TABAH 6

8K 236 12
                                    

Nek bibah segera menyedarkan hajah lijah dengan membasahi wajah wanita itu. hajah lijah mula tersedar dari pengsannya. Dalam waktu yang sama marissa tersedar dari pengsannya. "Apa yang telah terjadi?...", marissa bersuara sambil memegang kepalanya yang terasa berat semacam itu. Dia lihat nek bibah, ayah dan emaknya sedang memerhatikannya. "Awak jatuh pengsan tadi... syukurlah awak dah sedar...", nek bibah bersuara sambil mengusap usap rambut gadis tersebut. Perlahan lahan marissa bangun lalu menghampirinya emaknya yang kelihatan lemah lesu itu. "kenapa dengan emak ni, ayah?", soal marissa ingin tahu. tiba tiba... "paakk...", kedengaran pipi kirinya di tampar oleh ayahnya. Perlahan lahan marissa meraba pipi kirinya yang terasa sakit itu.

"Anak tak guna... penat penat saya berhempas pulas mencari rezeki untuk membelanjakan awak pergi ke universiti tu tapi awak menconteng arang di wajah saya pula.... hei... marissa... apa yang telah awak lakukan semasa awak berada di universiti tu, hah?", soal haji zabidin dengan marah sekali. Marissa merasa gementar apabila melihat ayahnya marah. Mungkin ayahnya sudah tahu yang dia sedang hamil. "Gulp...", Marissa menelan air liurnya. "Er... saya... saya... saya cuma pergi kuliah saja, ayah...", jawap marissa dengan gugup sekali. "bohong!... awak bukan pergi ke sana untuk kuliah tapi awak pergi ke sana hanya untuk bersukaria dan tidur dengan lelaki yang bukan muhrim. akibatnya awak hamil anak luar nikah....", bidas haji zabidin dengan marah sekali. "ayah!... saya memang pergi kuliah tapi saya tak pula pergi bersukaria seperti mana yang ayah katakan tu... ayah menuduh saya yang bukan bukan pula...", kata marissa dengan sedih sekali.

airmata mula bergenang di pelupuk matanya. "ayah bukan menuduh awak yang bukan bukan tapi itu lah kenyataannya... jadi sekarang ayah nak tahu siapakah lelaki yang telah membuatkan awak hamil...", kata haji zabidin. Marissa diam membisu. Dia tunduk memandang lantai. "cakap siapa lelaki tu?...", soal haji zabidin tapi marissa masih diam membisu. "cakap rissa... siapa lelaki tu?...", bentak haji zabidin dengan suara yang kuat. Terkejut betul marissa di buatnya. "Faizal jamaludin, ayah... dia boyfriend saya tapi kami dah putus hubungan...", jawap marissa dengan pantas sekali. "apa? boyfriend awak?... eh... rissa, ayah hantar awak pergi ke universiti tu bukan untuk bercinta dan bersukaria... ayah hantar awak pergi ke sana dengan harapan supaya awak menjadi seorang manusia yang berguna tapi harapan ayah musnah di sebabkan awak terlalu mengikut kehendak hawanafsu awak sendiri...", kata haji zabidin dengan marah sekali. marissa mula menangis di hadapan mata ayahnya. "saya tahu tentang perkara tu ayah tapi saya telah terlanjur... tolong fahami keadaan saya ni...", kata marissa dengan sedih. "bukan ayah tak mahu memahami keadaan awak tapi awak telah mengecewakan ayah... jadi awak dah bagitahu perkara ini pada boyfriend awak tu?...", soal haji zabidin ingin tahu.

"Sudah ayah... tapi dia tidak mahu bertanggungjawab dalam perkara ini...", kata marissa sambil menangis. "lelaki tak guna... jadi, macamana dengan bayi dalam kandungan awak tu? takkanlah awak sanggup menjaganya seorang diri kelak... awak ingat senang ke jadi ibu tunggal ni? tanggungjawabnya terlalu berat tau...", kata haji zabidin dengan marah. "saya tahu tentang hakikat itu, ayah...", kata marissa prlahan lahan. "kalau awak tahu tentang hakikat tu, kenapa awak sanggup melakukan perkara terkutuk tu?... ayah betul betul merasa kecewa dengan awak, rissa... ayah menghantar awak ke universiti tu dengan harapan supaya awak dapat bawa pulang segulung ijazah sebaik saja awak menghabiskan pengajian awak di universiti tu tapi harapan ayah cuma tinggal harapan saja. awak hamil tanpa di duga. ayah mana yang tak merasa kecewa bila melihat anak gadisnya jadi macam ni?...", kata haji zabidin dengan nada sedih. marissa merasa sungguh sedih apabila mendengar perkataan ayahnya itu. airmata semakin banyak membasahi pipinya.

"saya tahu saya telah banyak mengecewakan ayah tapi tolonglah maafkan kesalahan saya ini...", marissa bersuara dengan sedih. "ayah tak dapat memaafkan kesalahan awak ni... kesalahan awak ni terlalu berat... sebenarnya ayah juga merasa malu pada semua orang di kampung ini... jika smua orang di kampung ini tahu yang awak hamil anak luar nikah sudah tentu mereka akan menghina dan mentertawakan kita sekeluarga. Di mana ayah nak sorokkan wajah ayah ni?...", kata haji zabidin dengan nada suara yang sedih. "ayah tolong maafkan saya... saya mengaku yang saya bersalah dalam perkara ini. sepatutnya saya tak harus melakukan perkara yang terkutuk tu dengan boyfriend saya tapi saya telah terlanjur, ayah... saya khilaf masa tu... tolong maafkan saya...", kata marissa sambil menangis tersedu sedan. dia sujud di hadapan kaki ayahnya sambil memegang kaki ayahnya. "terlalu mudah untuk awak meminta maaf dari ayah, rissa tapi terlalu sukar untuk ayah memaafkan kesalahan awak ni... awak telah mencemarkan nama baik keluarga kita... macamana ayah hendak maafkan kesalahan awak tu?...", soal haji zabidin dengan hati yang kecewa.

"tapi ayah saya betul betul menyesal di atas apa yang telah berlaku... saya...", kata kata marissa di potong pantas oleh ayahnya. "seribu penyesalan pun tidak berguna lagi, rissa... segalanya sudah terlambat... ayah tak dapat memaafkan kesalahan awak...", kata haji zabidin. dia terus beredar dari situ. dia menghantar nek bibah pulang ke rumahnya malam itu juga. tinggallah marissa di situ,menangis seorang diri. ketika dia sedang menangis di situ, tiba tiba ada orang datang lalu memeluknya erat. "rissa... jangan sedih sayang... sudahlah tu... jangan menangis lagi... ayah awak tengah marah tu sebab itulah dia tak dapat memaafkan kesalahan awak tapi jangan bimbang lama kelamaan dia pasti akan memaafkan kesalahan awak tu...", pujuk emaknya hajah lijah. marissa terus memeluk emaknya dengan hati yang sedih. "tapi sampai bila saya harus menunggu kata kemaafan dari mulut ayah, mak? dia seperti membenci saya pula... saya merasa sedih mak...", kata marissa dalam esak tangisnya. "sabar sajalah, sayang... pasti ada masanya nanti ayah awak akan memaafkan kesalahan awak tu... percayalah cakap mak ni...", kata hajah lijah dengan lembut.

"mak... saya minta maaf di atas apa yang telah berlaku... saya tidak bermaksud hendak menconteng arang di wajah emak dan ayah...", kata marissa dengan sedih sekali. "ya... mak tahu awak tidak bermaksud begitu... mak dah maafkan kesalahan awak...", kata hajah lijah dengan sedih sekali. "oh... terima kasih mak kerana mak sudi maafkan kesalahan saya...", kata marissa sambil menangis tersedu sedan. dia memeluk erat tubuh tua emaknya itu.

*** *** ***

malam itu marissa tidak dapat tidur. Hatinya sedih sekali. ayahnya tidak mahu memaafkan kesalahannya. Tidak ada gunanya lagi jika dia terus berada di situ. dia dapat rasakan yang ayahnya sudah mula membenci dirinya sebab itulah ayahnya tidak mahu memaafkan kesalahannya. setelah lama berfikir panjang, dia pun bangun dari atas katilnya. dia mula menulis sepucuk surat untuk orang tuanya itu. Setelah selesai menulis surat tersebut dia pun mula memasukkan semua barang barangnya ke dalam beg pakaiannya. awal pagi lagi dia sudah pergi meninggalkan rumah orang tuanya tanpa memberitahu mereka terlebih dahulu tentang pemergiannya itu. dia pergi membawa diri dengan hati yang sedih....

TABAH (U)Where stories live. Discover now