TABAH 36

6.4K 190 22
                                    

"Marissa, kenapa baru sekarang awak nak batalkan pernikahan kita sedangkan beberapa hari yang lalu awak langsung tidak membantah bila saya datang melamar awak? Tidakkah awak rasa yang awak sengaja buat saya rasa malu di depan semua orang?", soal badrul penuh emosi. "Ya... saya tahu saya bersalah kerana tidak membatalkan pernikahan ini dari awal lagi. Sebenarnya saya terpaksa terima lamaran awak sebab saya tak mahu menjatuhkan air muka orang tua saya tapi setelah saya fikirkannya balik saya memang tak boleh terima awak dalam hidup saya sebab saya betul betul tak cintakan awak... saya cuma cintakan firas. tolonglah fahami keadaan saya, bad... tolonglah...", kata marissa separuh merayu. Badrul diam. Dia tidak tahu nak cakap apa lagi. Dalam keadaan yang tegang itu mak biah datang lalu menghampiri marissa. Cincin dan rantai di tangan marissa di ambilnya. Dia memandang wajah gadis itu. "Apa ni marissa?... Awak dah terima lamaran badrul tapi kenapa tiba tiba saja awak nak batalkan pernikahan ini pula?... kami dah berhabis keluarkan duit belanja untuk pernikahan ini, tau. Jadi siapa yang sanggup bayar semua ganti rugi ni, hah?...", tempelak mak biah emak kandung badrul. "Tak payahlah korang minta ganti rugi tu pada marissa sekeluarga.... biar saya seorang saja yang bayar semua ganti rugi tu pada korang sebab saya berhasrat hendak menikahi marissa selepas ini...", tiba tiba firas bersuara mewakili marissa. Dia berdiri di sebelah gadis tersebut.

"Betul ke awak ingin menikahi marissa ataupun awak sengaja nak rosakkan majlis ini dengan lakonan awak yang tak guna tu...", soal pak rostam, ayah badrul. "Ya... saya akan menikahi marissa, pak cik... saya sanggup buat apa saja untuk dia asalkan dia jadi milik saya yang sah...", kata firas dengan berani. "Hei... awak jangan memandai mandai nak berlakon drama kat sini, ya... ini majlis pernikahan di antara anak saya badrul dan marissa bukannya...", belum pun sempat mak biah menghabiskan perkataannya badrul segera memotong perkataan emaknya itu. "Mak, ayah... boleh tak korang diam sekejap?... saya perlu berbincang dengan marissa dan firas tentang perkara ini...", badrul bersuara dengan nada suara yang sedikit tegang. Mak biah dan pak rostam pun terdiam selepas itu.

Badrul memandang wajah marissa. "Rissa... betulkah awak mencintai firas dengan sepenuh hati awak? Tidak adakah rasa cinta awak pada saya di hati awak tu?", soal badrul ingin tahu. "Ya... bad, saya mencintai firas dengan sepenuh hati saya... saya rasa tidak ada lagi rasa cinta saya pada lelaki lain... hanya firas seorang saja yang bertakhta di hati ini...", jawap marissa dengan jujur. Badrul mendengarnya dengan hati yang kecewa. "Macamana pula dengan awak firas?... betul ke awak cintakan marissa dengan sepenuh hati awak? Dan betul ke awak nak menikahi dia?", soal badrul ingin tahu. "Ya... saya cintakan marissa dengan sepenuh hati saya dan memang saya nak menikah dengannya...", kata firas dengan bersungguh sungguh. "Saya boleh lepaskan marissa pada awak firas tapi dengan satu syarat...", kata badrul. "Apa syaratnya?", soal firas. "awak harus menikahi marissa pagi ini juga dan awak harus bayar semua ganti rugi pada kami setelah korang selesai di nikahkan...", kata badrul dengan wajah yang serius.

Semua orang terkejut sebaik saja mendengar perkataan badrul itu. Dia menyuruh firas dan marissa menikah pula, di hari pernikahannya pula tu. Biar betul... "apa awak cakap tadi bad?... cuba awak ulangi perkataan awak sekali lagi...", soal marissa terkejut. "Saya benarkan korang menikah pagi ni... janji korang mesti bayar semua kos perbelanjaan pernikahan ini selepas korang di nikahkan...", badrul terpaksa mengulangi perkataannya tadi. "Oh... jadi awak lepaskan saya pada firas dengan begitu saja?... awak tak marah pada kami ke kalau kami menikah pagi ni?...", soal marissa separuh bengang. "Marah tu memanglah marah tapi itu tadi... setelah saya fikirkannya balik memang betul apa yang awak cakapkan tu... kalau saya menikah dengan awak pun belum tentu kita akan bahagia. Lagi pun awak tak cintakan saya. saya tak boleh paksa awak menikahi saya kalau awak tak cintakan saya... jadi saya terpaksalah lepaskan awak pada firas...", kata badrul perlahan lahan. "Oh... betul ke ni bad?... atau awak...", belum pun sempat marissa menghabiskan perkataannya badrul terus memotong perkataannya.

"Saya cakap betul ni...", balas badrul. Marissa merasa sungguh gembira tatkala dia mendengar perkataan badrul itu. firas pun turut merasa gembira. "Eh... nanti dulu... apa ni bad?... bukan awak ke yang sepatutnya menikahi marissa?... kenapa pula awak membenarkan marissa menikah dengan lelaki lain?", soal mak biah separuh memprotes. "Ya, betul cakap mak awak tu... sepatutnya awak yang menikahi marissa bukannya lelaki ni...", pak rostam bersuara separuh marah. "Mak, ayah... saya rasa lebih baik mereka saja yang menikah sebab mereka saling mencintai... tak baik kalau kita menghalangi percintaan mereka...", kata badrul cuba menjernihkan keadaan. Semua orang diam setelah mendengar perkataan lelaki tersebut. Perlahan lahan marissa bangun lalu melangkah menghampiri badrul. "Bad, terima kasihlah sebab awak membenarkan saya menikah dengan firas. Awak seorang kawan yang baik hati...", kata marissa dengan lembut. "Rissa... saya terpaksa berkorban demi kebahagiaan awak... kebahagiaan awak adalah kebahagian saya juga...", kata badrul perlahan lahan. "Sungguh mulia hati awak... awak sanggup berkorban demi kebahagiaan orang lain...", puji firas pada lelaki itu. "Oh... Jangan puji saya macam tu sekali... eh... buat apa lagi korang tercegat kat situ?... korang teruskanlah dengan acara akad nikah korang tu secepat mungkin sebelum saya berubah fikiran...", kata badrul. "Oh baiklah...", kata marissa dan firas hampir serentak.

Mereka pun kembali duduk di ruang tamu itu. Acara pernikahan kembali di teruskan tapi kali ini firas pula yang menggantikan tempat badrul. Semua orang menyaksikan pernikahan tersebut. Ini termasuklah badrul sendiri. Dia berdiri di satu sudut sambil memerhatikan marissa dan firas menikah. Dalam diam dia merasa sedih, terkilan dan kecewa namun perasaan itu di lemparkannya jauh jauh di lubuk hatinya. "its okay bad... its okay... just let her go... mungkin dia bukan jodoh kau... anyway, lambat laun kau akan bertemu juga dengan seorang gadis yang jauh lebih baik dari dia tu...", bisik hati kecilnya. Perlahan lahan dia melangkah keluar dari majlis akad nikah tersebut dengan di iringi oleh orang tuanya. Dia meninggalkan tempat itu dengan azam baru. dia berazam hendak mencari gadis lain untuk di jadikan isterinya. Calonnya memang banyak tapi dia cuma nak cari yang betul betul berkenan di hatinya. Itu saja. Dia membiarkan saja mak dan ayahnya berpot pet pot pet di telinganya. Manakala fikirannya melayang jauh memikirkan semua kekasihnya yang berada di bandar. Linda, lucy, nancy, meg, anna, melly, tina, natasya and the lists goes on and on.... ada satu perkara yang orang lain tidak tahu tentang dirinya... sebenarnya dia ialah lelaki playboy maka tak hairanlah dia ada ramai girldfriend di bandar tu. Walaupun dia kehilangan marissa belum tentu dia akan kehilangan kekasihnya yang berlambak lambak kat bandar tu...

TABAH (U)Where stories live. Discover now