BAB 45- SUKA MARAH

5K 69 0
                                    

Hari sabtu...

Setelah seminggu kejadian yang lepas itu berlalu, Maya dan Aiman hidup seperti biasa. Bahagia sebagai suami isteri.

Tepat pukul 6.30 pagi, Aiman mengejutkan Maya bangun daripada tidur. Kebetulan hari itu adalah hari cuti Maya. Baginya, biarlah dia rehat puas-puas di rumah. Tidur sampai petang. Kahkah. Aiman pula tidak putus asa menganggu, memaksanya bangun. Nak juga dia mengamuk tapi satgi cakap tak hormat suami pulak. Digagahkan badannya bangun dan duduk di atas katil.

"Abang...kenapa kacau sayang tidur ni? Penatlah, nak tidur lagi. Lagipun kan..nak pegi mana pagi-pagi buta ni?"rengek Maya muncung. Terkebil-kebil matanya memandang Aiman di sebelah. Mamai.

Aiman yang sudah siap dengan baju bola dan tracksut panjang hanya tersenyum. Sah-sah muka dah mandi. Wangi lagi ni. Mukanya didekatkan ke pipi Maya mahu bermesra.

"Bangun cepat, pergi mandi. lepas tu kita solat subuh sama-sama. Hm.. Kita pergi jogging nak? Abang tak pernah jogging dengan sayang lagi. Selalunya abang jogging sorang-sorang je. Jom.."ajak Aiman.

Riak muka Maya sudah tunjuk yang dia tidak mahu. Malas. Degil dengan perangai nak tidur dia tu.

"Abang selalu jogging sorang-sorang? Bilanya abang pergi jogging? Bukan abang pergi ofis ke pagi-pagi? Abang tipu sayang eaa.."jari telunjuk Maya dihala ke batang hidung Aiman dengan muka berkerut seribu. Curiga.

"Ish..ke situ pulak..."Aiman memegang tangan Maya yang dihala ke batang hidungnya tadi. Hampir-hampir nak masuk lubang hidung.

"Betul, abang tak tipu sayang.. Abang selalu jogging sorang-sorang masa kita gaduh dulu tu. 2 minggu tu la abang lepas stress dengan berjogging tau."sambung Aiman menjelaskan hal sebenar.

Maya menjuihkan bibir. Muncung. Dibiarkan tangannya pada Aiman. Suaminya nak menggatallah tu. Dok meraba. Mujurlah raba tangan je.

"Abang...benda tu dah lepas pun kan. Tak payah lah ungkit lagi dah. Sayang tak nak dengar apa-apa dah pasal kita gaduh tu."Maya sentap. Sensitif betul dia apabila teringat balik kisah gaduh mereka dulu. Rasa macam kelakuannya masa itu amat biadap dengan Aiman.

Aiman senyum. Ololo. Kedua tapak tangan Aiman diangkat ke atas tanda menyerah.

"Yela-yela. Okay okay. Abang tak cakap pasal hal tu dah. Sayang ni kan, abang perasan sejak kebelakangan ni suka marah-marah tau. Sensitif. Cuba kurangkan marah tu sikit. Cool. Tak cantik nanti macam mana,"bukan Aiman tak perasan akan perubahan sikap isterinya. Dulu Maya bukan jenis sensitif dan marah-marah begini. Pelik.

Maya bergerak turun dari katil. Teguran Aiman tadi bagaikan terbang entah ke mana. Tak sampai dekat gegendang telinganya pun. Dicapai tuala di ampaian hujung bilik dan berpaling memandang Aiman yang sedang kemas katil.

"Okay.!! Sayang ikut abang pegi jogging. Nak mandi kejap. Abang pergi siapkan sejadah dengan ambil telekung sayang dalam almari bilik solat tu tau. Letak atas sejadah siap-siap. Hm..kejap..abang.."

Aiman yang memang dari tadi memandang Maya, menyahut.

"Iye sayang.."

"Hm..abang tengok sayang ni gemuk ke? Nampak macam ada lemak tak? Buncit ke? Punggung besar ke? Macam mana?"Maya minta pendapat. Dia risau dengan bentuk badannya. Kebelakangan ini dia perasan perubahan bentuk badannya yang seperti sudah berisi. Tembam.

Aiman memerhati setiap inci badan Maya dari atas ke bawah. Mantap sahaja. Gemuk? Mana ada. Kurus macam tu je. Cantik.

"Hmm..ada perubahan sikit. Gemuk. Maksud abang...banyak..banyak sangat lemak.."gurau Aiman berpura-pura serius padahal bibir sudah mahu tersengih. Dicover dengan tangan acah-acah lap mulut.

JOM KAHWIN NAK ?(COMPLETED)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang