TABAH 15

6.5K 223 3
                                    

Marissa segera memusing tombol pintu bilik tidur bella. Sebaik saja pintu di buka kelihatan anak kecil itu sedang menangis sambil menggigil ketakutan. "Kenapa ni?", soal marissa sambil berlari menuju ke arah bella. Dia mendepakan tangannya lalu memeluk anak kecil tersebut. "Bella ta... takut...", bella bersuara dalam nada tangisan yang ketakutan. "Takut apa?", soal marissa ingin tahu. "Ada apa ni?", kedengaran suatu suara bergema di situ. Kelihatan firas berdiri memerhatikan mereka. Mak cik halimah pun ada di situ. Mereka kelihatannya baru saja terjaga dari tidur. Cepat cepat firas menarik tangan anaknya itu dari pelukan marissa. Giliran dia pula yang memeluk anak kecil itu. "Bella... apa yang telah terjadi?", soal firas ingin tahu.

"Bella mimpi berjumpa hantu, pa... hantu itu bermata merah... bella takut melihatnya...", bella bersuara dengan nada suara yang ketakutan. "Oohhh... ingatkan apa tadi... bella masuk tidur lagi, ya... papa yakin hantu itu tidak akan mengganggu bella lagi sebab papa akan tidur bersama dengan bella malam ni...", kata firas perlahan lahan. Perlahan lahan bella menganggukkan kepalanya. Marissa bangun dari atas katil itu tapi tangannya di pegang erat oleh anak kecil tersebut. "Kakak cantik... tolonglah temankan bella dan papa bella dalam bilik tidur ni... bella takut hantu tu datang mengganggu kami...", kata bella. "Tapi bella takkanlah hantu tu boleh ganggu kita pula... papa kan ada. Hantu tu pasti merasa takut apabila melihat papa tidur di sebelah bella...", kata firas separuh memprotes. "Tapi bella nak kakak cantik tidur sebelah kiri bella.... papa pula tidur sebelah kanan bella... barulah bella merasa selamat...", kata bella.

"Hm... korang tidurlah dengan bella malam ni firas... rissa... kasihan budak tu... dia ketakutan tu...", kata mak cik halimah. "Tapi mak...", kata kata firas di potong pantas oleh mak cik halimah. "Tak ada tapi tapi lagi firas... biarkan bella tidur di tengah katil tu... firas tidur di sebelah kanan bella, manakala marissa pula tidur di sebelah kiri bella...", kata mak cik halimah dengan pantas. "Oh yelah... yelah...", dengan nada suara yang berat sekali firas akhirnya bersetuju dengan perkataan emaknya itu.

Malam itu mereka pun tidur bersama sama di atas katil tersebut. Marissa melelapkan matanya sebaik saja kepalanya mendarat di atas bantal. Begitu juga dengan bella dan firas. Mereka tidur dengan nyenyaknya sehingga ke pagi hari. Marissa membuka matanya sebaik saja dia matanya terkena sinaran cahaya matahari yang sangat terang. Dari sinar cahaya pagi di jendela itu dia nampak bayang kelibat bella sedang membuka kain langsir yang ada di situ. Marissa cuba bangun tapi dia lihat ada tangan sasa memeluk pinggangnya dari belakang. Bunyi dengkuran kedengaran di belakang cuping telinganya. Lehernya terasa panas dengan hembusan nafas yang lembut. Dia tahu firas sedang tidur di sebelahnya dan tangan kanannya memeluk pinggangnya. "Oh My God!!!!...", jerit marissa sungguh terkejut. Dia terus menepis tangan sasa itu dari atas pinggangnya lalu bangun dari katil tersebut. "Apa?... apa... apa yang telah terjadi?", firas bersuara dalam nada suara yang terkejut. Dia terjaga sebaik saja tangannya di tepis orang dengan kuat sekali.

Dia lihat marissa berdiri sambil memerhatikannya. "Awak tanya apa yang telah terjadi?... awak peluk saya semasa saya tidurlah...", marah marissa. "Apa?", firas terus terbangun sebaik saja dia terdengar perkataan marissa itu. "Betul ke ni?", soal firas sambil meraup wajahnya dengan kedua belah tangannya sendiri. "Ya... awak sendiri yang peluk pinggang saya tadi...", kata marissa sedikit bengang. "Hahaha... papa peluk pinggang kakak cantik... hahaha...", tiba tiba bella bersuara sambil ketawa. "Hish... budak ni... nak kena ke apa?", marah firas. Bella hanya ketawa lalu berlari keluar dari situ.

Marissa mula melangkah pergi dari situ tapi langkah kakinya terhenti sebaik saja dia terdengar firas memanggil namanya. "Marissa... i'm sorry about that... saya tak sengaja... saya tak sedar pun masa tu... maklumlah saya tertidur lena jadi saya tak sedar tangan saya...", kata kata firas di potong pantas oleh marissa. "Tak apalah... saya maafkan awak...", perlahan lahan marissa beredar dari situ.

*** *** ***

Pagi itu ketika mak cik halimah sedang sibuk menyiapkan kuih muih untuk di jual di gerainya, kelihatan marissa melangkah menghampirinya. "Mak cik, boleh saya tanya mak cik satu soalan tak?", marissa bersuara perlahan lahan. "Ya... apa dia rissa?", soal mak cik halimah ingin tahu. "Boleh tak kalau saya pergi kuliah di UPU sebelah pagi?... bila saya balik dari kuliah kelak saya akan tolong mak cik di gerai ini...", kata marissa perlahan lahan. "Oh... jadi awak ni pelajar UPU?...", soal mak cik halimah ingin tahu. "Ya, mak cik... saya dah lama tak pergi kuliah. Kawan kawan saya pun sudah banyak kali tanya saya bilakah saya akan datang kuliah bersama mereka... jadi saya nak tanya mak cik ni, boleh ke kalau saya pergi kuliah di waktu pagi?....", soal marissa. "Hm... boleh... yang penting awak balik awal dan tolong mak cik di gerai mak cik...", kata mak cik halimah. "Oh... itu sudah tentu saya akan tolong mak cik... by the way, terima kasih mak cik sebab mak cik benarkan saya pergi kuliah lagi... mak cik memang yang terbaik...", marissa bersuara dengan riangnya. Dia pun terus memeluk mak cik halimah. Perlahan lahan Mak cik halimah membalas pelukan gadis itu.

"Tapi macamana dengan perut awak yang semakin memboyot tu... awak mahu pergi kuliah dalam keadaan awak yang semakin sarat mengandung?", soal suatu suara. Kelihatan firas melangkah masuk ke ruang dapur dengan wajah yang serius. Senyuman di bibir marissa hilang sebaik saja dia terdengar soalan tersebut. "Firas... kenapa tanya soalan macam tu?... tak baik awak tanya soalan macam tu pada rissa...", marah mak cik halimah sedikit bengang dengan anak lelakinya itu. "Tak apalah mak cik... saya tak kisah pun kalau di tanya soalan seperti itu... saya memang akan pergi kuliah walaupun perut saya semakin memboyot. Saya tak kisah pun apa pandangan orang lain terhadap diri saya... yang penting saya akan tamatkan pengajian saya di UPU dengan sebaik mungkin...", balas marissa perlahan lahan. "Baguslah kalau awak berfikiran macam tu, rissa... saya yakin awak akan berjaya menamatkan pengajian awak di UPU tu...", kata mak cik halimah dengan lembut. Marissa hanya tersenyum sebaik sahaja dia mendengar kata perangsang dari mulut wanita tersebut. Firas hanya diam selepas itu.

TABAH (U)Where stories live. Discover now