BAB 24 -MANDI

5.6K 91 1
                                    

Maya tersedar setelah mendengar kokokan ayam jantan yang memekak teriak di luar rumah. Sakit jugak telinga dengan kokokan ayam jantan yang bising seakan jam loceng cuma jam loceng ni tak boleh nak campak je. Sembelih ayam jantan tu buat ayam percik nanti hah.

Maya terpaksa bangun dan duduk seketika dengan rambut berserabai, digaru kepalanya yang sedikit gatal sambil memandang budak budak kecil anak saudaranya yang masih nyenyak tidur dibuai mimpi. Maya pelik melihat tempat tidur ibu dan abah yang sudah berkemas dan kosong. Aiman yang tidur di sebelahnya semalam juga sudah tiada. Bantal dengan selimut tidak pulak berlipat. Haihh.

"Diorang nie dah pegi mana pagi pagi buta ni? Baru pukul 7 pagi. Dah lah sejuk."

Maya berdiri. Tangannya terus mengikat rambut ala ala tocang ekor kuda agar nampak comel sedikit daripada dirinya tadi yang rambut serabai macam puntianak. Tak pepasai satgi ibu tibai dengan penyapu dok ingat puntianak satgi. Entah ke mana ibu abah dan Aiman pergi. Hati nak tahu jugak. Ibu kesayangan mana boleh berpisah lama lama.

"Opahhh!!! Ibu dengan abah pegi mana? Opah ada nampak takk? Opahh!!"jerit Maya berjalan menuju ke bilik opah. Opah sentiasa bangun awal pagi untuk solat subuh dan semestinya opah tahu.

Maya berjalan keluar menuju ke kebun di belakang rumah sambil memeluk tubuhnya kerana kesejukan. Memang dia memakai baju tangan panjang tapi masih dapat rasa kesejukan pagi. Kesejukan di kampung sememangnya dapat rasa sampai tulang.

Dalam 10 minit Maya berjalan di kebun, baru dia ternampak ibu yang sedang berdiri berdekatan dengan pokok rambutan dengan kepala didongakkan ke atas. Maya menghampiri ibunya.

"Ibu...!! Ibu buat apa kat sini? Sejuklah kat luar ni. Tak banyak serangga ke?"tegur Maya ala ala budak manja mahu merajuk kerana ditinggalkan tadi.

Nora menoleh, agak terkejut melihat anaknya yang sudah muncul di sebelah. Sanggup redah kebun pulak si Maya ni. Padahal Maya ni orang yang sudah nak masuk kebun konon banyak nyamuk lah, ada pacat lah, serangga banyak lah, apa apalah alasan dia. Tapi memang ada saja alasan dia supaya tak pegi ke kebun.

"Laaa.. Maya!!! Kenapa datang sini? Tak sejuk ke?"soal ibu seakan risau dengan keadaan Maya.

"Sejuk lah jugak. Tapi Maya ok je ni. Ibu tinggal je Maya tadi. sampai hati. Maya dah nak menangis tengok ibu tak de tadi tau. Huh!!"gurau Maya seakan merajuk.

Nora ketawa kecil. Sudah lali dengan sikap Maya yang macam kebudak budakan itu walaupun sudah bergelar seorang doktor di sebuah hospital.

"Habis tu macam mana tahu ibu kat kebun?"

"Tanya opah lah. Opah bagitau ibu dengan abah pegi kebun, tu yang Maya gagahkan jugak jejak kaki datang sini. Tapi kan.. buat apa kat sini? Ada apa?"

"Gagahkan jugak datang sini? Macam terpaksa je dia. Nie hah.. ibu tengah tunggu buah rambutan. Opah kamu suruh ambik nak bagi kat adik beradik abah."balas ibu mendongak semula ke atas pokok.

Maya sudah dapat melihat abahnya yang tidak jauh dari pokok rambutan sedang mengutip buah durian yang luruh masuk ke dalam guni. Pelik. Jika abah sedang kutip buah durian, ibu masih lagi berdiri di sebelahnya.. jadi siapa yang panjat pokok mangga?

Maya perlahan lahan mendongak kepala ke atas pokok rambutan yang agak tinggi itu. Terkejut dia melihat orang yang sedang giat memanjat cuba membuatkan buah buah rambutan itu jatuh ke bawah terutamanya buah yang berada di hujung. Memang agak sukar nak dijatuhkan.

'Monyet ke apa mamat ni dulu? Panjat pokok rambutan je dah macam pakar dalam aktiviti memanjat. Cuba try pokok kelapa pulak.'kutuk hati Maya.

Aiman turun dari pokok rambutan. Baju sejuk tebal sudah tersarung kemas di badan lelaki itu. Aiman menghampiri ibu dan Maya. Nafasnya nampak termengah jugak mungkin sebab penat memanjat.

JOM KAHWIN NAK ?(COMPLETED)Where stories live. Discover now