BAB 14- UGUT

4.6K 97 0
                                    

Di rumah Aiman...

Aiman senyum puas. Lebar sahaja senyuman di bibirnya.

"Terima kasih papa and mama sebab hantar meminang Maya untuk Aiman. Aiman sayang sangat kat papa dengan mama tau. I love you .."ucap Aiman gembira memandang Saiful dan Alina.

Impiannya untuk memperisterikan doktor itu akhirnya hampir berjaya termasuk mengotakan janjinya tadi untuk menjadi suami gadis itu suatu hari nanti.

Saiful ketawa. Entah kenapa dengan anaknya kini, setelah perjumpaan dengan Amri tiba tiba sahaja Aiman menelefonnya memberitahu dia sudah jatuh hati kepada Maya dan menyuruh mereka menghantar rombongan meminang ke rumah Mazlan.

Mazlan dan Nora jelas agak terkejut dengan rombongan meminang ke rumah mereka.

"Iyelah nak oii. Dah kamu gatal sangat nak kahwin kan? Senang je boleh mama dengan papa kasi kahwin je terus. Kan pa? Lagipun Maya tu anak kawan papa jugak. Kahwin lah cepat cepat.."usik Alina senyum.

"Hahaha..betul tu. Tapi...papa risau je kalau Maya tolak pinangan Aiman tadi tu. Kamu kena get ready awal awal takut pinangan tu ditolak."pesan Saiful risau jika anaknya akan membuat tindakan bodoh sekiranya pinangan itu ditolak Maya.

Aiman terkedu dengan pesanan papa tadi. Namun menarik senyuman di bibir tidak lama itu. Dia memandang papanya.

"Aiman berani jamin pa. Maya takkan dapat tolak pinangan Aiman tu. Yaa..."ujar Aiman yakin. Alina senyum agak pelik melihat Aiman yang bersungguh sungguh mahu mendapatkan Maya.

"Amboii!! Yakin sungguh anak mama ni kan. Betul betul nak Maya jadi isteri dia. Tapi Aiman kena la berusaha jugak yaa."pesan Alina senyum kepada Aiman.

Aiman senyum mengangguk. Alina dan Saiful mengusik Aiman yang dalam diam memendam perasaan terhadap Maya. Mereka ketawa di ruang tamu yang hanya ada mereka bertiga sahaja.

******

Maya terkejut setelah mendengar butiran yang keluar dari mulut abah kerana apa yang disampaikan itu membuatkan dia seperti tidak percaya.

"Apa?!! Keluarga Aiman datang meminang Maya? Hah!! Biar betul ibu? Abah? Benda ni tak lawak tau."ulang Maya terkejut.

"Iye Maya. Benda ni serius. Ini cincin keluarga Aiman bagi tadi. Diorang cakap kalau Maya terima pinangan ni, Maya pakailah cincin ni. Kalau tak, Maya pulangkan dekat Aiman dengan baik dan berbincang elok elok."terang Nora agak gembira dengan pinangan keluarga Aiman itu.

Maya diam cuba berfikir seketika.

"Hm..tak pela ibu..abah.. Maya perlukan masa sikit nak fikir pasal benda ni . Maya naik bilik dulu lah. Nak rehat."pinta Maya mahu melangkah pergi.

"Maya!! Bawa kotak cincin ni sekali."arah ibu menyuakan kotak baldu merah itu.

Maya mengeluh lalu mengambilnya dari tangan ibu. Dia berjalan naik masuk ke dalam biliknya.

Maya terus melemparkan beg tangan di atas katil empuk dan merenung tajam kotak baldu merah di tapak tangannya.

"Dia ni serius ke nak kahwin dengan aku ni? Jadi...apa yang dia cakap dekat kedai baskin robin tu betul lah. Aduhh!! Sepatutnya kan aku kasi je nombor aku kat dia time tu. Kalau aku kasi mesti tak jadi macam ni. Ahhh!!!"rungut Maya sebal dengan dirinya sendiri.

Maya menyimpan kotal baldu merah itu di dalam laci meja solek dan berjalan ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Setelah itu, dia menunaikan solat isyak dan berehat di dalam bilik sahaja.

*****

Keesokan harinya...

Pagi pagi lagi Aiman sudah siap dengan baju kemeja dan jeans hitam berjalan laju turun tangga menuju ke meja makan. Dilihat papanya sedang menjamah sarapan pagi sendirian. Mungkin mama sibuk di dapur kerana kebiasaannya mama ada menemani papa bersarapan.

JOM KAHWIN NAK ?(COMPLETED)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang