia tidak di benarkan masuk ke dalam bilik kecemasan itu.

TABAH (U)Where stories live. Discover now