Kereta Aiman berhenti di hadapan pagar rumah ibu keluarga Maya. Kini giliran ibu dan abah yang jaga Haris dan Hana. Hana? Nanti aku cerita ok.
Pintu pagar dibuka lalu kereta Aiman bergerak masuk ke dalam garaj. Ibu dan abah sudah berdiri di luar pintu rumah. Aina? Aina kini sudah berada di tahun 3. Aina masih nampak comel dan ceria.
Diana dan Ammar? Diorang kini sudah dua orang anak. Sulung berumur 2 tahun dan anak kedua berumur 4 bulan. Dua-dua hero. Ligat. Hubungan Maya dengan Diana? Kami dah berbaik. Dah dapat terima dengan kehidupan yang dinikmati oleh kami. Sangat bahagia. Ammar dan Diana pun sudah tiddak bertengkar. Alhamdulillah.
Pintu kereta dibuka.
"Opah..!! Atok..!!"laung suara Haris dan suara budak perempuan.
Haris dan seorang budak perempuan berlari menuju ke arah ibu dan abah. Mereka senyum menyambut kedatangan mereka. Budak perempuan itu dalam baya setahun. Belum cekap berjalan.
"Cucu opah dah datang. Sini opah nak cium pipi.."
Ibu mencium manja pipi Haris dan cucu perempuannya. Hana. Nur Hana Aqilah. Abah senyum melihat cucu-cucunya itu. Rindu.
"Haris..mama dengan papa mana?"soal abah bertanya. Abah mendukung Hana. Hana melentokkan kepala di bahu abah. Mungkin mengantuk.
"Tuuu..."suara Hana sambil menunjukkan ke arah hadapan.
Maya dan Aiman berjalan dengan senyuman ke sini. Tangan ibu dan abah di dalam dengan hormat. Haris ketawa. Kini Haris sudah berusia 4 tahun. Kacak dan bergaya seperti papanya.
"Ibu dengan abah sihat?"soal Aiman senyum. Muka Aiman sudah ditumbuhi sedikit misai di atas bibir dan sejemput janggut di bawah dagu. Nampak maskulin. Kacak.
"Alhamdulillah sihat. Aiman dengan Maya dah nak pergi kerja ke ni?"
"Haah ibu. Kami dah nak gerak dah. Maya ada kursus satgi ni. Aiman pun ada meeting. Ibu dengan abah tolong tengok-tengok kan Haris dengan Hana ya. Abah tak kerja ke hari ni?"ujar Maya yang nampak sedikit berisi namun masih lawa.
"Tak..abah tak kerja. Kan syarikat kamu Azrul yang handle. Abah dah serahkan dekat dia semua urusan syarikat."
Abah senyum. Azrul? Sorry cerita Azrul ni jarang keluar. Azrul kini bergelar suami kepada buah hatinya dan mempunyai 2 cahaya mata. Kali ini mereka dapat dua-dua puteri yang comel. Geram.
"Ouh yeke. Lamanya Maya tak jumpa abang Azrul dengan akak.."
Maya senyum. Rindu pula dengan Azrul dan anak-anak buahnya itu. Aiman mengerling jam di tangan. Sudah hampir pukul 8.30 pagi.
"Abah..ibu. kami kena gerak dah ni. Dah lewat. Kami pergi dulu ya. Hm..malam nanti kami ambil Haris dengan Hana. Terima kasih ya ibu..abah.."Aiman mencapai tangan abah dan Ibu bersalaman. Maya juga berbuat benda yang sama.
Maya melutut di hadapan dua orang anaknya yang sedang berdiri. Hana dan Haris. Mereka berdua senyum memandang Maya. Maya turut sama senyum. Aiman yang berdiri sekadar memerhati.
"Hana..Haris..jangan nakal-nakal dekat sini tau. Dengar cakap opah dengan atok. Malam nanti papa dengan mama datang ambil Haris dengan Hana ok. Sini peluk mama.."
Hana dan Haris menghampiri Maya lalu memeluk mamanya. Maya senyum turut sama peluk anak-anaknya. Aiman membongkok menyertai anak-anak dan isterinya yang berpelukan. Dia sayang akan keluarganya. Maya dan anak-anaknya. Maya dan Aiman mencium-cium pipi Hana dan Haris.
"Baik mama. Haris dengan Hana tak nakal-nakal kat sini. Mama dengan papa balik cepat tau.."ujar Haris mencapai tangan Aiman. Aiman senyum memandang Haris yang muncung. Mungkin sunyi tanpa mama dan papanya.
KAMU SEDANG MEMBACA
JOM KAHWIN NAK ?(COMPLETED)
RomanceCerita ini mengisahkan tentang seorang gadis "NUR MAYA LYANA" yang kecewa setelah kekasihnya dirampas oleh kakaknya sendiri. Kehidupan Maya terganggu setelah bertemu seorang lelaki "SYED AIMAN ZAFRIL" yang menyukainya dari pertemuan keluarga mereka...