BAB 39 - GAMBAR

4.3K 64 0
                                    

Maya duduk di sofa ruang tamu bersama Aina, masih menunggu kepulangan Aiman. Entah apa lah benda yang nak dibincangkan antara Aiman dengan perempuan berlagak tu? Aina duduk bersandar di lengan Maya dengan tablet di tangan. Aina senyum sendiri melihat skrin tablet tersebut. Fikiran Maya melayang memikirkan Aiman. Risau.

"Akak..comel lah kucing dalam tablet ni. Aina nak ada kucing juga boleh tak?"

Maya menoleh dan tersenyum.

"Hm..Aina kena tanya ibu dengan abah dulu ok. Tapi..Aina ni boleh ke jaga kucing ni?"usik Maya mahu bergurau.

"Boleh lah. Aina tahu jaga kucing. Aina kan suka kucing. Akak...nak tengok gambar lain pulak lah. Gambar kucing ni habis.."

Aina menyuakan tablet kepada Maya agar membantunya. Maya senyum dan memegang belakang tangan kanan Aina untuk memimpin Aina menaip di atas skrin tablet.

"Okay..Aina nak tengok gambar apa ni?"tanya Maya sedia mahu mengajar Aina menaip di dalam kotak google tersebut.

Aina berfikir sebentar lalu dia tersenyum. Dah dapat idea apa yang dia mahu lihat.

"Hah..!! Akak..Aina nak tengok gambar baby lah. Mesti gambar baby lagi comel-comel. Nanakk.."balas Aina gembira sambil memandang Maya.

"Ok gambar baby...Aina tekan dekat dalam kotak ni ok. B..a....B....y..."ujar Maya menggunakan jari telunjuk Aina untuk menaip.

Setelah itu, terpapar keluar lah imej baby yang comel-comel di skrin tablet. Aina sudah bersinar-sinar mata melihat gambar-gambar tersebut. Maya senyum.

Kini dia baru tersedar akan apa yang dia taipkan tadi.

"Hah..!!! Baby?"ulang Maya kuat sejurus memandang Aina. Aina mengangguk laju.

Ibu berjalan menuju ke pintu depan yang di ruang tamu. Ibu mahu mengangkat kain yang sudah kering yang tersidai di ampaian luar rumah. Ibu sudahpun mendengar apa yang Maya dan Aina katakan tadi.

"Hah..tengok tu Maya. Aina pun tak sabar nak ada kawan tu. Bagilah baby seorang untuk Aina tu. Boleh main sama-sama. Bohonglah kalau Aiman tak nak baby dengan Maya.."ujar ibu tiba-tiba yang berhenti seketika di muka pintu.

Maya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Aduh kalau bab ni lah yang dia paling lemah nak cakap.

"Alaaa..awal lagi lah ibu. Kami kahwin baru 5 bulan. Bagilah kami relax dulu, nak berdua dulu. Pergi holiday berdua ke jenjalan luar negara ke..."balas Maya selamba badak.

Bulat mata ibu merenung Maya yang seperti mahu telan hidup-hidup anaknya itu. Aina masih lagi leka meneliti gambar-gambar baby dalam tablet. Gembira sungguh Aina.

"Hamboii..hamboi..dah kahwin berbulan-bulan tak puas relax lagi. Tak puas berdua aje. Ibu, abah, abang Azrul dengan semua orang ni tak sabar nak tunggu baby Maya dengan Aiman tau. Ibu pun nak merasa ada cucu jugak ni..."

Maya rimas dengan kata-kata ibu yang seperti mendesaknya itu. Maya cuba mencari alasan. Melilau mata Maya menilik setiap bilik kut-kut ada idea lalu.

"Err..errr.alaa..Diana tu kan ada, suruh lah dia tu mengandung.. ada baby. Lagipun kan Diana tu kahwin dulu daripada Maya kan..apa pula main paksa-paksa Maya. Ibu ingat senang ke nak mengandung terus..."

Ibu menjeling setelah nama Diana yang terkeluar dari bibir Maya. Sungguh dia tidak berkenan dengan sikap anak keduanya itu sekarang.

"Kak Diana kamu tu? Hm..ibu tengok diorang tu macam tak de harapan lah nak bercucu cepat-cepat. Diorang tu asyik bertekak je dari pagi sampai malam. Macam nak pecah rumah ni. Tu yang ibu harap dekat Maya dengan Aiman jela.."

JOM KAHWIN NAK ?(COMPLETED)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang