Hilang Part II

2.4K 192 7
                                    


"Ok, mari kita check senarai barang yang kita perlu bawa" kata Boboiboy sambil melihat barang-barang yang di atas meja dapur

"2 pistol air" Fang mengangkat dua pistol air yang kecik. Sebelum itu mereka sempat lagi bergaduh sebab Fang nak bawak pistol air yang besar tetapi Boboiboy nak bawak pistol air yang kecik. Akhirnya Boboiboy yang menang.

"Cermin" Fang mengangkat cermin kecil. Itu Fang yang cadangkan.

"6 belon air" Itu pun dia orang bergaduh lagi sebab berapa banyak nak bawak sampailah mereka bersetuju, sorang bawak 3 belon. Belon-belon tersebut diletakkan ke dalam dua buah plastik berasingan.

"Semua sudah lengkap. Sekarang tiba masanya untuk kenakan dia orang" ketawa Fang sorang-sorang. "Tapi ingat, dia orang ada kuasa, kemungkinan besar mereka akan menggunakan kuasa mereka"

"Tak mungkin lah Fang, kuasa kita bukan untuk mempermainkan orang. Kuasa kita untuk melindungi bumi"

"Yelah Boboiboy tapi apa-apa pun, kita kena bersedia"

Tepat pukul 7, Boboiboy dan Fang mengumpul barang mereka dan bersiap untuk bergerak ke sekolah. Kaizo masih lagi tidur di sofa. Fang siap menyelimutkan abangnya sebab dia tahu dia buat salah dekat abang, dia yang buatkan abang dia tidur. "Maafkan adik, abang"

Mereka keluar dari rumah dan terus ke sekolah. Dalam perjalanan ke sekolah, mereka tidak banyak cakap. Apa yang dia orang fikirkan, entahlah tapi yang pasti, mereka bersedia untuk tumpaskan rancangan Gopal. Pistol air kecil mereka di poket masing-masing, rasa seperti polis pulak. Sorang pegang satu plastik yang berisikan belon air dan Fang menyimpan cermin di dalam poketnya.

Setelah sampai di sekolah, mereka tiba-tiba rasa seram sejuk pula. "Wei Fang, kau jalanlah dulu"

"Apasal pulak, kau lah dulu. Kau kan lagi berani daripada aku" Lalu Fang menolak Boboiboy ke hadapan

"Eh, aku pulak. Kau lah yang jalan dulu, bukan kau ke yang lagi berani daripada aku" Boboiboy pula yang menolak Fang ke depan

"Mana ada, kau lah yang jalan dulu! Bukan kau ke yang masuk rumah hantu aku dulu tue ke, kau sendiri yang suruh hantu keluar, kan"

"Itu sebab aku nak takutkan Gopal lagipun hantu mana ada wujud, tapi kau kan lagi berani sebab kau sorang sahaja yang berani makan biskut Yaya"

"Itu sebab abang aku yang suruh paksa aku makan! Tiap-tiap hari dia pergi beli biskut Yaya. Macam mana aku tak pengsan setiap hari. Jangan nak masuk kan biskut Yaya dalam hal ini pula"

"Yelah yelah, daripada kita bergaduh aje, jom kita masuk sama-sama" Boboiboy dan Fang masuk ke kawasan sekolah dan menuju terus ke bangunan sekolah mereka. Sekolah mereka kelihatan gelap sekali, tiada cahaya lampu yang ada, tiada bunyi, hanya sunyi dan kegelapan sahaja. "Wei Fang, kau jalan lah dulu, kau kan dulu selalu duduk dekat rumah hantu kau yang takde elektrik tue. Biar aku ikut kau dekat belakang"

"Cheh, penakut juga kau rupanya. Nasib baik aku bawak lampu suluh" Dia mengeluarkan lampu suluh dan menyuluh laluan mereka. Mereka berjalan begitu senyap sekali, kadang-kadang mereka terasa seperti terdengar sesuatu tetapi itu hanyalah mainan perasaan mereka sahaja

Ching Ching Ching

Mereka berhenti seketika, ada bunyi loceng datang dari arah depan. Fang menyuluh ke arah depan tetapi tiada siapa di hadapan mereka, yang ada hanyalah pasu bunga. Fang menyuluh ke belakang pula, sama juga. Tiada siapa di belakang mereka.

"Jangan jangan, hantu loceng" bisik Boboiboy kepada Fang

"Mana ada hantu loceng. Ini mesti dia tengah nak kenakan kita" kata Fang. Tanan kiri Fang sudah bersiap sedia dengan pistol airnya. Mereka teruskan lagi berjalan. "Kau rasa jam kuasa kita ada dekat mana?"

Aku Abang, Kau Adik (Season 1)Where stories live. Discover now