TABAH 25

6.3K 201 1
                                    

(BAB 9)

Sebaik saja firas sampai di rumahnya, dia terus melangkah masuk ke ruang tamu yang sepi itu. Dia lihat emaknya masih belum tidur. Dia sedang menonton TV seorang diri. "Eh... mak belum tidur?... mana bella?", soal firas sebaik saja dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi sofa yang ada di situ. "Bella dah tidur... hm... awak dah bincang dengan marissa tentang pernikahan korang tak?", soal mak cik halimah ingin tahu. "Belum lagi mak...", jawap firas dengan nada suara yang lemah sekali. "Kenapa awak belum lagi berbincang dengannya tentang perkara tu? Bukankah mak dah cakap pada awak tempohari yang awak perlu berbincang dengan marissa...", kata kata mak cik halimah terus di potong pantas oleh firas.

"Mak, kenapa mak terlalu mendesak saya dalam perkara ni?... saya merasa stress lah kalau mak asyik mendesak saya macam ni...", firas bersuara separuh geram. "Firas, mak bukannya nak desak awak. Mak cuma nak lihat awak hidup bahagia dengan marissa... mak sudah tua, firas... mak tidak tahu bila masanya Tuhan akan ambil nyawa mak tapi sebelum perkara itu terjadi mak teringin sangat hendak melihat awak berumahtangga semula dengan orang yang mampu menjaga awak dan bella...", kata mak cik halimah perlahan lahan. "Ya... saya tahu mak memang nak saya ada isteri yang dapat menjaga saya dan bella tapi masalahnya sekarang saya perlukan waktu untuk memikirkan perkara ini...", kata firas. "Tapi sampai bila awak harus memikirkannya firas?... awak tak terfikir ke yang anak awak menderita gara gara dia tak ada mama yang dapat menjaganya... awak tak kasihan ke tengok anak awak si bella tu?", soal mak cik halimah ingin tahu.

"Kasihan tu memanglah kasihan tapi mak tak sedar ke si marissa tu baru saja di bedah kerana melahirkan anaknya. Takkanlah saya terus mengajak dia menikah dengan saya padahal dia masih terlantar kat hospital... mana ada orang menikah dalam hospital...", firas bersuara separuh bengang. Mak cik halimah terus terdiam sebaik saja dia terdengar perkataan anak lelakinya itu. Firas menarik nafas panjang lalu menghembuskan nafasnya perlahan lahan. "Mak, saya tahu mak bimbangkan masa depan saya dan bella... Jangan bimbang, mak... saya tahu apa yang saya lakukan... apa apa pun saya fikir lebih baik kita biarkan dulu marissa menenangkan fikirannya kat hospital tu... apabila dia dah keluar dari hospital tu, barulah saya berbincang dengannya tentang pernikahan tu...", kata firas perlahan lahan. "Hm... ikut suka hati awaklah tapi jangan sampai melepas, sudahlah...", balas mak cik halimah. Firas hanya diam membisu. Perlahan lahan dia beredar dari situ.

Sebaik saja dia sampai di bilik tidurnya dia mula berfikir tentang marissa dan bekas kekasihnya. Dia rasa bekas kekasih marissa perlu di cari dengan segera tapi dia tidak tahu di mana dia mencari lelaki tersebut. Setelah berfikir panjang dia pun mengambil keputusan untuk mencari maklumat tentang bekas kekasih marissa dari dalam bilik perempuan itu. dia melangkah keluar dari dalam bilik tidurnya lalu berjalan menuju ke bilik tidur marissa. tombol pintu bilik tersebut di pusingnya lalu di bukanya pintu itu. Sebaik saja dia berjaya membuka pintu tersebut dia pun segera melangkah masuk ke dalam bilik tidur itu. Pintu tersebut kembali di tutupnya. Dia memerhatikan keadaan di dalam bilik tidur yang gelap gulita itu. Dia memasang suis lampu di atas dinding. Lampu pun terpasang. Cepat cepat dia menyelongkar semua barang marissa untuk mencari maklumat tentang ex boyfriend perempuan tersebut.

Ketika dia sedang menyelongkar barang dalam laci almari marissa tiba tiba saja tangannya tersentuh sesuatu benda. Dia pun segera menarik keluar benda tersebut. Rupa rupanya dia terjumpa sekeping gambar di celah celah barang milik marissa. Gambar itu di perhatikannya seketika. Kelihatan marissa sedang berdiri di tepi pantai dengan di temani oleh seorang pemuda berambut 'sting' di sebelahnya. Dia memeluk pemuda itu sambil tersenyum gembira. "Hm... ini tentu bekas kekasihnya...", bisik hati kecil firas. Dia melihat di belakang gambar itu. Kelihatan seperti ada tulisan kecil di belakang gambar tersebut. Ianya seperti alamat rumah seseorang. Firas pun segera membacanya, "faizal bin jamaludin, perumahan terasik, lot 24, jalan saki, 80000 teras... no handphone 0109876543. oh... ini mungkin alamat rumah ex boyfriend si marissa tu... hm... boleh jadi juga...", bisik hati kecilnya. Cepat cepat dia mengambil sebatang pen dan kertas lalu di catitnya alamat pemuda itu. Dia berhasrat hendak bertemu dengan pemuda tersebut pagi esok.

*** *** ***

Keesokan harinya firas bangun awal. Dia melangkah keluar dari rumah dengan di temani oleh bella. Dia menghantar bella ke sekolah tadikanya. Kemudian dia pergi ke pejabat seperti biasa. Ketika waktu rehat tiba, firas menarik keluar gambar marissa dengan bekas kekasihnya itu. dia memerhatikan gambar marissa bersama pemuda tersebut. Mereka kelihatan begitu mesra dan bahagia sekali. dia berfikir bagaimana caranya hendak memulakan perbualan dengan pemuda itu kelak. Sebaik saja masa kerja habis, firas pun bergegas keluar dari dalam bilik pejabat tersebut. Dia membuka neck tie yang terikat kemas di lehernya sambil melangkah masuk ke dalam keretanya. Enjin kereta di hidupkan. Dia memerhatikan alamat rumah bekas kekasih marissa. Itulah destinasinya kini. Perlahan lahan keretanya meluncur laju meninggalkan tempat itu.

Beberapa minit kemudian dia sampai di hadapan sebuah banglo mewah yang terletak di pinggir bandar teras. Perlahan lahan dia melangkah keluar dari dalam keretanya. Dia menekan punat loceng di luar pintu pagar banglo mewah tersebut. Tidak lama kemudian kelihatan seorang perempuan melangkah keluar menuju ke arahnya. "Ya... encik nak cari siapa?", soal perempuan yang berbadan gempal itu. "Saya nak cari faizal bin jamaludin. Ini rumah dia ke?", soal firas ingin tahu. "Oh... encik nak cari tuan faizal... ya, dia ada di dalam. Silakan masuk encik...", balas perempuan itu sambil tersenyum. Dia segera membuka pintu pagar tersebut untuk firas. Perlahan lahan firas melangkah masuk ke halaman rumah itu. "Encik duduk dulu kat kerusi ni, ya... biar saya pergi panggilkannya...", kata perempuan tersebut. Firas hanya menganggukkan kepalanya sambil matanya melilau ke sana ke mari. Dia tidak menyangka yang bekas kekasih marissa ialah anak orang kaya. Buktinya keadaan dalam rumahnya saja sudah cukup mewah. Ketika dia sedang duduk di situ tiba tiba, "awak nak cari saya ke?", kedengaran suatu suara bergema di belakangnya.

Perlahan lahan firas mengalihkan perhatiannya. Kelihatan seorang pemuda berdiri di belakangnya. "Ya... awak faizal kan?", soal firas sambil bangun dari tempat duduknya. "Ya... awak siapa?", soal faizal. "Saya firas halim...", firas bersuara sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan pemuda itu. Perlahan lahan faizal menyambut huluran tangannya. Mereka bersalaman seketika. "Apa tujuan awak datang ke sini?", soal faizal ingin tahu. "Saya datang ni cuma nak bagitahu awak yang bekas kekasih awak si marissa binti zabidin sudah selamat melahirkan seorang anak lelaki di hospital besar bandar teras pagi kelmarin... jadi awak perlu pergi menjenguk bayi tu sebab awak ayahnya...", kata firas.

"Woah!... woah!... woah!... wait a minutes... what did you say?... marissa sudah melahirkan anaknya?", soal faizal dengan nada suara yang terkejut. "Ya... kenapa awak terkejut pula?", kata firas kehairanan. "Sebenarnya saya ada menyuruh marissa menggugurkan kandungannya tempohari kerana saya tak mahu berkahwin dengannya gara gara dia hamil secara mendadak. Tak sangka pula dia berjaya menjaga kandungannya sehingga dia bersalin. Thats quite amazing...", kata faizal. "Apa?... apa awak cakap tadi?... awak suruh dia gugurkan kandungannya?", soal firas terkejut. "Ya... sebenarnya saya belum bersedia lagi hendak menjadi seorang ayah sebab itulah saya menyuruh dia menggugurkan kandungannya...", kata faizal. "jikalau awak belum bersedia menjadi seorang ayah, kenapa awak berhubungan intim dengan marissa sehingga menyebabkan dia hamil?...", soal firas separuh bengang. "Actually i just wanna have fun with her. Thats all... tak sangka pula dia hamil secara mendadak...", terang faizal. "Lelaki tak guna...", gumam firas. Serentak dengan itu satu tumbukan melayang tepat ke wajahnya. Faizal terus terjatuh di atas lantai.

"tak sangka ada juga lelaki tak guna macam awak dalam dunia ni... sampai hati awak buat marissa macam tu... setelah dia serahkan hati dan tubuhnya pada awak, awak tinggalkan dia pula?... memang awak ni seorang lelaki yang tak guna... awak terlalu pentingkan diri sendiri sehingga awak sanggup tinggalkan marissa begitu saja. awak tahu tak betapa menderitanya hidup marissa setelah awak putuskan hubungan awak dengannya?... dia terpaksa berhadapan dengan cemuhan dan hinaan orang lain hanya kerana dia hamilkan anak awak... jikalau awak menjadi seorang perempuan seperti marissa sudah tentu awak dah lama bunuh diri sebab tak tahan di cemuh dan di hina oleh orang lain... apa apa pun saya benci apabila melihat seorang lelaki mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah. Awak langsung tak ada perasaan belas kasihan terhadap anak awak iaitu darah daging awak sendiri. You know what?... awak tak ubah seperti seekor binatang yang tidak ada perasaan kasih sayang langsung. Sia sia saja Tuhan menjadikan awak seorang manusia jikalau awak tidak pandai menghargai dan mengasihi orang lain... selfish bastard jerk...", bentak firas dengan marah sekali. Selepas itu dia melangkah pergi dari situ. Faizal hanya tunduk memandang lantai. Dalam diam dia terasa terpukul dengan perkataan lelaki itu...

TABAH (U)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin