BAB 55 - SEPUPU

3.6K 57 0
                                    

Aiman dan Hani senyum dan berbual seketika saling bertanya khabar. Nyok yang mak tok suruh ambil tadi terus diabaikan, hilang ingatan terus. Elele sweet pula dua sepupu ni. Sekejap mereka ketawa. Suara Hani pula yang sememangnya lembut dan manja lagi membuatkan Aiman melayan ler. Maya merenung tajam ke arah mereka berdua. Cemburu.

Apa nak buat ni?

Maya senyum apabila dia dapat idea mahu mengenakan suaminya. Dia mengusap perutnya dan tersenyum jahat.

"Ehem..abang.!!! Baby..!! Abang..!!! Baby tendang perut sayang. Kuat sangat ni, abang. Aduh..!! Sakit..!!!"rengek Maya dengan kuat berpura-pura sedang kesakitan. Dia siap action sakit perut lagi.

Aiman yang lagi berbual terus terkejut. Yela risau dekat isteri yang sedang mengandung tu. Dia pantas berlari naik rumah dan meluru ke arah Maya yang berdiri di tepi jendela ruang tamu. Hani bingung.

"Sayang..!!!"jerit Aiman dah betul-betul cuak dan risau.

Hani melangkah naik ke dalam rumah mahu melihat Aiman menuju ke mana. Dia ada mendengar suara perempuan menjerit tetapi siapa?

Aiman berdiri di sebelah Maya. Pantas kedua tangannya memegang perut Maya. Berpeluh-peluh dia berlari tadi.

"Sayang okey tak ni?? Baby ok? Baby tendang? Sakit dekat mana? Sorry sorry..abang pegi ambik nyok tadi."Aiman beri alasan, salahkan nyok mak tok.

Hani memerhati sepupunya itu meluru ke arah gadis yang baru dikenalinya itu. Gadis bernama Maya. Dia sudah dapat mengagak yang Maya pasti isteri kepada Aiman dan baby dalam perut Maya pasti bakal anak Aiman. Hani senyum dan mengeluh. Nampaknya dia dah melepas.

Maya menjeling tajam kepada suaminya.

"Lamanya ambik nyok. Ambik nyok ke jumpa monyet betina.!! Sakit lah. Sakit kat sini..!!!"Maya menghalakan jari telunjuknya ke dadanya yang bermaksud dia sakit hati.

Maya terus tegakkan badan, lakonannya dah selesai. Dia menjeling. Aiman tercengang. Ehh..

"Tepilah tangan tu..!! Erghh.."bentak Maya terus menolak kasar tangan Aiman yang memegang perutnya lalu berlalu pergi. Maya buat protes.

Aiman pelik. Dia menggaru sekejap belakang kepalanya.

"Tadi menjerit sakit lah apa lah. Ehh..sekarang dah okay. Pelik betul lah orang mengandung ni. Tak faham.!!"bebel Aiman berjalan ambil semula nyok yang terlempar di hujung luar pintu rumah.

*********

Maya membantu Mak Tok memasak di dapur bersama Hani dan penyibuk Aiman ni yang sibuk nak masuk dapur jugak. Hani masih dengan baju kurung cuma lengan bajunya sahaja ditarik hingga paras siku.

Maya yang duduk di kerusi meja makan, mak tok suruh belah fishball dan fishcake untuk buat masak pedas. Maya belah dengan berhati-hati tak nak sampai terbelah tangan pula. Mak tok pula sedang siapkan bahan-bahan untuk memasak lemak nangka.

"Mak Tok..!! Ayam ni nak biar lagi ke? Macam dah nak hitam je ayam dalam kuali ni.."soal Aiman sambil mengacau ayam yang dibiarkan goreng separuh masak dalan kuali mahu buat masak merah. Ragu-ragu dibuatnya. Yela dia bukan pandai sangat masak. Sekadar bubur ayam power lah jugak.

Hani yang membasuh pinggan mangkuk di singki seraya menoleh dan tersenyum.

"Alaaa abang Eman ni. Dah nampak nak hitam ayam tu, cepat-cepat lah masukkan santan tu. Satgi apa jadi dekat lauk tu. Abang ni pandai masak ke tak?"gurau Hani dan ketawa.

"Entah..tak pandai masak tu nak menyibuk jugak kat dapur ni. Aihhh.."omel mak tok menjeling.

Maya senyum melihat telatah mak tok. Memang mak tok berperang dengan Aiman tadi pasal dapur ni. Mak tok melarang Aiman ni memasak dekat dapur tapi Aiman ni degil nak jugak menyibuk. Last-last mak tok mengalah. Berperang lama-lama nanti, makanan tengahari makan daun jela nanti.

JOM KAHWIN NAK ?(COMPLETED)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang