Keesokkan harinya...
Maya masih lagi nyenyak tidur di atas katil hospital walaupun jam di dinding sudah menunjukkan pukul 9 pagi. Puncanya dia terlewat tidur semalam kerana terlalu asyik melayan telefon bimbit dan kini dia betul betul perlukan rehat.
Aiman menjengukkan kepalanya di pintu bilik 211 mahu melihat isterinya yang sudah bangun atau belum. Sebelah tangannya membawa plastik bungkusan nasi ayam untuk sarapan Maya. Aiman melangkah masuk dan meletakkan plastik tadi ke atas meja tepi katil. Comel dia melihat isterinya yang masih tidur. Bibirnya tiba tiba mengukir senyuman.
Tidak lama selepas itu, Maya membuka matanya perlahan lahan dan mengalihkan badannya ke sebelah kanan katil. Terkejut dia melihat seorang lelaki yang memakai baju kot hitam dan berseluar hitam sedang berdiri mengadap ke luar tingkap dengan tangan di dalam poket. Mungkin lelaki itu sedang mengamati permandangan di luar tingkap.
Maya mengeliat seketika lalu bangun duduk di atas katil. Dia masih memandang ke arah lelaki berkot hitam itu. Siapa ya? Dari belakang nampak macam hensem je.
"Errr..morning..."tegur Maya mahu melihat wajah lelaki itu.
Aiman memusingkan badannya dan memandang Maya dengan senyuman. Ini kali pertama Maya melihat Aiman segak dan tampan dengan pakaian sebegitu. Mulut Maya terlopong seketika. Tergoda.
"Haii..Morning sayang. Awal bangun hari ni, baru pukul 7.30 pagi ni.."
Aiman mengerling jam di tangannya sekejap. Maya tersedar yang dia merenung Aiman lama. Yela kali pertama tengok suami sendiri hensem macam tu. Dengan rambut disisir kemas ke belakang. Mujur Aiman tak perasan. Kalau tak sah sah kembang hidung orang dok tengok dia lama tadi.
"Ha...Err..yaa tersedar tadi. Tak tau pulak awal lagi. Hm..awak dah kerja balik ke hari ni?"
Aiman berjalan menghampiri katil Maya. Hidung Maya sudah dapat menangkap haruman minyak wangi yang dipakai Aiman. Tidak terlalu kuat sehingga menyakitkan hidung. Bau yang sedap dengan hidung dan memukau seketika.
"Ha'ah. Abang ada nak kena settle projek kat Putrajaya kejap. Emergency. Projek abang Akim. Tu yang abang datang sini dulu. Lepas settle projek kat sana abang datang sini balik ok. Abang singgah kejap je ni, nak bertolak awal sikit sebab perjalanan nanti ni jauh.."
"Ouhh. Ha..okay. .Hmm..awak nak telefon awak tu balik ke? Mana tau awak nak guna ke kan.."
Aiman menyengetkan bibirnya ke kiri gaya sedang berfikir. Maya yang memerhati suaminya kini sudah berdebar debar. comellah pulak si Aiman ni main main mulut.
"Hm..memang abang perlukan telefon abang tu sebab abang nak pergi keje ni. Sayang dah habis main internet semalam kan?"
Maya memasamkan mukanya setelah mendengar kata kata Aiman.
"Alaa..tapi saya tak habis lagi nak main internet. Banyak saya nak search ni. Nak tengok instagram, facebook, wechat, twitter,skype macam macam lah. Awak tak payah bawa telefon lah..ok?"
Maya senyum menayangakan ibu jarinya bermaksud 'ok'. Aiman ketawa mendengar nada suara Maya yang seakan merajuk sedikit.
"Hm...macam mana yaa.."
"Awakk..please..please..."Maya menayangkan wajah paling comel kepada Aiman. Mata bulat dengan mulut muncung. Alahaii comelnya.
"Nak pujuk orang lah tuu..Hamboii. sayang memang boleh buat muka comel macam tu ea? Kenapa abang tak tau? Hati abang dah melting tengok sayang tau..."
Aiman memegang dadanya seketika. Dapat rasa jantung yang berdegup laju. Maya menjeling. Muka comelnya tadi terus hilang. Seram pulak dengan Aiman yang memegang dadanya sambil memandangnya. Haih. Bahaya ni.
KAMU SEDANG MEMBACA
JOM KAHWIN NAK ?(COMPLETED)
RomanceCerita ini mengisahkan tentang seorang gadis "NUR MAYA LYANA" yang kecewa setelah kekasihnya dirampas oleh kakaknya sendiri. Kehidupan Maya terganggu setelah bertemu seorang lelaki "SYED AIMAN ZAFRIL" yang menyukainya dari pertemuan keluarga mereka...