TABAH 37

7.8K 184 17
                                    

(BAB 13)

Malam itu marissa berdiri dekat jendela bilik tidurnya sambil merenung bulan yang bercahaya di atas langit. Ketika dia sedang leka merenung bulan yang indah itu tiba tiba saja sepasang tangan sasa memeluknya dari belakang. Dia tahu firas sedang memeluknya saat itu. Marissa tersenyum bahagia. "Fir, cantik betul sang rembulan di dada langit tu kan... cantik bagaikan...", belum pun sempat marissa menghabiskan perkataannya firas segera menyambung perkataannya, "sepasang mata awak yang menggoda... indah bagaikan wajah awak yang menawan...", bisik firas di telinganya. "Apa yang awak merepek ni?... kacau daun betul lah awak ni...", marissa bersuara dalam nada suara yang manja. Dia menampar tangan sasa firas yang mulai merayap ke seluruh tubuhnya. "Hish... janganlah.... saya sedang menikmati keindahan sang rembulan di atas langit tu...", kata marissa sedikit memprotes. "Alah... nantilah awak tengok sang rembulan tu... saya nak bermesra dengan awak lorh... ini kan first night kita bersama... so awak harus melayan saya dulu...", firas bersuara separuh manja. "Yeah... anything for you sayang...", marissa berpusing lalu menghadap wajah firas. Dia mencium bibir suaminya...

*** cut scene (macam cerita di TV 2 pula kena cut babak lucah mucah tu. Hahaha!) ***

Firas berbaring di sebelah marissa setelah dia selesai 'make love' sebanyak 2 kali dengan isterinya itu. Dia kelihatan berpeluh sakan. Maklumlah mereka sudah 'mendayung perahu' di lautan yang bergelora sampai 2 kali, sehingga mereka tak sedar masa berlalu dengan begitu pantas sekali. Sedar sedar aje jarum jam di dinding sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Firas tersenyum pada marissa yang sedang terbaring separuh bogel di sebelahnya. Perlahan lahan dia mengelus elus rambut isterinya itu dengan penuh kasih sayang. Matanya merenung tepat mata bundar marissa...

"Rissa... siapa badrul tu?..."
"Oh... badrul tu bekas classmate saya ketika di sekolah menengah dulu..."
"Jadi macamana dia tiba tiba hendak menikahi awak? Dia kekasih awak ke?"
"Eh... bukanlah... sebenarnya dia tu bekas classmate saya. Entah macamana tiba tiba saja dia meluahkan perasaan cintanya pada saya... siap nak melamar saya lagi tu... saya merasa sungguh terkejut apabila dia menyuruh orang tuanya melamar saya. Saya fikir dia cuma bergurau tapi dia serius pula... malangnya saya langsung tak ada perasaan cinta padanya... saya cuma anggap dia sebagai kawan biasa saya saja... tak lebih dari tu..."

"Oh... Jadi kenapa awak terima lamarannya?"
"Mak dan ayah saya yang paksa saya supaya menerima lamarannya. Lagi pun mereka takut tak ada orang lain yang akan datang melamar saya jadi mereka terima saja lamaran badrul tu..."
"Oh begitu... tak sangka ya badrul tu baik hati orangnya. Dia sanggup korbankan segalanya demi kebahagiaan awak..."
"Oh... dia memang macam tu. Dulu dia selalu mengutamakan saya dalam segala hal... dia layan saya dengan baik tapi saya langsung tak ada perasaan cinta padanya... saya hanya cintakan awak seorang saja, fir..."
"Boleh percaya ke cakap awak ni?"
"Yeah... you can trust me because i really love you..."
"Chewah... berspeaking pula awak ni, eh...hehehe... apa apa pun saya merasa sungguh gembira sebab kita sudah menjadi suami isteri yang sah... saya berharap semoga kita akan sentiasa bersama sehingga ke akhir hayat..."
"Oh... Saya pun harap macam tu juga..."
Firas tersenyum. Begitu juga dengan marissa.

"Boleh saya tanya awak satu soalan tak, fir?..."
"Tanyalah... Apa dia?"
"Apa yang menyebabkan awak mencari saya dan menikahi saya secara mendadak? Sedangkan sebelum ni awak pernah berkata pada emak awak yang awak tak nak menikah dengan mana mana perempuan dalam dunia ni... maksud saya apa yang menyebabkan awak berubah pendirian?..."
"memang sebelum ini saya berpendirian begitu. Saya tawar hati hendak menikah dengan perempuan lain setelah saya bercerai dengan anita. Maklumlah awak pun tahu betapa peritnya hati ini bila di tinggalkan orang yang di sayangi tapi bila awak hadir dalam hidup saya pendirian saya mulai goyah...."

"Maksud awak?..."
"Maksud saya, pendirian saya tidak tetap. Apa lagi bila saya melihat awak melayan saya dengan begitu baik sekali. Sehingga awak sanggup menyelamatkan saya dari kemalangan tempohari. Itu sudah cukup membuatkan saya semakin yakin yang awak memang seorang gadis yang baik hati. Banyak kali mak saya menyuruh saya melamar awak tapi saya tak berani sebab saya tak nak awak tolak lamaran saya. Lagi pun saya terlalu paranoia terhadap perkahwinan. Saya takut awak akan jadi seperti anita tapi bila saya fikirkannya balik memang awak tak macam anita pun. Jadi saya bertekad hendak menikahi awak selepas awak keluar dari hospital tapi tak sangka pula awak terus balik kampung tanpa memberitahu saya terlebih dahulu. Saya merasa terkilan sebab awak pergi tanpa memberitahu saya tapi saya merasa bersalah juga pada awak kerana jikalau bukan kerana saya yang bermulut celupar di mata awak tempohari sudah tentu awak takkan tinggalkan kami macam tu saja. Saya akui saya yang bersalah dalam perkara ni tapi saya ingin menebus kesalahan saya tu dengan mencari awak kat kampung awak ni. Ketika saya pergi mencari alamat kampung awak, bella pula yang jatuh sakit...."

"Apa???... bella jatuh sakit?..."
Terus terbangun marissa di saat dia mendengar perkataan firas itu. Dia duduk di atas katil dengan wajah yang di bayangi kerisauan. Dia merenung wajah firas.

"Bella sakit apa, fir?"
"Bella sakit pneumonia... dia sekarang di tahan di hospital besar bandar teras... dah 5 hari dia terlantar kat hospital tu... sebab itulah saya datang cari awak tapi saya tak sangka pula yang kita terus di nikahkan..."
"Tapi kenapa awak tak cakap dari tadi yang bella sedang sakit tenat..."
"Saya memang nak bagitahu awak yang bella sedang sakit tenat tapi saya tak ada kesempatan untuk memberitahu awak tentang keadaannya... maklumlah kita di nikahkan secara mendadak jadi amat sukar untuk saya memberitahu awak..."
"So macamana ni? Takkanlah kita membiarkan bella sakit tenat kat hospital tu, kita pula bersenang lenang kat sini... mari kita pergi ke bandar teras sekarang juga!"

"Biar betul awak ni rissa... ini baru pukul 2 pagi lorh... takkanlah kita terus pergi ke bandar teras pukul 2 pagi... nanti apa kata mak dan ayah awak pula... sebaiknya kita pergi awal pagi esok..."
"Tapi bagaimana dengan bella, fir? Pasti dia tertunggu tunggu akan kehadiran kita..."
"Oh... Jangan risaulah sayang... she will be okay... emak saya kan ada... dia yang jaga bella kat hospital tu. yang penting sekarang kita mesti menghabiskan malam ni untuk kita berdua saja... maklumlah kalau kita balik ke bandar teras awal pagi esok, sudah tentu kita tidak ada masa lagi untuk berduaan begini sebab kita kena jaga bella kat hospital tu tiap tiap hari..."
"Hm... ikut suka hati awaklah, fir..."
Perlahan lahan firas bangun lalu memeluk tubuh marissa. mereka kembali berbaring di atas katil sambil bercumbu mesra...

**********************

Author note: sorry sebab mizz terpaksa cut babak firas and marissa yang sedang 'make love' tu sebab paragraph tu boleh buat orang rasa 'turn on' or 'horny'... kalau 'turn on' or 'horny' masa ada orang kat sebelah tu best juga, terus je terkam orang sebelah tu tapi kalau 'turn on' or 'horny' masa orang tak ada kat sebelah tu, adehhh... tu yang tak best tu... terpaksa ler tahan nafsu. Terlebih lagi yang bujang trang tang tang tu. Tu yang tak tahan tu. Hahaha... mencarut pula writer ni. hahaha...

TABAH (U)Where stories live. Discover now