BAB 46- MENGAMUK

4.4K 68 4
                                    


Lagu parti sudah dimainkan. Lagu romantik. Lembut dan mendayu-dayu. Versi inggeris pulak tu. Alahai. Maya masih  memerhatikan Aiman dan Mimi. Nampaknya Aiman sudah beredar pergi daripada Mimi dengan entah apalah alasan yang diberi. Mimi nampak mencebik. Maya senyum suka. Yes yes. Lucu pulak melihat Mimi yang merajuk macam budak-budak itu. Merajuk buat pipi kembung. Mengada betul.

Ramai juga pasangan yang sedang menari di tengah-tengah dewan. Sweet. Khai pula entah sudah ke mana. Hilang secara tiba-tiba. Malas dia mahu ambil tahu. Maya senyum melihat mama dan papa yang turut sama menari berdua dalam ramai-ramai pasangan itu.

Semasa Maya ralik memerhati pasangan-pasangan itu menari, tiba-tiba ada satu tangan disuakan kepadanya. Maya memandang tangan tersebut dan mendongak. Aiman mengenyit mata dengan senyuman nakal.

"Nak menari dengan abang tak?"pelawa Aiman ala-ala lelaki romantik.

Maya mengukir senyuman manis. Melting hatinya. Maya terus menyambut tangan Aiman dan berjalan ke arah tempat pasangan-pasangan itu menari. Aiman mengajar isterinya menari. Diletakkan kedua tapak tangan Maya ke dada bidangnya dan kedua tangannya merangkul pinggang Maya. Ditenung ke dalam anak mata masing-masing. Maya senyum malu apabila Aiman merenung matanya. Sweet. Maya dan Aiman mula bergerak perlahan ke kiri dan ke kanan. Langkah yang kecil sahaja.

"Khai..!! Aku tak boleh lah. Aiman tu macam nak mengelak daripada aku je tau. Aku nak sembang pun dia erkk..ouhh...yeke? Aku sakit hati lah."luah Mimi tidak puas hati dengan kelakuan Aiman dengannya tadi.

Khai di sebelah yang duduk di kerusi meneguk gelas minumannya. Tekaknya terasa dahaga gila apabila matanya memerhati satu pasangan itu menari. Hatinya membara. Cemburu. Kebahagiaan mereka bagaikan kesengsaraan buatnya.

"Mimi..kau tak pandai nak ambil kesempatan. Alang-alang kita dah dekat sini. Pakaian kau cukup menggoda tau tak? Tapi bodoh..tak guna akal..!!"Khai seperti memperlekehkan Mimi. Nampak sahaja cantik tapi bodoh.

Mimi mengerutkan kening. Berang lah juga bila ada orang cakap kau bodoh. Amboi..mulut. ikut sedap je nak cakap. Tampaq satgi.

"Apa kau cakap Khai? Aku bodoh? Mulut kau tu jaga sikit.!! Sedap mulut je cakap aku macam tu. Ini Mimi Mellissa lah. Dalam syarikat semua aku boleh handle tau."ujar Mimi megah dengan kebijaksaan dan kuasanya menguruskan syarikat papanya.

Khai senyum sinis seakan perli. Baginya Mimi masih lagi bodoh. Tak boleh fikir yang dia boleh sahaja guna badan dan pakaiannya itu untuk goda Aiman. Apa susah? Bodoh. Dalam hatinya dah menyumpah seranah si Mimi ni dengan matanya yang hangat memerhati Maya dan Aiman.

"Kau tak boleh fikir ke? Kau boleh goda Aiman tu tau tak? Masa sekarang ni lah kau boleh goda dia..!Kau seksi, cantik, comel, rasanya tak susah nak buat. Today is the night. Make sure Aiman is yours."

Kata-kata Khai seperti ada makna. Adakah? Bawak Aiman masuk bilik dan buat benda tu? Macam tu? Mimi seperti tergamam. Tidak pernah dia berfikir sebegitu untuk mendapatkan Aiman. Dia masih ada maruah diri dan waras.

"Tapi.."

"Kau nak Aiman jadi milik kau ke tak?"

Khai nampak seperti nekad mahu Mimi lakukannya. Mimi tiada pilihan lain. Jika ini satu-satunya cara untuk dia dapatkan Aiman, dia akan buat. Mimi mengeluh sekejap. Ambil nafas.

"Okay. Aku buat.."ujar Mimi setuju.

Khai tarik senyuman sinis. Matanya masih merenung Aiman dan Maya. Kali ini Aiman mengucup lama atas dahi Maya pula. Maya memejamkan mata. Nikmat menerima kucupan suaminya. Khai mendengus. Bengang.

"Maya...biar aku settle."Khai menmerhati lengkok badan Maya dari atas ke bawah.

Mimi mengukir senyuman. Berjayakah rancangan mereka?

JOM KAHWIN NAK ?(COMPLETED)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang