BAB 51 - DENDAM

4.2K 54 1
                                    

Kini, usia janin Maya sudah berganjak minggu ke-7. Maya dan Aiman bersiap seperti biasa mahu keluar bekerja. Aiman berjalan turun tangga diikuti Maya di belakang.

Aiman berhenti di hujung tangga sedang menyarungkan jam tangan di tangan kiri. Maya berdiri di sebelah.

"Abang nak breakfast ke? Awal lagi ni. Sempat kalau sayang masak kejap."Maya memandang Aiman yang baru menoleh.

"Hm..tak payah lah. Kita breakfast dekat luar. Sayang tu bukan sihat sangat. Jom..abang dah lapar ni."ajak Aiman lalu mengenggam jari jemari Maya dan berjalan.

Maya berhenti melangkah. Aiman yang pelik lantas berpaling. Muka Maya macam..

"Kenapa sayang?"soal Aiman sudah kerisauan.

Maya memandang Aiman dengan dahi berkerut seribu.

"Abang..!! Abang pakai minyak wangi apa ni? Busuknya..!! Argh..tak suka.!!"rungut Maya pantas melepaskan tangannya daripada genggaman tangan Aiman. Dia terus menekup hidungnya.

Aiman tercengang. Digaru-garu kepalanya yang tak gatal."Sayang..abang pakai minyak wangi abang yang selalu pakai tula. Apa pulak yang busuk? Hidung sayang tu rosak kut."usik Aiman tersengih.

Maya buat muka serius merenung Aiman."Tak de..!! Abang pergi tukar baju cepat. Lagi satu jangan pakai minyak wangi. Busuk tau tak. Ee.."marah Maya dengan bersungguh-sungguh. Memang tak kena lah tu. Dikepit rapat kedua lubang hidungnya.

Aiman hanya menggelengkan kepala dan menuruti sahaja. Digagahkan juga kakinya naik tangga masuk ke bilik untuk tukar baju. Botol minyak wangi miliknya di meja solek Maya dipandang lalu dicapai. Kemeja baru yang tersarung di badan dibiarkan kejap tidak dibutang.

"Macam mana minyak wangi aku ni jadi busuk? Hm..wangi je macam biasa. Pelik betul lah orang mengandung ni."Aiman senyum sedang merasai sendiri karenah perempuan yang sedang mengandung ini.

Aiman segera membutangkan kemejanya dan menyarungkan kot tadi. Dicium sekejap baju kotnya takut ada bau minyak wanginya tadi. Hm..ada lagi. Aiman tanggalkan semula baju kot itu dan keluar dengan kemeja baru dan seluar tadi sahaja.

Aiman menghampiri Maya yang berada di dapur. Maya sedang meneguk air suam. Aiman senyum. Muka Maya seakan lemah. Sudah dapat tangkap apa sebab muka isterinya begitu.

"Sayang morning sickness lagi ke ni? Tak habis lagi."tegur Aiman berdiri di belakang Maya.

Maya berpaling. Diletakkan gelas minumannya tadi di meja.

"Haah abang. Morning sickness. Asal pagi-pagi je muntah. Petang ke tengah hari tak de pun jadi macam ni. Aduh.."keluh Maya agak tidak suka dengan morning sickness yang dihadapinya sejak minggu lepas.

"Sayang..biasalah tu orang mengandung. Sayang abang ni kan kuat. Be strong ok for our son. Baru anak sulung ,sayang dah mengeluh macam ni, nanti macam mana nak tambah lagi."

Maya merenung tajam ke arah Aiman.

"Tak nak..!! Sayang tak nak tambah.!! Abang jela mengandung lepas ni."balas Maya terus berlalu pergi.

Aiman sengih lalu mengejar isterinya yang menuju ke ruang tamu.

"Ehh..masalahnya perempuan je boleh mengandung. Kalau abang boleh mengandung, sanggup anak kita berderet je tau."usik Aiman dengan tawa kuat.

Maya menekup kedua belah telinganya dan tangannya mencapai gugusan kunci miliknya. Macam-macam kunci ada, kunci kereta, kunci rumah, kunci hospital dan lain-lain lah.

"Ewah..ewah..abang cakap senang lah. Abang..abang..err..dah lah.!! Sayang lapar ni. Jom gerak. Nak makan."Maya berjalan keluar dari rumah dengan pantas, sengaja nak mengelak. Nampak sangat dia malas layan suaminya yang nak tambah anak. Sorang tak keluar lagi ada hati nak tambah. Huh.

JOM KAHWIN NAK ?(COMPLETED)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang